Pergi ke kandungan

Eric Dane

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eric Dane
Eric Dane in 2008
Kelahiran
Eric William Dane

(1972-11-09)9 November 1972
Meninggal dunia19 Februari 2026(2026-02-19) (umur 53)
Tahun aktif1991–2026
PasanganRebecca Gayheart (k. 2004–2026)
Anak-anak2

Eric William Dane (9 November 1972 – 19 Februari 2026) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Dr. Mark Sloan menerusi Grey's Anatomy. Beliau dilahirkan di San Francisco, California.

Setelah muncul di dalam All My Sons, Dane memutuskan untuk menjadikan lakonan sebagai kerjayanya. Beliau muncul sebagai watak sampingan di dalam Saved by the Bell, The Wonder Years, Roseanne, dan Married With Children, dan sebagainya. Namun, pada tahun 2000, beliau menandatangani perjanjian untuk membintangi Gideon's Crossing, dan dua musim untuk siri Charmed. Selain itu, beliau juga pernah muncul di dalam Serving in Silence dan Helter Skelter.

Penampilan pertama untuk watak utama Dane ialah menerusi The Basket (1999). Beliau juga pernah muncul dalam Zoe, Duncan, Jack & Jane, Sol Goode, Feast, Open Water 2, dan X-Men: The Last Stand.

Pada 2005, Dane menjadi pelakon jemputak sebagai Dr. Mark Sloan (atau "McSteamy") menerusi Grey's Anatomy. Pada musim ketiga, berdasarkan sambutan positif dari penonton, Dane diserap menjadi ahli keluarga Grey's Anatomy.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah belajar di Mateo High, California pada tahun 1991.[1] Beliau mengahwini pelakon Rebecca Gayheart pada 29 Oktober 2004.

Pada 6 Februari 2008, majalah berita selebriti OK! melaporkan Dane menghidap barah kulit tetapi telah menjalani rawatan.[2] Walau bagaimanapun, pada 13 Februari 2008, beliau menafikan dakwaan beliau menghidap barah kulit menerusi majalah Us Weekly[3][4] Dane berkata beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Peranan Nota
1991Saved by the BellTad PogueEpisod ("The Game")
1993The Wonder YearsBrettEpisod ("Nose")
1995Serving in Silence: The Margarethe Cammermeyer StoryMatt
Married… with ChildrenOliver ColeEpisod ("Radio Free Trumaine")
1996Seduced by Madness: The Diane Borchardt StoryNick
Silk StalkingsJustin WhalenEpisod ("Private Dancer")
RoseanneBellhopEpisod ("Disney World War II")
1999The BasketTom Emery
2000Zoe, Duncan, Jack & JaneAlecEpisod ("Kiss of Death")
2001Ball & ChainJack
Sol GoodeOverly dramatic actor
Gideon's CrossingDr. Wyatt CooperMusim 1 Episod 5, 10, 11 dan 16
2002The American EmbassyRob Goodwin
2003-2004CharmedJason DeanMusim 5 Episod 16, 17, 19 dan 21
- Musim 6 Episod 2, 4, 6, 9 dan 13
2004Las VegasLeo BroderEpisod ("The Count of Montecito" dan "Have You Ever Seen the Rain?")
Helter SkelterCharles "Tex" Watson
2005FeastHero
Painkiller JaneNick
2006X-Men: The Last StandJamie Madrox/Multiple Man
X-Men: The Official GameMultiple Man
Open Water 2: AdriftDan
Wedding WarsBen Grandy
2006-kiniGrey's AnatomyDr. Mark Sloan
2008Marley & Me TBA
  1. Eric Dane Biography (1972?-)
  2. "Eric Dane's Fight Against Cancer". OK! Magazine. 2008-02-06. Dicapai pada 2008-02-14.
  3. 1 2 "'Grey's' star upset over cancer report". United Press International. 2008-02-13. Dicapai pada 2008-02-14.
  4. "'Eric Dane Denies Cancer Battle". San Francisco Chronical. 2008-02-14. Dicapai pada 2008-03-10.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]