Esok Untuk Siapa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Esok Untuk Siapa
PengarahJins Shamsuddin
Penulis
  • Osman Abadi
  • Jins Shamsuddin
Lakon layarJins Shamsuddin
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehISE Film Productions
Tarikh tayangan
23 September 1982 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 416,437.32

Esok Untuk Siapa ialah filem bahasa melayu dan merupakan filem Malaysia tahun 1982 terbitan ISE Film Productions. Filem ini mula ditayangkan pada 23 September 1982.[1]

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem ini diarahkan oleh Jins Shamsuddin.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Milah (Noorkumalasari) seorang peragawati yang bekerja dengan syarikat perusahaan batik milik Dato' Iskandar (S. Roomai Noor). Dato' Iskandar ingin mengahwinkan anaknya, Ikhsan (Latif Ibrahim) dengan Milah. Milah sebenarnya kekasih kepada Osman (Ismail Mahmud). Sementara itu, Ikhsan berkeras hati untuk tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut. Bagi mengelakkan dari menjadi malu, Dato' Iskandar ingin mengahwinkan anak angkatnya, Jiman (Jins Shamsuddin) sebagai gantinya. Dalam masa yang sama, Ikhsan dan Intan (Fauziah Ahmad Daud) telah ditangkap berkhalwat oleh ayah Intan.

Di hari persandingan Milah dan Jiman, Osman telah memungkiri janjinya terhadap Milah kerana dia pergi juga ke majlis tersebut. Akibat terkejut, Milah telah pengsan di pangkuan suaminya. Keadaan menjadi kelam kabut lalu Dato' Iskandar mengarahkan agar Milah dibawa pulang ke rumahnya. Di dalam perjalanan pulang, kereta yang mereka naiki telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Milah hanya cedera ringan tetapi Jiman disahkan lumpuh separuh badan kerana mengalami kecederaan otak dalam kemalangan tersebut.

Ikhsan pula pulang ke Kota Bharu, Kelantan untuk memberitahu tentang perkahwinannya dengan Intan tetapi hasratnya tidak kesampaian setibanya di kampung tersebut. Ikhsan mula terpikat akan keayuan Milah. Dalam masa yang sama, Ikhsan ingin menceraikan Intan. Ikhsan seperti gila bayang dan dia ingin memikat semula Milah agar dia dapat mengahwininya kelak. Jiman sudah mengetahui akan tingkah laku adiknya yang kerap menemani isterinya. Jiman seperti ingin menyerahkan semula Milah kepada Ikhsan walaupun hatinya amat menyanyangi Milah. Milah juga tidak sampai hati untuk meninggalkan Jiman. Kali ini, Ikhsan bernekad memaksa abangnya untuk menceraikan Milah dan dia berjanji untuk membahagiakan Milah semula. Agak keberatan untuk Jiman berbuat demikian namun dia merelakan jua.

Keadaan Jiman menjadi semakin teruk. Otaknya dijangkiti kuman sehingga menyebabkan dia menjadi separuh gila. Ikhsan pula mengahwini Milah namun Intan mendesak agar suaminya menceraikannya kerana dia tidak mahu berkongsi kasih. Milah sungguh kecewa kerana sudah mengetahui perkara sebenarnya. Namun Intan tidak ikhlas terhadap Milah. Pada suatu malam, Ikhsan telah membuat satu parti dirumahnya di Kuala Lumpur. Kesemua hadirin meraikan majlis itu sehingga mabuk. Sementara itu, dalam keadaan yang mabuk, Ikhsan dan Intan telah mati lemas di dalam tab mandi. Mereka dikebumikan sebelah menyebelah di Kuala Lumpur. Milah kini sebatang kara, dia mengambil keputusan untuk pulang ke Kota Bharu untuk bertemu Jiman dan ibunya (lakonan Noorizan Mohd. Noor), di dalam perjalanan itu, dia bertemu dengan Rubiah, kawan karibnya yang kini merupakan isteri kepada Osman, bekas kekasihnya. Sesampainya di rumah Jiman, ibu Jiman pada mulanya tidak memaafkan Milah kerana kesilapan lampaunya tetapi setelah dia memberitahu yang Ikhsan telah meninggal dunia dua hari lepas baharulah ibunya mengizinkan Milah bertemu dengan Jiman yang kini hilang ingatan sepenuhnya (gila). Jiman kini tinggal dibawah kolong rumahnya. Dia sudah tidak mampu mengingati apa-apa peristiwa selain dari mengingati ibunya sahaja. Ibu Jiman menyuruh Milah melupakan dan meninggalkan Jiman sebelum ibunya sempat berdoa kepada tuhan agar mencabut nyawa anaknya dari menanggung seksa sebegini rupa.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia 1982

  1. Lakonlayar Terbaik - Jins Shamsuddin
  2. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Norizan
  3. Suntingan Terbaik - Johari Ibrahim

Lagu-Lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]