Epilepsi
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Epilepsi | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
![]() Data EEG menunjukkan serangan epilepsi | |
ICD-10 | G40-G41 |
ICD-9 | 345 |
P. Data Penyakit | 4366 |
MedlinePlus | 000694 |
eMedicine | neuro/415 |
MeSH | D004827 |
![]() |
Epilepsi, Ayan atau Gila babi ialah penyakit saraf menahun yang menimbulkan serangan sawan mendadak berulang-ulang tak punca. Perkataan 'epilepsi' berasal daripada istilah bahasa Yunani ἐπιληψία (epilēpsía) yang bererti 'serangan'.
Punca epilepsi[sunting | sunting sumber]
Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berpikir, dan pergerakan otot.
Pada pesakit Epilepsi, kadang-kala sinap-sinap, tidak berfungsi seperti sepatutnya. Hal ini dapat diakibatkan oleh berbagai unsur-unsur, antara lain; trauma kepala (pernah mengalami cedera di daerah kepala), tumor otak, dan lain sebagainya.
Umumnya Epilepsi mungkin disebabkan oleh kerosakan otak dalam proses kelahiran, luka kepala, strok, tumor otak, alkohol, dadah dan sebagainya. Kadang-kadang, Epilepsi mungkin juga kerana genetika, Epilepsi bukan semestinya penyakit keturunan. Penyebab pastinya masih belum diketahui.
Diagnosis[sunting | sunting sumber]
Hippocrates adalah orang pertama yang berhasil mengidentifikasikan gejala Epilepsi sebagai masalah pada otak, roh jahat, dan sebagainya. Seseorang dapat dinyatakan diderita Epilepsi jika orang tersebut telah mengalami kejang yang bukan disebabkan oleh alkohol dan tekanan darah yang sangat rendah. Alat bantu yang digunakan ialah:
- MRI (Magnetic resonance imaging) Menggunakan magnet yang sangat kuat untuk mendapatkan gambaran dalam tubuh/otak seseorang. Tidak menggunakan Sinar-X. MRI lebih peka daripada CT Scan.
- EEG (electroencephalography) alat untuk memeriksa gelombang otak.
Pengubatan[sunting | sunting sumber]
Berikut adalah nama-nama ubat yang selalu dipakai untuk menyembuhkan Epilepsi. Semua ubat harus dirujuk terlebih dahulu ke doktor.
Carbamazepine, Carbatrol, Clobazam, Clonazepam, Depakene, Depakote, Depakote ER, Diastat, Dilantin, Epilim, Felbatol, Frisium, Gabapentin, Gabitril, Keppra, Klonopin, Lamictal, Lyrica, Mysoline, Neurontin, Phenobarbital, Phenytek, Phenytoin, Sabril, Tegretol, Tegretol XR, Topamax, Trileptal, Valproic Acid, Zarontin, Zonegran, Zonisamide.
Selain dengan menggunakan ubat, epilepsi juga dapat dirawat dengan diet ketogenik.
Orang-orang terkenal dengan Epilepsi[sunting | sunting sumber]
Epilepsi tidak identik dengan orang yang mengalami keterbelakangan mental. Berikutan merupakan beberapa orang bernama yang menderita epilepsi.
- Penulis: Dante, Moliere, Sir Walter Scott, Edgar Allan Poe, Lord Byron, Percy Bysshe Shelley, Alfred Lord Tennyson, Charles Dickens, Lewis Carroll, Fyodor Dostoyevsky, Gustave Flaubert, Leo Tolstoy, Agatha Christie, Truman Capote.
- Pemimpin Dunia: Alexander Agung, raja Makedonia, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Harriet Tubman.
- Olahragawan: Marion Clignet, Buddy Bell, Bobby Jones.
- Ilmuwan: Isaac Newton, Alfred Nobel.
- Agamawan: Santo Paulus, Jeanne d'Arc, Søren Kierkegaard.
- Penggubah muzik: George Frederick Handel, Niccolo Paganini, Peter Tchaikovsky, Ludwig van Beethoven.
- Pelakon: Richard Burton, Michael Wilding, Margaux Hemingway dan Danny Glover.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Epilepsi |
- (Inggeris) epilepsy.com
- (Inggeris) Ayan