Pergi ke kandungan

Ernie Zakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ernie Zakri
ارني زكري
Ernie semasa di Istana Budaya
Kelahiran
Nur Ernie Shahirah binti Zakri

(1992-06-23) 23 Jun 1992 (umur 34)
PendidikanIjazah Muzik
Pusat pendidikan
Pekerjaan
Tahun aktif2009–sekarang
PasanganSyamel (k. 2021)
Anak-anak1
IbuRafiaah Mohamed
BapaZakri Ahmad
SaudaraZiana Zain (ibu saudara)
Anuar Zain (bapa saudara)
Kerjaya muzik
GenreBalada, Pop & R&B
Alat muzikVokal
Syarikat rakamanFMC Music
Rocketfuel Entertainment
Universal Music Malaysia
Kegiatan berkaitanTomok, Syamel

Nur Ernie Shahirah binti Zakri (lahir 23 Jun 1992) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan juara pertandingan Bintang RTM edisi 2009.[1][2] Pada tahun 2018, beliau bersama rakan duet Syamel, memenangi anugerah Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-32.[2][3] Selain itu, beliau merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Ernie Zakri dilahirkan di Kuala Lumpur.[4] Beliau mendapat pendidikan di SMK (P) Methodist, Kuala Lumpur, kemudian memperoleh ijazah Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.[4][5] Beliau juga memegang Ijazah Muzik di Universiti Malaya (UM).[6] Ibu Ernie, Rafiaah Mohamed merupakan sepupu kepada dua penyanyi tersohor negara, Ziana Zain dan Anuar Zain.[nota 1][7] Bapa Ernie, Zakri Ahmad merupakan pemain dram kumpulan Kilat.[4]

Setelah menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009[1], kerjaya Ernie sebagai penyanyi tanah air seolah senyap buat seketika walaupun setelah beliau menerbitkan album berjudul "Sinaran" pada tahun 2011[8]. Nama Ernie menjadi popular menerusi program Duo Star dengan gandingan Syamel[9].

Selain fokus dalam mengusahakan kerjayanya sebagai penyanyi, Ernie juga merupakan seorang guru vokal. Sehingga kini, kelas vokal anjurannya mendapat sambutan baik termasuklah juga daripada rakan artis yang pernah mengikuti kelas vokalnya. Antara rakan artis yang juga merupakan pelajar beliau termasuklah Siti Nordiana, Siti Sarah Raisuddin, Amira Othman dan Azza Elite.[10] Pada tahun 2015, Ernie muncul dengan single "Takkan Pudar" hasil ciptaan Akir dari kumpulan Hyper Act, ia menjadi lagu tema drama "Hati Perempuan" di TV3.[11]

Ernie juga telah diberi kepercayaan dalam menjadi pelatih dan guru vokal untuk peserta program Big Stage anjuran Astro[12]. Ernie pernah berlakon dalam satu telefilem istimewa Aidilfitri di samping Tomok[13]. Berikutan kejayaan kerjasama mereka, duo ini mengeluarkan single duet kedua mereka, "Takkan Terlerai" pada April 2019.[14]

Beliau juga terpilih untuk meminjamkan suara Bawang Merah dan Bawang Putih dalam filem animasi, "Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal".[15] Ernie memulakan kerjaya lakonan menerusi drama "Suri Katriana" yang disiarkan di Astro Prima.[16] Pada November 2019, singlenya Ku Bersuara terpilih sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-34.[17][18][19]

Pada Julai 2020, Ernie melancarkan single terbaharunya, "Boneka".[20] Lagu ini ialah hasil nukilan oleh Omar K, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, berkisarkan tentang kekuatan seseorang individu selepas putus cinta dengan pasangannya. Ini menjadi muzik video pertamanya di mana beliau mula memakai hijab.[21][22][23]

Pada Mac 2021, Ernie berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 dengan membawa lagu Gundah yang ditulis dan dihasilkan oleh Ernie sendiri bersama Sharon Paul dan Ernie memenangi anugerah Vokal Terbaik.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung selepas mengumumkan penampilan terbaharunya di Instagram.[24] Pada 16 Ogos 2020, beliau bertunang dengan rakan penyanyi, Syamel[25] dan berkahwin pada 26 Mac 2021.[26]

Profil vokal

[sunting | sunting sumber]

