Esteban Cambiasso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Esteban Cambiasso
Maklumat peribadi
Nama penuh Esteban Matías Cambiasso Deleau
Tarikh lahir (1980-08-18) 18 Ogos 1980 (umur 43)
Tempat lahir Buenos Aires, Argentina
Ketinggian 1.77 m (5 ka 10 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Olympiacos
Nombor 91
Kerjaya remaja
1995–1996 Argentinos Juniors
1996–1998 Real Madrid
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–2001 Independiente 98 (14)
2001–2002 River Plate 37 (12)
2002–2004 Real Madrid 41 (0)
2004–2014 Internazionale 315 (41)
2014–2015 Leicester City 31 (5)
2015– Olympiacos 1 (0)
Pasukan kebangsaan
1995 Argentina B17 6 (1)
1997–1999 Argentina B20 11 (3)
2000–2011 Argentina 52 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:25, 24 May 2015 (UTC)

Esteban Matías Cambiasso Deleau (lahir 18 Ogos 1980) ialah pemain bola sepak Argentina yang bermain untuk kelab Greece, Olympiacos.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Awal karier[sunting | sunting sumber]

Cambiasso memulakan karier profesionalnya bersama Argentinos Juniors pada tahun 1995 sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 1996. Pada tahun 1998, dia kembali ke Argentina dimana dia bermain selama tiga tahun bersama Independiente dan setahun bersama River Plate. Dia kembali ke Real Madrid pada tahun 2002. Dia membantu Los Blancos memenangi Piala Super UEFA dan Piala Antara Benua pada tahun 2002, La Liga dan Supercopa de España pada tahun 2003, juga layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim itu. Cambiasso juga layak ke perlawanan akhir Copa del Rey pada musim berikutnya.

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2004, Cambiasso menyertai Inter Milan selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat pada bulan Jun.[2] Dia membantu Inter Milan memenangi Coppa Italia dalam musim pertamanya bersama kelab itu,[3] bermain secara kerap sebagai pemain tengah pertahanan.

Semasa perlawanan akhir timbal balik Coppa Italia 2006, Cambiasso menjaringan gol dimana mereka menang 3–1 ke atas Roma.[4] Pada 9 September 2006, dia menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan musim ketika Inter menewaskan Fiorentina 3–2. Pada 7 November 2007, dia menjaringkan dua gol untuk mengalahkan CSKA Moscow 4–2 dalam Liga Juara-Juara.[5] Pada 23 Disember, Cambiasso menjaringkan gol kemenangan untuk Inter menewaskan Milan 2–1.[6]

Cambiasso berlatih bersama Inter Milan pada tahun 2011

Pada 23 Mac 2009, Cambiasso melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2014.[7] Dia beraksi cemerlang dalam Liga Juara-Juara, menjaringkan gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Chelsea di San Siro,[8] satu keputusan yang membantu Inter layak ke perlawanan akhir dan menang 2–0 ke atas Bayern Munich pada 22 Mei 2010.[9] Dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang FC Twente pada 24 November, Cambiasso menjaringkan satu-satunya gol perlawanan untuk mengesahkan tempat dalam peringkat kalah mati.[10] Pada 9 Januari 2011, Cambiasso menjaringkan dua gol untuk membantu Inter menewaskan Catania 2–1.[11]

Cambiasso berlatih bersama Inter pada tahun 2013

Cambiasso menerima kad merah pertamanya sebagai pemain Inter pada 30 Mac 2013.[12] Pada 22 September 2013, Cambiasso menjaringkan gol keenam Inter ketika mereka menang 7–0 ke atas Sassuolo.[13] Empat hari kemudian, Cambiasso menjaringkan gol ketika Inter menang 2-1 ke atas Fiorentina.

Pada akhir musim 2013–14, Cambiasso meninggalkan Inter selepas kontraknya tamat dan dia tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

Leicester City[sunting | sunting sumber]

Cambiasso bermain untuk Leicester City pada tahun 2015

Pada 28 Ogos 2014, Cambiasso menandatangani perjanjian setahun bersama Leicester City.[14][15] Cambiasso membuat penampilan pertamanya untuk Leicester pada 13 September ketika menentang Stoke City dimana mereka menang 1-0.[16] Dia menjaringkan gol pertamanya ketika Leicester menewaskan Manchester United 5–3.[17] Cambiasso menjaringkan gol keduanya musim itu ketika kekalahan 3–2 kepada Queens Park Rangers di Loftus Road.[18] Pada 4 April 2015, Cambiasso menjaringkan gol ketika Leicester menang 2-1 ke atas West Ham United.[19]

