Pergi ke kandungan

Erymnochelys madagascariensis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Erymnochelys madagascariensis
Gambar diambil di Rizab Hidupan Liar Berenty
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Genus:
Erymnochelys

Baur, 1888
Spesies:
E. madagascariensis

Nama binomial
Erymnochelys madagascariensis[1]

Erymnochelys madagascariensis atau Kura-kura Kepala Besar Madagascar[1] ialah kura-kura yang endemik dan boleh ditemui di kawasan berair seperti sungai dan tasik di barat Madagascar. Kura-kura ini dianggap sebagai haiwan terancam genting dan disenaraikan sebagai kura-kura paling terancam di dunia pada tahun 2018.[2] Meskipun hampir mencapai kepupusan, kura-kura ini masih lagi dijadikan makanan eksotik dan dieksport keluar dari Madagascar ke negara-negara Asia bagi memenuhi permintaan pasaran perubatan tradisional. Program pembiakan semula telah dimulakan bagi mengelakkan spesies ini pupus. Sebuah badan antarabangsa, The Turtle Conservation Fund (TCF) telah memohon dana kewangan sebanyak $5.6 juta bagi membiayai 'Pelan Tindakan Glonal' selama lima tahun merangkumi projek pemuliharaan dan pembiakan, kawalan perdagangan, pembinaan pusat-pusat bantuan, pelan pemuliharaan tempatan, dan program pendidikan.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kura-kura ini ialah salah satu daripada spesies haiwan terancam, dan disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 kura-kura terancam oleh Turtle Conservation Funds (TFC). Haiwan ini mempunyai cangkerang berwarna hitam coklat dan berkepala besar. Kura-kura muda memiliki garisan hitam pada cangkerangnya dan semakin pudar apabila dewasa.[3]

Spesies ini mendiami kawasan berair seperti sungai, tasik tinggal dan paya. Kebanyakan kura-kura yang lebih muda mendiami kawasan-kawasan anak sungai yang lebih kecil, di mana tempat tersebut lebih selamat dan mudah membesar.

Kebanyakan kura-kura ini ditemui di kawasan tanah-tanah rendah yang terletak di sebelah barat Madagascar.[4]

Haiwan ini sering dieksploitasi untuk memenuhi pasaran makanan eksotik dan perubatan tradisional. Selain itu, mereka juga sering terperangkap pada jaring-jaring ikan dan kayu pancing. Pemusnahan habitat dan pembangunan kawasan juga menyumbang kepada kemerosotan populasi mereka.

  1. ^ a b c d Rhodin, Anders G.J.; van Dijk, Peter Paul; Inverson, John B.; Shaffer, H. Bradley (2010-12-14). "Turtles of the world, 2010 update: Annotated checklist of taxonomy, synonymy, distribution and conservation status" (PDF). Chelonian Research Monographs. 5: 000.136. doi:10.3854/crm.5.000.checklist.v3.2010. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Gumbs, Rikki; Gray, Claudia; Wearn, Oliver; Owen, Nisha (2018). "Tetrapods on the EDGE: Overcoming data limitations to identify phylogenetic conservation priorities". PLoS One. 13 (4). doi:10.1371/journal.pone.0194680. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "Madagascar big-headed turtle videos, photos and facts - Erymnochelys madagascariensis". Arkive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-09. Dicapai pada 2018-04-20.
  4. ^ "Madagascar big-headed turtle videos, photos and facts - Erymnochelys madagascariensis". Arkive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-09. Dicapai pada 2018-04-20.