Erissa Puteri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erissa Puteri
Kelahiran
Erissa Puteri binti Hashim

(2003-03-01) 1 Mac 2003 (umur 21)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2014–kini

Erissa Puteri Hashim (lahir 1 Mac 2003) merupakan penyanyi, dan pelakon remaja Malaysia. Beliau meraih kejayaan sebagai salah seorang peserta Ceria Popstar musim kedua pada 2014.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada usia 11 tahun, bakat Erissa Puteri mula dicungkil menerusi rancangan pencaraian bakat kanak-kanak Ceria Popstar musim kedua yang turut disertai oleh Masya Masyitah. Beliau dibimbing oleh penyanyi Alyah sehingga berjaya meletakkan beliau di kedudukan keempat semasa peringkat akhir pertandingan. Selepas tamat Ceria Popstar, beliau merakamkan single pertamanya, "Matahari" yang mencatat jumlah yang tinggi di YouTube iaitu sebanyak 608,000 tontonan.[1]

Erissa bersama enam finalis rancangan itu muncul dengan album kompilasi Ceria Popstar 2 terbitan Warner Music Malaysia. Album ini dikeluarkan pada November 2014.[2] Kerjaya lakonannya bermula menerusi drama Super Game Boy The Series lakonan bersama Wafiy, Mia Sara, Izz Ilham dan Sweet Qismina,[3] ini diikuti oleh telefilem Kasut Bola Pink arahan Shamyl Othman.[4] Erissa juga terpilih sebagai Mousekeeters pertama Malaysia untuk rancangan Club Mickey Mouse di Disney Channel.[5][6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2014 Ceria Popstar 2 Album kompilasi bersama 6 finalis Ceria Popstar musim kedua

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2014
"Matahari"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
TBA Tanah Kubur Filem pertama, dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Puasa Oh Puasa Erissa Astro Ceria
2015 Puasa Oh Puasa (Musim 2)
Super Game Boy The Series Nina
Geng UPSR Dina Astro Tutor TV
2016 Geng UPSR (Musim 2)
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Tengku Natasha (Kecil) Astro Ria
2019 SMK Alya Zara Astro Ceria
2020 SMK (Musim 2)
2021 SMK (Musim 3)
2022 SMK (Musim 4)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Masya Alisya Adik Alisya Astro Ceria
2016 Super Game Boy: Geng Fixie Nina
2017 Kasut Bola Pink Astro First Eksklusif
2019 Super Game Boy - The Game Returns Astro Ceria
2020 SMK: Raya Dekat Jauh Alya

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Ceria Popstar 2 Dirinya sendiri/Peserta Astro Ceria
2017 Club Mickey Mouse Mousekeeter Disney Channel
2018 Ceria Megastar Dirinya sendiri/Peserta Astro Ceria
2021 Club Mickey Mouse (Season 2) Mousekeeter Disney+ Hotstar
Ceria Xtra Dirinya sendiri Astro Ceria

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (6 Disember 2014). "Matahari Erissa meletup". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  2. ^ Norhayati Nordin (17 November 2014). "Popular di YouTube". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  3. ^ Ramlah Zainal (16 Mac 2015). "Super Game Boy: Pengembaraan empat sekawan". Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  4. ^ "Gandingan Wafiy & Erissa tarikan hebat dalam 'Kasut Bola Pink'". Utusan Borneo. 6 Mac 2017. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  5. ^ Farizul Izwany Ibrahim (7 Disember 2017). "Erissa Mouskeeters Club Mickey Mouse ingin menjadi artis berjaya seperti Britney Spears". Remaja. Dicapai pada 20 Jun 2019.
  6. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (18 September 2017). "Meet our Mouseketeers". New Straits Times. Dicapai pada 20 Jun 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]