Esa Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Ar. Esa Mohamed (67 tahun) merupakan arkitek dari Malaysia kelahiran Semerah,Batu Pahat,Johor. Beliau adalah Pengasas dan Pengarah Urusan Arkitek Jururancang Malaysia Sdn. Bhd. (AJM) yang banyak diberi kepercayaan untuk merangka pelbagai bangunan dan lanskap.

Beliau adalah bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM). Kemudian beliau dilantik menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Arkitek / International Union of Architects (UIA) bagi penggal 2014-2017 pada 9 Ogos 2014. Ini menandakan beliau menjadi rakyat Malaysia dan Asia pertama diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan paling berprestij di peringkat global itu. Beliau banyak menerima anugerah termasuk Aga Khan Award for Architecture (2001).

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Esa menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Sydney, Australia (1976). Sebelum itu mendapat ijazah arkitek dari Universiti Newcastle, Australia (1973). [1]

Arkitek utama Malaysia[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia arkitek , beliau tidak asing lagi bagi perancangan dan seni bina berprestij seperti Perbandaran Subang Jaya, Pelan Induk Kuala Lumpur, Universiti Malaysia Pahang, Pelan Induk Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur, Datai Bay Resort Langkawi, Mid Valley City dan The Gardens, Sunway Pyramid, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buluh dan yang terbaharu adalah Pelan Induk TRX. TRX akan membangunkan tapak seluas 28.3 hektar di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Selain itu, beliau turut terbabit dalam beberapa projek gergasi di China, Pakistan dan Arab Saudi.

KL bandar terancang[sunting | sunting sumber]

Kuala Lumpur dirancang bagaikan di di Jalan La Ramblas di Barcelona, Sepanyol; Le Faubourg di Paris, Perancis atau di Budapest, Hungary. Semua ini dapat direalisasikan apabila siap dua projek mega iaitu Transit Aliran Massa (MRT) dan Tun Razak Exchange (TRX) siap sepenuhnya dalam tempoh 15 tahun .Pelan Greater Kuala Lumpur sejak 2010 menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) pula menyaksikan pembangunan di ibu negara itu dijalankan secara lebih tersusun di kawasan-kawasan strategik seperti sekitar Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Lebuh Pasar.

Pembangunan bandar di Kuala Lumpur tidak pernah berhenti terutama sejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan gagasan Wawasan 2020 pada tahun 1991, seluruh negara melalui pertumbuhan yang pesat terutama di bandar raya Kuala Lumpur. Rerbinanya mercu tanda pencakar langit Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur sekali gus melonjak nama Malaysia.

Namun Pelan Induk Pemulihan Sungai Klang dan Sungai Gombak bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diilhamkan pada tahun 1978 tidak mencapai sasarannya. DBKL perlu mencontohi Sungai Thames di kota raya London, Britain yang kekal sebagai sungai kawasan bandar paling bersih di dunia selama dua dekad berturut-turut. Pemandangan daripada bangunan Parlimen dan Sungai Danube di Budapest, Hungary turut diiktiraf sebagai yang terindah di dunia. [2]

Dr Mahathir pernah menegur pejabat-pejabat kerajaan selepas merdeka dibina seperti kotak-kotak rokok. Air condition yang banyak di luar bangunan mencacatkan pemandangan . Baju disidai di luar kerana tiada tempat mengering pakaian yang sesuai. Bangunan era British cantik tetapi tidak berindentitikan Malaysia. Komentar itu dibuat semasa Dr Mahathir melancarkan buku 'Kuala Lumpur International Airport: Gateway To Malaysia karya Pengerusi Malaysian Japanese Airport Consortium, Datuk Esa Mohamed.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Dato' Seri Ar. Hj. Esa Hj. Mohamed". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-09. Dicapai pada 2014-09-22.
  2. ^ Wajah ibu kota bak bandar di Eropah
  3. ^ Reka bentuk bangunan guna peralatan baru