Erwin Jaenecke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Erwin Jaenecke
Kelahiran22 April 1890
Meninggal dunia 3 July 1960 (3 July 1960-3 July 1960) (aged 70)
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1911–45
PangkatGeneraloberst
ArahanTentera Darat Ke-17
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross
Order of Michael the Brave

Erwin Jaenecke (22 April 1890 – 3 Julai 1960), adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-17.

Jaenecke berkhidmat di Perbatasan Timur sebagai Panglima Divisyen Ke-389 Infantri dan kemudian Kor IV. Beliau tercedera dalam Pertempuran Stalingrad dan sebagai seorang pegawai tertinggi terakhir yang dibawa terbang keluar.[1]

Pada April 1943 beliau memerintah Kor LXXXII, dan dari 25 Jun memimpin Tentera Darat Ke-17 di Caucasus dan kemudian di Semenanjung Krimea. Pada 29 April 1944 satu mesyuarat bersama Adolf Hitler di Berchtesgaden, Jaenecke menegaskan agar tentera Jerman di Sevastopol perlu dipindah keluar. Tidak lama selepas itu beliau dipecat dari jawatannya.

Kemudian, beliau telah dipertanggungjawabkan atas kehilangan Crimea, ditangkap di Romania dan dibawa ke mahkamah tentera. Heinz Guderian dilantik sebagai penyiasat khas dalam kes ini. Guderian memperlahankan prosiding dan akhirnya Jaenecke telah dibebaskan secara diam-diam pada Jun 1944. Jaenecke telah disingkirkan dari tentera pada 31 Januari 1945. Pada 15 Jun 1945 beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa Soviet dan dijatuhi hukuman mati atas jenayah perang yang dilakukan oleh pasukan tentera bawahannya pada tahun 1942. Hukumannya telah ditukar kepada 25 tahun kerja berat. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1955.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemah oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 189. ISBN 9781473833869. 
  2. ^ Scherzer 2007, p. 416.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
Pegawai tentera
Didahului oleh
Panglima 389. Infanterie-Division
1 Februari 1942 – 1 November 1942
Diikuti oleh:
Generalmajor Erich Magnus
Didahului oleh
Richard Ruoff
Panglima 17. Armee
25 Jun 1943 – 1 Mac 1944
Diikuti oleh:
Ferdinand Schörner
Didahului oleh
Ferdinand Schörner
Panglima 17. Armee
1 April 1944 – 28 April 1944
Diikuti oleh:
Karl Allmendinger