Epilog 3 Naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Epilog 3 Naga
GenreDrama
Cinta
Konflik
Aksi
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel ‘Epilog 3 Naga’ karya Kaz Ishak
Ditulis olehKaz Ishak
PengarahRazif 'Ajiboy' Rashid
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanMantera Beradu nyanyian Malique feat. Dato' M. Nasir
Lagu penutupMantera Beradu nyanyian Malique feat. Dato' M. Nasir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
PenerbitBetty Banafe
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Layar Sutra Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAwesome TV
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Ogos 2022 – 13 September 2022
Kronologi
MengikutiImpian Lara
Diikuti olehDi Sebalik Dia

Epilog 3 Naga ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Razif Rashid, dibintangi oleh Hazama, Syarul Ezani, Shafiq Rosli dan Juliana Evans. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Dramatix, Awesome TV bermula 3 Ogos 2022 menggantikan Impian Lara. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah.

Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Epilog 3 Naga. MyInfoTaip. Dicapai 19 Ogos 2022