Pada 24 Mei, Cambiasso menjaringkan gol ketika mereka menang 5–1 ke atas Queens Park Rangers. Pada 21 Julai 2015, ia telah diumumkan bahawa Cambiasso telah ditawarkan perjanjian baru bersama kelab itu tetapi dia menolak dan akan meninggalkan mereka.[20]

Olympiacos[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2015, Cambiasso menandatangani perjanjian dua tahun bersama Olympiacos.[21]

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Cambiasso membuat penampilan senior pertamanya untuk Argentina pada tahun 2000. Dia mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2005. Pada 15 Mei 2006, dia dinamakan dalam skuad Argentina untuk Piala Dunia FIFA 2006.[22] Pada tahun berikutnya, dia mewakili negaranya dalam Copa América 2007, dimana Argentina layak ke perlawanan lahir sebelum tewas kepada Brazil.

Pada 12 Mei 2010, Cambiasso dan Javier Zanetti tidak disenaraikan dalam skuad sementara 30 pemain untuk Piala Dunia FIFA 2010.[23] Cambiasso bermain untuk Argentina dalam Copa América 2011.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 21 Jun 2005 Frankenstadion, Nuremberg, Jerman  Jerman 2 – 2 2–2 Piala Konfederasi FIFA 2005[24]
2. 16 Jun 2006 WM Stadion Gelsenkirchen, Gelsenkirchen, Jerman  Serbia dan Montenegro 2 – 0 6–0 Piala Dunia FIFA 2006[25]
3. 5 Jun 2007 Camp Nou, Barcelona, Sepanyol  Algeria 3 – 2 4–3 Persahabatan[26]
4. 10 September 2008 Estadio Monumental "U", Lima, Peru  Peru 1 – 0 1–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010[27]
5. 26 Mac 2011 Stadium New Meadowlands, East Rutherford, Amerika Syarikat  Amerika Syarikat 1 – 0 1–1 Persahabatan[28]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Statistik kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 24 Mei 2015.[29][30]

Persembahan kelab Liga Piala Benua Jumlah
Musim Kelab Liga Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Argentina Liga Piala Amerika Selatan Jumlah
1998–99 Independiente Primera División 27 3 27 3
1999–00 36 6 36 6
2000–01 35 5 35 5
2001–02 River Plate Primera División 37 12 37 12
Sepanyol Liga Copa del Rey Eropah Jumlah
2002–03 Real Madrid La Liga 24 0 5 0 10 0 39 0
2003–04 17 0 4 1 5 0 26 1
Itali Liga Coppa Italia Eropah Jumlah
2004–05 Internazionale Serie A 30 2 3 0 11 0 44 2
2005–06 34 5 3 1 10 0 47 6
2006–07 21 3 4 1 2 1 27 5
2007–08 33 6 2 0 8 2 43 8
2008–09 35 4 3 1 8 0 46 5
2009–10 30 3 4 0 12 1 46 4
2010–11 30 7 4 0 7 1 41 8
2011–12 37 4 2 0 8 1 47 5
2012–13 33 3 0 0 13 1 46 4
2013–14 32 4 1 0 33 4
England Liga Piala Eropah Jumlah
2014–15 Leicester City Liga Perdana Inggeris 31 5 2 0 33 5
Greece Liga Piala Eropah Jumlah
2015–16 Olympiacos Superleague Greece
Negara Argentina 135 26 135 26
Sepanyol 41 0 9 1 15 0 65 1
Itali 315 41 26 3 79 7 420 51
England 31 5 2 0 33 5
Greece
Jumlah 522 73 37 4 94 7 653 84

Statistik antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Julai 2011.[31]
Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
2000 1 0
2001 0 0
2002 0 0
2003 5 0
2004 4 0
2005 10 1
2006 7 1
2007 13 1
2008 5 1
2009 1 0
2010 2 0
2011 4 1
Jumlah 52 5

