Espreso TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketersediaan
Terestrial
DVB-T2MX-3 (23)
Media penstriman
LIVELIVE

Espreso TV (Bahasa Ukraine: Еспресо TV) ialah stesen televisyen Internet di Ukraine yang mula beroperasi pada November 2013. Espreso TV membolehkan bantahan Euromaidan disiarkan di seluruh dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Saluran TV itu mula bersiaran pada 24 November 2013 jam 12:30 dengan siaran langsung perhimpunan pembangkang semasa Euromaidan di Kyiv. Espreso mula bersiaran tanpa mendapatkan lesen terlebih dahulu.[1] Majlis Kebangsaan Ukraine mengenai Penyiaran Televisyen dan Radio mengeluarkan kenyataan dalam agenda mesyuarat pada 20 November berkenaan isu pengeluaran lesen kepada saluran Espresso TV.[2].

Pada 22 Januari 2014, seorang wartawan Espreso TV Dmytro Dvoychenkov telah diculik, dipukul, dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. Dia kemudiannya dibebaskan.[3]

Pemilikan[sunting | sunting sumber]

Saluran ini dimiliki oleh syarikat media Goldberry LLC.[4]

Sebelum Ogos 2017, 99% daripada Espreso TV adalah milik Larysa Knyazhytska, isteri Mykola Knyazhytsky.[4]

Pada Ogos 2017 Inna Avakova (isteri bekas Menteri Dalam Negeri Arsen Avakov) memperoleh 40% daripada Goldberry LLC dan Arseniy Yatsenyuk (bekas Perdana Menteri) memperoleh 30%; baki 30% daripada Goldberry LLC kekal dalam pemilikan Larysa Knyazhytska.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "«Еспресо.TV» розпочинає мовлення без ліцензії і покаже мітинг на підтримку євроінтеграції". web.archive.org. 2013-11-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-24. Dicapai pada 2020-02-02.
  2. ^ "Нацрада не видала ліцензію каналу Княжицького «Еcпpeсо.TV»". web.archive.org. 2013-12-04. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-04. Dicapai pada 2020-02-02.
  3. ^ Police assault journalist providing live video for Espresso TV. Kyiv Post. 22 Januari 2014
  4. ^ a b c Espreso TV, Institut Maklumat Massa [uk]
    Goldberry LLC, Institut Maklumat Massa [uk]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]