Ernie Zakri memiliki jenis suara Lyrical Soprano iaitu suara yang berada di kawasan julat vokal yang tinggi hingga ke not (E6) . Beliau sering meraih pujian kerana penggunaan teknik vokal yang sihat dan seimbang. Beliau juga mampu menyanyikan not-not tinggi didampingi getaran vibrato yang stabil seperti yang didemonstrasikan dalam lagu "My All". Tidak kurang daripada itu beliau mahir memanipulasikan variasi dinamik dalam nyanyian. Oleh itu, beliau mendapat jolokan "Ariana Grande Malaysia" di kalangan netizen. Beliau juga mahir dalam nyanyian klasikal opera seperti dalam lagu Malaysia Prihatin, Ernie Zakri merupakan penyanyi asal lagu ini yang mana ia menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang Ke-63. Beliau juga sering menyanyikan lagu-lagu klasikal opera yang terkenal seperti Phantom Of The Opera. Beliau juga digelar sebagai "Queen of Headvoice Malaysia".

  • Jenis suara: Lyrical Soprano
  • Julat vokal: (D3 - C6 - F6 - C#7)
  • Julat vokal yang disokong: (F3 - F5 - C#6)
  • Not-not tinggi:
Jenis not Persembahan
C#6 Ku Bersuara (AJL34)
C6 Aku Cinta (AJL32)
D6 Aura (AJL39)
E6 Jangan Marah
A5 Ikut Rentakku
F5 Gundah (AJL35)
D6 Aura (AJL387

Kolaborasi

[sunting | sunting sumber]

Sepanjang kerjayanya, beliau telah berkolaborasi dengan ramai artis Malaysia, namun lebih dikenali menerusi gandingannya bersama Syamel.

Gandingan terbaharu beliau adalah bersama Hafiz Suip dengan lagu duet Berakhirlah Pencarianku.[27]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album
Sinaran
Aura
Tahun Tajuk Lagu Kolaborasi Penulis Lirik Komposer Album Catatan
2011 "Mahu Ingin Bercinta" — Zamzoy Intan Shaharudin Sinaran
"Rindu Bukan Teman" — Dangsuria Shahadrian Azlan Abu Hassan
2012 "Khalimah Janji" Aiman Hakim Ridza Buddhi Hekayat Manusia Putih Single bukan album
2015 "Takkan Pudar" — Frozen Akir HyperAct
"Ini Yang Ku Mahu" — Amzar Viral DJ Fuzz
2016 "Jangan Marah" — Viral
2017 "Aku Cinta" Syamel OST drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati
2018 "Misteri" — Gouffran & Sang Hitam OST drama Dian
"Ku Bersuara" — Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham OST drama Dia Yang Ku Cinta
2019 "Buai Laju-laju" — Les Copaque Production Sdn. Bhd. OST filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
"Sinar Mata Hati" — Slenfadzil Helen Yap OST drama Suri Katriana
"Takkan Terlerai" Syamel Ernie Zakri & Fedtri Yahya Sharon Paul, Ernie Zakri & Syamel OST filem Jebat
"Seru Hari Lebaran" Siso Kopratasa S. Atan
2020 "Gundah" — Ernie Zakri & Sharon Paul OST drama Syurga Untukmu
"Boneka" — Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat OST drama Bougainvillea
2021 "Goodbye Hello" Syamel Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir & Mike Chan
"Berakhirlah Pencarianku" Hafiz Suip Dato' A. Aida Ikhwan Fatanna & Wan Saleh
2022 "Korban" — Ernie Zakri
"Astana" — Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel
"Hal Hebat" Govinda Ade Govinda
2023 "Suasana Hari Raya" — Akbar Khan Sharifah Aini
"Jemput Raya" — John Jeevasingham, Shazriq Azeman & Omar K
"Sirna" — Slenfadzli & Ernie Zakri Sharon Paul OST filem Sumpahan Jerunei
"The Best" — Firdaus Rahmat, John Jeevasingham & Shazriq Azeman Aura
"Ayuh" Kmy Kmo, Aman RA & Malique Malique & Tripdisz Single bukan album OST filem Polis EVO 3
"Sampai Tua" Syamel Faizal Tahir, Mage, Pique, Glowrush, Syamel & Ernie Zakri
"Masing Masing" Ade Govinda Ade Govinda & Nabila V Ade Govinda Aura OST drama Indonesia Luka Cinta & drama Malaysia Nuh & Nayla
2024 "Aura" — Ernie Zakri, John Jeevasingham & Firdaus Rahmat
"LUV" Sabronzo Alawn, ALYSA, Ernie Zakri, Shin Hyuk, John Jeevasingham & Kirsten Collins Single bukan album
"HAHAHAHAHari Raya" — Ajay Amai, Ernie Zakri & Mage
"Jangan Hilang Percaya" — Syamel & Jiwa Aura
"Gelita" — Slen Fadzil Slen Fadzil & Helen Yap
2025 "Surreal Experiences" Lil’ J, Nicole, Reza, Davesh & Thamiera — Single bukan album Lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2026
"Nostalgia" — Allan Andersn
"Kisah Penuh Kecewa" Anggi Marito Clara Riva, Ernie Zakri & S/EEK Ernie Zakri & S/EEK
"Dansa" — Ernie Zakri & John Jeeves
"Perjalanan" Andi Rianto Ernie Zakri & Andi Rianto OST drama Cahaya Anak Lorong
2026 "Suasana Raya" Syamel Adam Armin & Yusuff Khan
"Tak Berlagu" — NJWA NJWA & Rendra Zawawi OST filem Khadam
"Sejambak Bunga" — Hael Husaini & Iqie Hugh
"Racun" — EZ & John Jeeves

