Episod perintis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Episod perintis atau episod pengenalan (pilot episode) adalah sebuah produksi berformat episod menampilkan jalan cerita yang berdiri sendiri dan dihasilkan dengan bertujuan menarik perhatian sebarang rangkaian televisyen yang ingin membangunkan ia menjadi suatu siri televisyen yang lebih lanjut dan penuh dengan dana yang mencukupi untuk episod-episod akan datang.

Kebanyakan produksi perintis ini langsung tidak ditayangkan secara umum jika episod tersebut gagal menarik perhatian pihak penerbit. Sekiranya episod ini berjaya melakukan perkara sedemikian, episod ini lazimnya menjadi episod pertama siri akhir. Ada juga episod dalam sesebuah siri sedia ada yang mempunyai jalan cerita kendiri bertujuan sebagai suatu episod perintis kepada suatu cerita ranting menggunakan watak yang ada dalam episod tersebut.

Perangkaan dilakukan majalah Variety ada menyatakan bahawa hanya sedikit di atas seperempat dari semua episod yang dibuat untuk produksi televisyen Amerika Syarikat dapat diteruskan pembangunannya sebagai sebuah siri,[1] meski jumlahnya mungkin lebih rendah lagi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "''Variety'' defines "busted pilot"". Variety.com. Dicapai pada 5 Mac 2016.
  2. ^ "Pilot programs at ''The Museum of Broadcast Communications''". Museum.tv. Dicapai pada 5 Mac 2016.

Bacaan lebih lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]