Pergi ke kandungan

Esen Taishi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Esen
ᠡᠰᠡᠨ
Tian-sheng Khagan Dai Yuan Ulus
Pemerintahan12 September 1453–1454
Nama penuhTian-sheng Khagan Dai Yuan Ulus (大元田盛大可汗)
Keputeraan1407
Mangkat1454
Siberia
PendahuluAgbarjis
PenggantiMarkörgis Khan
PasanganMakhtum Khanim
Kerabat dirajaChoros
DinastiEmpat Oirat
AyahandaToghon
AgamaSunni Islam

Esen (Mongolia: Эсэн; skrip Mongol: ᠡᠰᠡᠨ; Mandarin: 也先; 1407–1454) ialah Taishi Empat Oirat yang berkuasa dan pemimpin de facto dinasti Yuan Utara dari 12 September 1453 hingga 1454. Dia terkenal kerana berjaya menangkap Maharaja Yingzong dari Ming pada 1449 dalam Krisis Tumu dan menyatukan semula tentera Mongol untuk menaklukan semula Beijing ke tangan Mongolia di tahun yang sama (pengepungan Beijing 1449).[1]

Asal nama

[sunting | sunting sumber]

Esen memiliki makna "sihat-sihat selalu" dalam bahasa Mongolia. Taishi ialah gelaran dari China yang dia dapat selepas menangkap Maharaja Yingzhong dari Ming. Di awal masa hidupnya, Esen tidak berani memakai gelar Khan. Meski sebenarnya dari nenek ibunya, dia masih keturunan Genghis Khan. Samur Gunj (1380-1455), anak turun dari Toghon Temur dan Maharani Gi dari Kerajaan Goryeo dinikahkan kepada bangsawan Empat Oirat untuk perdamaian. Nama 太師 (tàishī) memiliki makna Guru Besar yang Bijaksana dalam kebudayaan China. Kelak keturunan dari Esen akan memakai gelaran ini hingga dipadamkan oleh Dayaan Khan yang sebenarnya masih keturunannya. Dalam huruf Mandarin, Esen dapat ditulis sebagai 額森.

Selepas mentabalkan diri sebagai Khan Dinasti Yuan, Esen menambahkan gelaran Tiansheng Khagan. Tiansheng (天生) memiliki makna "lahir untuk ini" atau "dilahirkan berbakat". Khagan sendiri ialah gelaran untuk Khan yang menguasai banyak wilayah yang luas.

Perang Moghulistan-Oirat

[sunting | sunting sumber]

Perang bermula semasa Esen masih remaja. Empat Oirat sering menyerang penduduk yang berada dalam perlindungan Moghulistan. Sebagai seorang pemimpin yang taat beragama, Uwais Khan (nenek moyang Babur) mulai melakukan serangan ke atas wilayah padang ternak Oirat. Menurut Mirza Muhammad Haidar Dughlat, kerana kemenangan ini Uwais melakukan serangan lebih dalam ke wilayah kekuasaan Oirat.

Pertempuran Ming Lak

[sunting | sunting sumber]

Esen diceritakan berumur 14-15 tahun. Uwais Khan telah sampai ke tempat menggembala Suku Choros, di sebuah tempat bernama Ming Lak. Di tempat ini Esen menangkap Uwais, membuat namanya terkenal di antara suku-suku Mongol yang lain. Dikisahkan Esen memberikan rasa hormat yang mendalam kepada keturunan langsung Genghis Khan. Dia bahkan sampai turun dari atas kudanya dan berjalan dengan sedikit merendahkan tubuhnya, seperti seseorang yang tunduk.

Uwais yang melihat hal ini dibuat segan. Dia tidak tahu harus berkata apa, Uwais telah menerima nasibnya dengan ikhlas. Pada awalnya sultan itu mengira bahawa Esen akan langsung saja membunuhnya. Selepas beberapa bulan dari Ming Lak, Esen membiarkan Uwais untuk pergi dan perang tetap berlaku.

Pertempuran Turfan

[sunting | sunting sumber]

Uwais dan Esen setidaknya beradu dalam tiga pertempuran di perang ini. Ming Lak, Kabaka dan Turfan. Pada pertempuran di Turfan, Uwais menyerang Esen yang bertahan di dalam bandar. Selepas pasukan Moghulistan mundur, Esen dapat memperhitungkan ke arah mana tentera Moghul akan bergerak dan memotong jalan pergerakan mereka. Uwais kembali ditawan, Esen bersedia untuk menjadi mualaf dan menikah dengan saudara perempuan Uwais yang bernama Makhtum Khanim. Mengakhiri perang dan menandakan hubungan pakatan yang dekat di antara kedua kerajaan.

  1. ^ Serruys, Henry (1956). "Notes on a Few Mongolian Rulers of the 15th Century". Journal of the American Oriental Society. 76 (2): 82–90. doi:10.2307/595075. ISSN 0003-0279.