Nota: Lagu yang berwarna kuning adalah lagu yang telah bertanding di Anugerah Juara Lagu manakala warna hijau merujuk kepada lagu hari perayaan

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Catatan
2019 Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bawang Merah & Bawang Putih Suara & filem pertama
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Suri Katriana Suri Astro Prima Drama lakonan pertama beliau
2021 Kalau Dah Berbini Siti Astro Warna
2024 Luka Cinta Dirinya sendiri SCTV Drama Indonesia, penampilan khas

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2009 Bintang RTM Peserta TV2
2016 Duo Star Astro Ria bersama Syamel
2018 Big Stage (musim 1) Guru Vokal Astro Ria
2019 Mentor Milenia 2019 Mentor TV3
J.K.K (Musim ke-5) Mira Episod 7: "Kampung Contoh"
2020 Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula Peserta Episod 7 - Lagenda Fauziah Latiff
2021 Shuk Nak Tanya 2 Artis Jemputan Awesome TV
Havoc Nak Raya TV3
2022 Sepahtu Reunion Live 2022 Eika Astro Warna Episod "Tolong Jagakan Dia"
2023 Konsert Minggu Ini Dirinya sendiri TV2 Episod: "Syamel dan Ernie"
TVS LIVE TVS Episod: "Ernie Zakri dan Huza Tahir"
2025 Ernie Zakri & Friends TV2

Anugerah dan percalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Vokal Terbaik "Aku Cinta" (bersama Syamel) Menang [2]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Dirinya sendiri (bersama Syamel) Menang [28]
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 Finalis "Ku Bersuara" Finalis [17][18]
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri (untuk "Ku Bersuara") Tercalon [29]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2021 Anugerah Juara Lagu ke-35 Vokal Terbaik "Gundah" Menang [30]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Dirinya sendiri Tercalon
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Terbuka "Boneka"[nota 2] Tercalon [31]
Anugerah MeleTOP Era 2021 Penyanyi Popular Era Dirinya sendiri (untuk "Gundah" & "Boneka") Tercalon
Video MeleTOP "Boneka" Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-23 Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) "Sinar Mata Hati" Menang [32]
Lagu Pop Terbaik "Goodbye Hello" (bersama Syamel) Menang
Lagu Terbaik Menang
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu Tercalon
"Berakhirlah Pencarianku" (bersama Hafiz Suip) Tercalon
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Terbuka "Korban" Finalis [33]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon
2024 Anugerah Juara Lagu ke-38 Terbuka "Astana" Finalis [34]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Lagu Paling Boom Popular "Masing Masing" Menang [35]
SCTV Awards 2024 Soundtrack Sinetron Paling Ngetop[nota 3] Menang [36]
ContentAsia Award Best Original Song for An Asian TV Series/Programme or Movie "Ayuh" Menang
Festival Filem Malaysia ke-33 Lagu Tema Terbaik Tercalon
2025 Anugerah Juara Lagu ke-39 Vokal Terbaik "Aura" Menang [37]
Gempak Most Wanted Awards 2024 Video Muzik Tergempak 2024 "Masing Masing" Tercalon
2025 Music Awards Japan Best Song Asia Tercalon [38]
Best of Listeners' Choice: International Song[nota 4] Tercalon
Anugerah Melodi Terhangat 2025 Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat Dirinya sendiri Tercalon [39]
Selebriti Ikon Terhangat Tercalon
Selebriti Couple Goal Terhangat Dirinya sendiri (bersama Syamel) Tercalon
Anugerah Industri Muzik ke-24 Kulit Album/Single Terbaik Aura Tercalon [40][41]
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) "Aura" Tercalon
Rakaman Lagu Terbaik Menang
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Video Muzik Terbaik "Ayuh" Tercalon
Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem atau Drama Tercalon
Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik Masing Masing" (bersama Ade Govinda) Menang
Lagu Paling Tinggi Distrim Menang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik "The Best" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Penyanyi Wanita Popular Dirinya sendiri Menang
Bintang Paling Popular Menang
2026 Festival Filem Malaysia ke-35 Lagu Tema Terbaik "Tak Berlagu" Menang

