Erhard Raus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erhard Raus
Raus pada Ogos 1943
Kelahiran8 Januari 1889
Wolframitz, Austria-Hungary
(sekarang Olbramovice, Republik Czech)
Meninggal dunia3 April 1956(1956-04-03) (umur 67)
Vienna, Austria
Kesetiaan Austria-Hungary
Republik Austria Pertama
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1909–45
Pangkat Generaloberst
ArahanDivisyen Ke-6 Panzer
Kor XI
Tentera Darat Ke-3 Panzer
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak

Erhard Raus (8 Januari 1889 – 3 April 1956) adalah seorang jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah Divisyen Ke-6 Panzer semasa peringkat awal peperangan di Barisan Timur sebelum mengambil alih pemerintahan tentera darat medan dan kumpulan tentera darat.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 1941, semasa Operasi Barbarossa, Raus dilantik sebagai pemangku Panglima Divisyen Ke-6 Panzer. Pada 15 September, Divisyen Ke-6 Panzer, yang artilerinya dikurangkan, telah dipindahkan ke Kumpulan Tentera Darat Tengah untuk mengambil bahagian dalam Operasi Typhoon, iaitu serangan ke Moscow.[1] Pada 11 Oktober beliau telah dikurniakan pingat Knight Cross.[2] Unit Raus telah dipindahkan ke Kor LVI Panzer.[3]

Pada awal April, Divisyen Ke-6 Panzer dipindahkan ke Perancis untuk dibaik pulih dan berehat; Raus dilantik secara rasmi sebagai panglima divisyen itu pada 29 April.[4] Pada pertengahan November 1942, divisyen ini meninggalkan Perancis untuk ke Soviet Union.[5] Berikutan kegagalan Operasi Citadel (iaitu ofensif Kursk), beliau mengatur pengunduran unit-unit Paksi melintasi sungai Dnieper.[6] Pada 10 Disember 1943 beliau dilantik pemangku Panglima Tentera Darat Ke-4 Panzer. Beberapa hari kemudian beliau memindahkan divisyen-divisyennya melintasi sungai itu berserta dengan ribuan ekor lembu dan kuda yang dirampas.[7] Raus memerintah Tentera Darat Pertama Panzer, Tentera Darat Ke-3 Panzer (1944) dan Kor XI Panzer SS (1945).

Selepas perang, Raus menulis dan menjadi pengarang bersama beberapa buah buku dan penerbitan yang menumpukan pada analisis strategik taktik kereta kebal yang digunakan oleh pasukannya di Barisan Timur. Raus meninggal dunia pada 3 April 1956. Beliau telah dikebumikan di Vienna dengan penuh penghormatan tentera pada 6 April.[8]

Ringkasan kerjaya tenteranya[sunting | sunting sumber]

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Karya[sunting | sunting sumber]

  • Panzer Operations: The Eastern Front Memoir of General Raus, 1941–1945 (with Steven H. Newton), ISBN 978-0-306-81247-7
  • Peculiarities of Russian warfare (German report series, 1949), OCLC 38291522
  • Tactics in unusual situations (Small unit tactics, 1951), OCLC 37669938
  • Improvisations and field expedients: Their use as instruments of command (1951), OCLC 38373401
  • Effects of climate on combat in European Russia (German Report Series, CMH Pub 104-6, 1952)
  • The Pomeranian battle and the command in the east (1952) OCLC 14445144
  • Strategic deceptions (Deceptions & Cover Plans Project # 29, 1948), OCLC 37161255

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 84
  2. ^ Scherzer 2007, p. 615.
  3. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 93
  4. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 352
  5. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 138
  6. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 249
  7. ^ Raus, Erhard. Panzer Operations p. 254
  8. ^ Heuer 1988, p. 157
  9. ^ Thomas 1998, p. 184.
  10. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 367.
  11. ^ a b Scherzer 2007, p. 615.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Heuer, Gerd F.: Die Generalobersten des Heeres. Inhaber höchster deutscher Kommandostellen 1933–1945. Rattstatt: Moewig 1988. ISBN 3-8118-1408-7
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II [The German Cross 1941 – 1945 History and Recipients Volume 2] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Panzer Operations: The Eastern Front Memoir of General Raus, 1941–1945 (with Steven H. Newton)
Pegawai tentera
Didahului oleh
Generalleutnant Franz Landgraf
Panglima Divisyen Ke-6 Panzer
29 April 1942–7 Februari 1943
Diikuti oleh:
Generalleutnant Walther von Hünersdorff
Didahului oleh
Panglima Kor XI (dikenali sebagai Kor Sementara Raus sehingga 10 Mei 1943)
10 Februari 1943–5 November 1943
Diikuti oleh:
Didahului oleh
Jeneral Pasukan Panzer Heinrich Eberbach
Panglima Kor XLVII Panzer
5 November 1943–30 November 1943
Diikuti oleh:
Jeneral Pasukan Panzer Hermann Balck
Didahului oleh
Generaloberst Hermann Hoth
Panglima 4. Panzer-Armee
10 November 1943–21 April 1944
Diikuti oleh:
Jeneral Pasukan Panzer Walter Nehring
Didahului oleh
Generalorberst Hans Hube
Panglima 1. Panzerarmee
21 April 1944–Julai, 1944
Diikuti oleh:
Didahului oleh
Jeneral Pasukan Panzer Erhard Raus
Panglima Armeegruppe Raus
Julai, 1944–Ogos, 1944
Diikuti oleh:
Generaloberst Gotthard Heinrici
Didahului oleh
Generaloberst Georg-Hans Reinhardt
Panglima 3. Panzer-Armee
16 Ogos 1944–10 Mac 1945
Diikuti oleh:
Jeneral Hasso-Eccard von Manteuffel