Pergi ke kandungan

Erin CTJ

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erin CTJ
Kelahiran
Siti Erin Syaheera binti Jamaluddin

(2003-12-31) 31 Disember 2003 (umur 22)
WarganegaraMalaysia
Pekerjaan
Tahun aktif2020–kini
Kerjaya muzik
Syarikat rakamanRusa Music

Siti Erin Syaheera Jamaluddin (lahir 31 Disember 2003) dikenali sebagai Erin CTJ mula minat menyanyi sejak kecil, atas sokongan & dorongan ibu bapa & keluarga, seawal usia 9 tahun, Erin sudah menyertai banyak pertandingan nyanyian. Sering mendapat tempat antara yg terbaik. Seawal usia itu juga, beliau pernah menjadi model iklan makanan, minuman & juga iklan syarikat telekomunikasi di televisyen. Pada tahun 2014, ketika berusia 11 tahun, beliau menyertai pertandingan nyanyian yg tidak asing lagi di Malaysia, Bintang Kecil RTM & dinobatkan sebagai juara sekaligus meraih persembahan terbaik. Beliau terus aktif dengan menyertai lagi pertandingan² nyanyian antaranya, i-Sing Malaysia 2018 (Juara kategori wanita), Berjaya Teenstar Challenge 2019 (Juara kategori solo wanita & juga meraih anugerah Berjaya Teenstar of the year), Bintang Klasik RTM 2019 (tempat ke-3), The Last Trio Standing 2022 (Astro) berganding bersama Lah Ahmad & Asfan Shah dengan nama trio, Trivoce berjaya meraih tempat ke-3.

Erin juga mencari pengalaman dengan menyertai pertandingan di Singapura, Asian Dream & Dangdut Academy Asia 5 di Indonesia (top 16) pada tahun 2019. Beliau juga sering diundang untuk membuat persembahan Road Show, karnival, majlis rasmi di merata tanahair & juga program² di televisyen. Pada tahun 2020, Erin tampil dengan lagu single pertamanya di bawah MVM Music. Seterusnya, di bawah Rusa Music, beliau tampil dengan 6 single termasuk duet bersama Asfan Shah dari tahun 2021 - 2023. Salah satu lagu single, adalah atas hasil tulisan beliau sendiri. Pernah juga lahirkan 1 single di bawah MVM Dangdut (pasaran Indonesia) Beberapa lagu single beliau pernah dipilih menjadi ost untuk drama² berepisod.

Selain bidang nyanyian, Erin pernah menyerikan beberapa video muzik lagu penyanyi & kumpulan tempatan sebagai model & juga sudah menceburi bidang lakonan sebagai watak sampingan / pembantu dalam beberapa buah drama televisyen & drama web/streaming, juga filem yang telah ditayangkan di pawagam.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Skuad JPJ Adila TV1 Drama pertama
2023 Cik Misi 123 Jaja Astro Prima
2025 Teratak Kasih Salina Bella TV3
2026 Khianat Yang Terpilih Nadia

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2024 Satu Hari Nanti Jiha IQIYI Drama web pertama
2025 Paku Hatiku Saria Do Drama
Puteri Kelas Atas Dinie Viu
2026 Live Maut Tina Kisah
Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Hantu Tenggek Neng Filem pertama
2023 Sumpahan Malam Raya Bibik
Syaitan Munafik Tania

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Komposer Penulis Lirik Catatan
2020 Arjuna Harry Khalifah & Ejai Aziz Ejai Aziz
2021 Jalan Duta Ezra Kong Ezra Kong & A. Ramlee
2022 Dambaanku Ikhwan Fatanah & Wan Saleh Ikhwan Fatanah
2022 Suri Cinta

OST Drama Berepisod, Selamanya Suri Cinta

Tomok & Rudy Nastia Tomok & Khaleel
2023 Pengiri Hati Park Min Soo & Erin Shahira Erin Shahira
2023 Dengarkan Beb

(Pasaran Indonesia)

Bratt Bob
2023 Pujuk Hati Jawa Suki M.A.O
2023 Takdir Cinta Kita

(Kolaborasi Bersama Asfan Shah)

Asfan Shah Siti Rosmizah OST Andai Itu Takdirnya
2023 Ini Warisan Kita

(Kolaborasi Bersama Alam Antido)

Mas Dewangga & Jova Devito Lagu Khas Kementerian Perpaduan Malaysia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]