Pergi ke kandungan

Escape from Tarkov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Escape from Tarkov
PembangunBattlestate Games
PenerbitBattlestate Games
EnjinUnity[1]
PelantarWindows
Dilancarkan pada15 November 2025
GenreFirst-person shooter
ModPermainan video berbilang pemain Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan luar
Tapak sesawangescapefromtarkov.com Sunting nilai ini di Wikidata
Pautan lainIMDB: tt27550688
Facebook: escapefromtarkov Instagram: escapefromtarkov Threads: escapefromtarkov VK: escapefromtarkov YouTube: UCqB4Xro7AYGl_yvYehULjng Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Escape from Tarkov ialah permainan video penembak taktikal multipemain yang dibangunkan oleh Battlestate Games untuk PC. Siri ini berlatarkan wilayah fiksyen Norvinsk di bahagian barat laut Rusia, di mana perang sedang berlaku antara dua syarikat tentera bayaran/Mercenary (United Security "USEC" dan Battle Encounter Assault Regiment "BEAR"). Pemain menyertai perlawanan yang diberi nama "Raid" atau "Raid Party" di mana mereka akan bersemuka dengan pemain atau bot lain. Pemain harus boleh merampas atau mengalahkan musuh untuk dapat bertahan dan memenangkan match.

Versi 1.0 atau Full Game, dikeluarkan untuk PC pada 15 November 2025.[2]

Gaya permainan

[sunting | sunting sumber]

Escape from Tarkov ialah permainan FPS dari negara Russia yang memiliki tema berbeza dari majoriti tembak-menembak dan FPS Battle Royale lain, ia memiliki ciri hardcore survival dan realistik. Kadang hal ini membuat malas pemain yang selesa pada genre FPS untuk kembali memainkannya, gaya permainan Escape from Tarkov sering disamakan dengan ArmA, siri permainan tentera dari Amerika Syarikat.

Versi full release dari Escape from Tarkov memiliki lima moda: PMC raid, Scavenger raid, PvE, Practice dan Arena. Setibanya pemain sampai di raid, pemain harus bersemuka dengan tentara bayaran lain atau NPC Scavengers yang bermusuhan. Pemain harus mengumpulkan item keperluan sehari-hari, seperti senjata, zirah atau makanan agar dapat keluar dari Tarkov atau memenangkan match.

Escape from Tarkov bertempat di sebuah bandar besar fiksyen bernama Tarkov, ibu negara Zon Ekonomi Norvinsk di Pegunungan Ural, sempadan antara benua Eropah dan Asia. Skandal politik dan pencerobohan dari barat, membuat perang yang menghancurkan Tarkov pada 2026.

Ada dua faksi tentera bayaran yang dapat dimainkan: United Security (USEC) tentera bayaran dari Eropah, anak syarikat TerraGroup yang ingin menguasai saham perlumbungan Russia dan BEAR, syarikat Russia untuk menandingi USEC. USEC memakai perlengkapan perang NATO/Amerika dan BEAR memakai perlengkapan perang Russia/Soviet.

Faksi NPC yang memusuhi kedua tentera bayaran dijuluki Scavengers, penduduk tempatan Tarkov dari beragam etnik di Ural yang bersatu untuk menghancurkan BEAR dan USEC. Mereka memberontak kerana kebodohan daripada pentadbir itu sendiri, yang lebih memilih untuk menyewa BEAR berbanding mengirimkan tentera rasmi untuk mengamankan keadaan.

Battlestate Game berkata bahawa cerita utama dan side mission masih dalam tahap awal dan akan secara perlahan diterbitkan pada event berikutnya.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama unity
  2. ^ Yin-Poole, Wesley (22 August 2025). "Extraction Shooter Escape From Tarkov Finally Has a 1.0 Release Date, 8 Years After Initial Launch". IGN. Dicapai pada 22 August 2025.