Erik Satie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Erik Satie pada tahun 1920

Éric Alfred Leslie Satie (AFA: /'eʁik sati/) merupakan penggubah dan pemain piano dari Perancis, pada era kurun ke-20.[1]

Erik Satie dilahirkan pada 17 Mei 1866 di London, dan keluarganya berasal dari Scotland, iaitu bapanya Alfred Satie dan ibunya Jane Leslie. Erik berpindah dari rumah bapanya ke penginapan di Montmatre pada tahun 1887 pada umur 21. Pada pertengahan tahun 1896, Erik sudah kehabisan wang dan terpaksa berpindah ke penginapan yang lebih murah dan kecil, yang pertama di Rue Cortot dan 2 tahun kemudian, selepas dia telah menggubah 2 set pertama Pièces froides pada tahun 1897, dia berpindah ke Arcueil, iaitu kawasan perumahan yang terletak kira-kira 10 km dari Montmatre. Bermula dari tahun 1912, hasil gubahan pendek untuk piano oleh Erik meraih kejayaan, dan dia menggubah dan menerbitkan kebanyakannya dalam tempoh beberapa tahun selepas itu.

Antara hasil gubahannya ialah Gnossienne No.1 dan Gymnopédies.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lectures and events". gresham.ac.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 January 2013.