Eriy Ryzale

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Eriy ryzale)
Eriy Ryzale
Latar belakang
Nama lahirEriyantee Binte Mohd Rizal
Kelahiran (2000-02-14) 14 Februari 2000 (umur 24)
Kediaman Singapura
GenrePop/Rock/Traditional Music/Dangdut/RnB
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif2017–kini
Syarikat rakaman
Voz Management
Laman sesawang
@EriyRyzale instagram.com @EriyRyzale facebook.com

Eriyantee Binte Mohd Rizal atau lebih dikenali sebagai Eriy Ryzale adalah seorang penyanyi dari Singapura. Eriy Ryzale pernah mewakili Singapura untuk pertandingan D'Academy Asia Musim ke 3 di Indonesia pada tahun 2017. Beliau mempunyai ramai peminat dari Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Eriy Ryzale atau nama sebenarnya Eriyantee Binte Mohd Rizal lahir pada 14 February 2000 merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik dan beliau berasal daripada Singapura. Beliau mula bernyanyi pada usia 8 tahun. Lagu pertama yang beliau pelajari adalah lagu Sunda. Ibu bapanya, ianaEyzana dan Budi Ryzale juga merupakan seorang penyanyi. Beliau mempunyai keluarga yang meminati muzik dan semua boleh bernyanyi. Kakak beliau Erynn Eriynee juga seorang penyanyi.

Pada usia 15 tahun Eriy Ryzale dan kakaknya Erynn Eriynee sering membuat video-video di YouTube untuk mempelajari menyanyi. Antara lagu yang mereka rakamkan yang menjadi viral adalah lagu Andai Hatiku Bersuara dari Chomel yang mempunyai 75 ribu tontonan.

Pada tahun 2017, Eriy Ryzale telah diundang untuk memasuki DC Choir. Beliau berpeluang untuk membuat persembahan bersama artis Singapura Sufi Rashid dengan lagu Aku Sanggup di rancangan Muzika Extravaganza oleh Mediacorp.

Pada umur 17 tahun, Eriy Ryzale telah mewakili Singapura bersama Nada Fitri, Rahila Rashun, Ajul Anwar, Sunny Jackson dan Nor Haqeem untuk pertandingan D'Academy Asia Musim ke 3 di Indonesia. [1] Ia adalah pertandingan Dangdut terbesar yang di wakili oleh 6 negara yaitu Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Timor Leste, dan Thailand. Walaupun beliau tidak memenangi pertandingan itu. Beliau tetap dapat memasuki 18 tempat teratas di pertandingan itu.

Pada tahun 2019, Eriy Ryzale telah merakamkan single pertamanya bertajuk Panas di bawah naungan Voz Management. [2] Lirik oleh Amyr Abadawn dan Budi Ryzale dan komposer oleh Amyr Abadawn. Ia telah di rakaman di Studio47. Beliau juga ada berduet dengan seorang rapper bernama YK untuk versi kedua.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • 2019: Panas (Lirik: Amyr Abadawn dan Budi Ryzale, Komposer: Amyr Abadawn)
  • 2019: Hati Ku Panas Featuring YK (Lirik: Amyr Abadawn dan Budi Ryzale, Komposer: Amyr Abadawn)
  • 2021: Kembali (Lirik: Eriy Ryzale, Komposer: Amyr Abadawn)
  • 2022: Bengkak Featuring Eriy Ryzale (Lirik: YK Young Khalifa, Komposer: Amyr Abadawn)

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

  • 2019: Panas [3]
  • 2019: Hatiku Panas feat. YK
  • 2020: Jika Jodoh feat. Gellen Martadinata
  • 2021: Kembali
  • 2022: Bengkak

Panampilan Awam[sunting | sunting sumber]

  • 2017: Muzika Extravaganza (Bersama DC Choir)
  • 2017: D'Academy Asia Musim ke 3 di Indonesia
  • 2019: Pelancaran Serumpun [4]
  • 2019: Coffee Talk bersama Hafeez Glamour & Marina Yusoff [5]
  • 2020: Live at Wisma Geylang Serai
  • 2020: Carta Dasyat Giler
  • 2021: Pop Suria Mediacorp Series 3 Episode 5
  • 2021: Bilik Kaca Edisi Khas Hari Raya Rumah Terbuka @ Keat Hong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peserta S'pura buat pengulas menangis. Berita Harian. Dicapai pada 28 Oct, 2017.
  2. ^ Eriy tampil bakat serba boleh melalui 'PANAS'. Berita Harian. Dicapai pada 27 Aug, 2019.
  3. ^ Eriy Ryzale - Panas (Lyric Video). Exuism. Dicapai pada 13 Jul, 2019.
  4. ^ Serumpun' himpun 10 single bakat setempat. Berita Harian. Dicapai pada 31 Aug, 2019.
  5. ^ Eriy Ryzale - Janjiku (Coffee Talk). Exuism. Dicapai pada 17 Oct, 2019.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]