Nota: Anugerah dan pencalonan yang diwarnakan merupakan bilangan penyertaan Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu

  1. ↑ Ernie memanggil Ziana, Mak Long; manakala Anuar dipanggil Pak Ngah.
  2. ↑ Digantikan oleh Syamel.
  3. ↑ OST bagi drama Indonesia, Luka Cinta.
  4. ↑ Anugerah diberikan melalui undian penonton di Spotify.
  1. 1 2 Mohamad, Zaidi (9 Februari 2017). "Ernie Zakri berguru dengan dua anak Pak Zain". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
  2. 1 2 3 Mohd Tahir, Sudirman (14 February 2018). "Ernie, Syamel power!". Harian Metro. Dicapai pada 18 January 2020.
  3. ↑ Zulhilmi Jalil (2 Disember 2018). "Ernie mahu jadi diri sendiri". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2021-03-25.
  4. 1 2 3 GP, Mustazah (6 January 2019). "Biodata dan latar belakang Ernie Zakri". iluminasi.com. Dicapai pada 18 January 2020.
  5. ↑ "Saya rasa janggal ajar Siti Nordiana - Ernie Zakri". Astro Awani. 7 January 2018. Dicapai pada 18 January 2020.
  6. ↑ Mohamed, Raja Nurfatimah Mawar (9 February 2020). "'Ernie tak fikir siapa hebat dan dahsyat'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
  7. ↑ Razal, Kamaruddin (27 Januari 2017). "Ernie Zakri Tak Guna Nama Ziana & Anuar Zain Untuk Popular". Gempak.com. Dicapai pada 1 September 2018.
  8. ↑ KARIM, HARYATI. "Tuah tujuh tahun Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
  9. ↑ AWALUDIN, NURUL FADILA. "Kelangsungan kerjaya Ernie Zakri". KOSMO!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 1 September 2018.
  10. ↑ Atak, Feride Hikmet (14 Julai 2016). "Karier nyanyian kurang menyerlah, Ernie hampir putus asa". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.
  11. ↑ "Lagu latar popularkan Ernie". Utusan Malaysia. 5 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-05. Dicapai pada 26 Mac 2016.
  12. ↑ Rahman, Ifqdar (6 Ogos 2018). "Ernie Zakri tinggalkan FMC Music sah milik Astro". Utusan. Dicapai pada 1 September 2018.
  13. ↑ Nordin, Norhayati (6 Ogos 2017). "Ernie seronok fokus karier". Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2018.
  14. ↑ Badrul Hashim (12 April 2019). "Ernie & Syamel Lancar Single Duet Kedua, Takkan Terlerai". Gempak. Dicapai pada 18 January 2020.
  15. ↑ Dennis Chua (14 June 2019). "#Showbiz: Voicing out her talent". New Straits Times. Dicapai pada 18 January 2020.
  16. ↑ Azlina Mazli (9 October 2019). ""Saya sangka job ini kacang saja" - Ernie Zakri rasa tertipu, menyesal terima tawaran berlakon". mstar.com.my. Dicapai pada 18 January 2020.
  17. 1 2 "12 Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL34". eh.com.my. 29 November 2019. Dicapai pada 18 January 2020.
  18. 1 2 Serimah Mohd Sallehuddin (11 February 2020). "'Kebolehan Hafiz tiada pada penyanyi lain'". Berita Harian. Dicapai pada 12 February 2020.
  19. ↑ Nor Azurin Ali (19 November 2018). "Ernie Zakri luah rasa dalam lagu". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-20. Dicapai pada 26 Mac 2019.
  20. ↑ Budiey (27 Julai 2020). "Ernie Zakri lantang bersuara dalam Boneka". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2020.
  21. ↑ "Ernie Zakri tampil bertenaga dengan imej berbeza menerusi Boneka". Kopiplanet. 28 Julai 2020. Dicapai pada 16 September 2020.
