Escape

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Escape
PengarahIkhwansha Hazer
PenulisIkhwansha Hazer
Dihasilkan oleh
  • Aloysius Pillai (eksekutif)
  • Peer Mohamed (eksekutif)
  • Lau Er Kheng
  • Mohamed Yusoff
Dibintangi
Sinematografi
Disunting olehIkram Daud
Syarikat
penerbitan
  • Dreamland Productions
  • DMY Creation
Tarikh tayangan
  • 5 Januari 2023 (2023-01-05) (Malaysia)
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 600,000

Escape ialah sebuah filem thriler serebral Malaysia 2023 arahan dan tulisan oleh Ikhwansha Hazer terbitan Dreamland Productions dan DMY Creation. Filem ini dibintangi oleh barisan pelakon ensembel terdiri daripada Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Zamarul Hisham, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Filem ini telah ditunda dari tayangan pada 19 Mac 2020 berikutan pandemik COVID-19[1]dan bakal ditayangkan pada 5 Januari 2023.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Escape ialah filem sulung arahan Ikhwansha Hazer. Beliau sebelum ini pernah menulis skrip filem Sejoli: Misi Cantas Cinta arahan Osman Ali.[2]

Kos penerbitan filem ini dianggarkan berjumlah kurang RM600,000.[3]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Escape pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 19 Mac, namun ditunda kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut mengakibatkan penutupan pawagam di seluruh Malaysia. Tarikh tayangan baru untuk filem ini akan diumumkan kelak.[4] Menurut kenyataan pengarahnya, Ikhwansha:

"Setelah diteliti, dikaji dan mendengar pandangan dan nasihat daripada beberapa pihak, maka pihak produksi mengambil keputusan untuk menundakan tarikh tayangan filem Escape ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan membantu untuk mempromosikan filem Escape ini,".[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (12 Mac 2020). "Tayangan Escape ditunda". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  2. ^ Tahir Alhamzah (20 Mac 2020). "#Showbiz: The great Escape". New Straits Times. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  3. ^ Georgie Joseph (24 Januari 2020). "Bajet rendah filem 'mahal'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  4. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 Mac 2020). "COVID-19: Filem Escape tangguh tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  5. ^ "Filem Escape ditunda sebab Covid-19". Malaysiakini. 11 Mac 2020. Dicapai pada 12 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]