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Real Madrid
Inter Milan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Barclays Premier League Player Profile Esteban Cambiasso". web page. Premier League. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-08. Dicapai pada 6 November 2012.
  2. ^ "Cambiasso signs Inter deal". Sky Sports. Dicapai pada 5 April 2014.
  3. ^ "INTER – LE VITTORIE IN COPPA ITALIA". Internazionale (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 28 August 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Inter 3–1 Roma". Internazionale. Dicapai pada 28 August 2014.
  5. ^ "Inter comeback eliminates CSKA". UEFA. 7 November 2007. Dicapai pada 5 April 2014.
  6. ^ "Internazionale vs. Milan 2–1". Soccerway. 23 December 2007. Dicapai pada 6 April 2014.
  7. ^ "Official: Esteban Cambiasso Signs New Deal With Inter". Goal. 23 March 2009. Dicapai pada 5 April 2014.
  8. ^ "Chelsea suffered a first leg defeat to former boss Jose Mourinho's Inter Milan in their Champions League last 16 tie". BBC Sport. 24 February 2010. Dicapai pada 5 April 2014.
  9. ^ "Jose Mourinho wrote his name into the history books as Diego Milito inspired Inter Milan to Champions League glory against Bayern Munich at the Bernabeu". BBC Sport. 22 May 2010. Dicapai pada 5 April 2014.
  10. ^ "Cambiasso strike takes Inter into knockout stage". UEFA. 24 November 2010. Dicapai pada 6 April 2014.
  11. ^ "Catania 1–2 Inter: Esteban Cambiasso Brace Completes Comeback For Leonardo's Second Successive Victory". Goal. 9 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-21. Dicapai pada 6 April 2014.
  12. ^ "Cambiasso suspended for one match". ESPN FC. 1 April 2013. Dicapai pada 29 May 2014.
  13. ^ "Sassuolo 0–7 Inter: Nerazzurri storm to rampant win". Goal. 22 September 2013. Dicapai pada 5 April 2014.
  14. ^ "Esteban Cambiasso Signs For Leicester City". Leicester City F.C. 28 August 2014. Dicapai pada 28 August 2014.
  15. ^ "Transfer news: Leicester sign Esteban Cambiasso on one-year contract". Sky Sports. 28 August 2014. Dicapai pada 28 August 2014.
  16. ^ "Leonardo Ulloa scored his third goal of the season to earn Nigel Pearson's Leicester side their first win since they returned to the Premier League". BBC Sport. 13 September 2014. Dicapai pada 13 September 2014.
  17. ^ "Leicester 5–3 Man Utd". BBC Sport. 21 September 2014. Dicapai pada 21 September 2014.
  18. ^ "QPR 3-2 Leicester: Charlie Austin winner ensures his side moves off of the bottom as Harry Redknapp's side edge five-goal thriller". Daily Mail. 29 November 2014. Dicapai pada 29 November 2014.
  19. ^ "Leicester City 2 - 1 West Ham United". BBC Sport. 4 April 2015. Dicapai pada 16 May 2015.
  20. ^ "Esteban Cambiasso announces he is leaving Leicester City". Sky Sports. 3 August 2015. Dicapai pada 3 August 2015.
  21. ^ "Cambiasso signs Olympiacos deal". Olympiacos.org. Dicapai pada 7 August 2015.
  22. ^ "World Cup 2006: Argentina". BBC Sport. 28 December 2006. Dicapai pada 5 April 2014.
  23. ^ "Javier Zanetti and Esteban Cambiasso out of Argentina World Cup squad". The Guardian. 12 May 2010. Dicapai pada 5 April 2014.
  24. ^ "Argentina – Germany 2:2 (1:1)". FIFA. Dicapai pada 28 August 2014.
  25. ^ "Argentina 6–0 Serbia & Montenegro". BBC Sport. 16 June 2006. Dicapai pada 28 August 2014.
  26. ^ "UPDATE 1-Soccer-Messi inspires Argentina to 4–3 win over Algeria". Reuters. 6 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 28 August 2014.
  27. ^ "Fano selló el 1–1 de Perú frente a Argentina en el último minuto". Peru 21 (dalam bahasa Spanish). 10 September 2008. Dicapai pada 28 August 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  28. ^ "U.S. Men's National Team Earns 1–1 Draw with Argentina at New Meadowlands Stadium". US Soccer. 26 March 2011. Dicapai pada 28 August 2014.
  29. ^ "Argentina – E. Cambiasso". Soccerway. Dicapai pada 1 September 2014.
  30. ^ "Esteban Cambiasso". Soccerbase. Dicapai pada 1 September 2014.
  31. ^ (Inggeris) Profil Esteban Cambiasso di National-Football-Teams.com
  32. ^ a b c d e f g h i "E. Cambiasso Summary: Trophies". Soccerway. Dicapai pada 28 August 2014.
  33. ^ a b c d e f "Esteban Cambiasso". UEFA. Dicapai pada 28 August 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Olympiacos F.C.