  22. ↑ "Ernie Zakri bawa penampilan dan rentak berbeza dalam 'Boneka'". FEMAG Online. 28 Julai 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  23. ↑ Fendi Ghafar (25 Julai 2020). "Gaya pelik Ernie curi tumpuan". Suara.TV. Dicapai pada 8 November 2020.
  24. ↑ Zaidi Mohamad (24 Mac 2020). Ernie Zakri bertudung Berita Harian. Dicapai pada 18 September 2020.
  25. ↑ Nur Asyikin Mayudin (16 Ogos 2020). Tahniah! Ernie Zakri kini tunang Syamel, rancang nikah tahun depan - "Doa yang baik-baik buat kami" mStar Online. Dicapai pada 18 September 2020.
  26. ↑ Ernie kini milik Syamel, selamat bernikah pagi Jumaat
  27. ↑ Tahir, Sudirman Mohd (2021-07-16). "Paduan dua vokal hebat". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  28. ↑ Zulaikha Yusof (8 Oktober 2018). "Keputusan pemenang ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31". gempak.com. Dicapai pada 18 January 2020.
  29. ↑ Mustazah GP (3 March 2020). "Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020". iluminasi.com. Dicapai pada 4 March 2020.
  30. ↑ "Aina Abdul tewas Vokal Terbaik di tangan Ernie Zakri... Lagu 'Gila' julang trofi AJL35 - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-15. Dicapai pada 2025-08-15.
  31. ↑ Mahmud, Farihad Shalla (2022-03-06). "Syamel ganti Ernie nyanyi Boneka". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  32. ↑ AZMI, MOHAMMAD SHAHEMY (2022-09-12). "Genggam trofi AIM umpama mimpi – Ernie Zakri". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-08-15.
  33. ↑ Khairil (2023-01-31). "AJL 37: Berhasrat Genggam Trofi Vokal Terbaik, 'Korban' Tanggungjawab Besar Ernie Zakri". XTRA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  34. ↑ Ilyasha, Amirul (2023-12-17). "Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38" (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-08-15.
  35. ↑ Sallehuddin, Serimah Mohd (2024-10-11). "ABPBH 36: 'Masing Masing' kolaborasi Ernie Zakri, Ade Govinda dinobat Lagu Paling Boom Popular". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  36. ↑ Shahrin (2024-11-21). "Lagu Masing-Masing Ernie Zakri Menang Anugerah Di Indonesia" (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-08-15.
  37. ↑ Jefri, Syafil Syazwan (2025-02-22). "Permulaan terindah 2025". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  38. ↑ "Ernie Zakri Cipta Sejarah Lagi, Lagu Masing-Masing Tercalon Dalam Music Awards Japan! - Remaja". www.remaja.my. 2025-03-14. Dicapai pada 2025-08-16.
  39. ↑ Rostam, Affan (2025-07-17). "Saingan sengit Aina, Ernie pada AMT 2025". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.
  40. ↑ SAIDI, NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR (2025-08-14). "Aina, Ernie, Dayang ungguli 9 pencalonan AIM24". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-08-15.
  41. ↑ Chua, Dennis (2025-09-14). "#SHOWBIZ: Aina, Ernie win big in AIM24". NSTP (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-15.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
Dayang Nurfaizah (29, 30, 31)
Hafiz Suip (34)
Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu
32 (bersama Syamel), 35, 39
Diikuti oleh:
Masih menyandang
Misha Omar (33)
Aina Abdul (36), (37), (38)