"Epilog Memori Gelita" Tarikh keluaran: 26 Jun 1993
"Di Muara Sepi" Tarikh keluaran: 29 Julai 1993
"Singgahan Abadi" Tarikh keluaran: 23 Ogos 1993
"Hari Yang Istimewa" Tarikh keluaran: 22 September 1993
"Teratai Layu DI Tasik Madu" Tarikh keluaran: Ogos/Oktober 1993
"Terpisah Akhirnya" Tarikh keluaran: 22 Disember 1993
"Aku Berbelah Bagi" Tarikh keluaran: 22 Januari 1994
"Aku Sebutir Pasir" Tarikh keluaran: 15 Februari 1994
"Aku Redha" Tarikh keluaran: 27 Mac 1994
"Kalah Atau Mengalah" Tarikh keluaran: 17 April 1994
Epilog Memori Gelita merupakan sebuah album studio keenam nyanyian penyanyi popular Malaysia, Fauziah Latiff yang diterbitkan pada 1993. Album ini memuatkan lagu berhantu "Teratai Layu di Tasik Madu" yang dijulang sebagai Juara Lagu 1993. Album ini juga meraih pencalonan kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik Pertama.
Album ini disifatkan album paling berjaya dalam karier Fauziah sementelah album ini meraih anugerah platinum berkembar atas jualan memberangsangkan hingga mencecah 200,000 unit.
Di Fotoshot April 1993 di Majalah URTV sebelum di lancarkan album studio keenam selama 6 bulan
Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu kemudian dinyanyikan semula oleh penyanyi Indonesia Inka Christie pada tahun 1999 dengan mengubah beberapa lirik mengikut kesesuaian pendengar di negara republik itu, namun lagu ini mendapat tentangan dari peminat Fauziah Latiff kerana dikatakan merosakan lagu milik penyanyi tersebut sedangkan Inka dan syarikat rakaman Musica Studios sudah meminta keizinan Adam Ahmad dan S.Amin Sahab