Estelle Getty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Estelle Getty
EstelleGetty2.jpg
Getty, 1989
Kelahiran Estelle Scher
(1923-07-25)25 Julai 1923
Bandar Raya New York, New York, US
Meninggal dunia 22 Julai 2008(2008-07-22) (umur 84)
Los Angeles, California, A.S
Sebab kematian dementia
Nama lain Estelle Shweet-Gettleman
Pekerjaan Pelakon drama, pelakon komedi
Tahun aktif 1974–2001
Televisyen The Golden Girls
The Golden Palace
Empty Nest
Pasangan Arthur Gettleman
(k. 1947; kematiannya 2004)
Anak 2

Estelle Getty atau nama asalnya Estelle Scher; turut dikenali sebagai Estelle Gettleman (25 Julai 1923 - 22 Julai 2008) merupakan pelakon drama dan komedi Amerika. Beliau dikenali menerusi watak Sophia Petrillo melalui drama The Golden Girls dari 1985 sehingga 1992. Beliau turut pernah memenangi Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe bagi siri TV tersebut.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Getty dilahirkan di Bandar Raya New York oleh Sarah dan Charles Scher pada 25 Julai 1923. Ibu bapanya berasal dari keturunan Yahudi Poland yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Beliau turut mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Roslyn dan David.[1]

Getty mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Seward Park di Bandar Raya New York.[2]

Beliau telah mengahwini Arthur Gettleman pada 21 Disember 1947 dan bertahan sehingga kematian suaminya pada tahun 2004.[2] Getty telah mengambil nama keluarga suaminya iaitu Gettleman dan mengubah sebagai nama pentasnya. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Carl Gettlemen dan Barry Gettleman.[3]

Getty mula dikenali menerusi wataknya sebagai Sophia Petrillo di dalam sitkom popular 1980an The Golden Girls.[4]

Getty turut pernah membintangi filem Stuart Little dan Stop! Or My Mom Will Shoot bersama-sama Sylvester Stallone.

Pada tahun 2000, beliau tidak lagi membuat penampilan di khalayak apabila disahkan menghidap penyakit Parkinson. Setelah kematian suami pada tahun 2004, Getty telah berpindah ke Los Angeles. Empat tahun kemudian, beliau meninggal dunia iaitu tiga hari sebelum ulangtahunnya yang ke-85. Beliau turut menderita dementia.[5]


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Nota
1978 Team-Mates Guru
1982 Tootsie Wanita usia pertengahan
1983 Deadly Force Gussie
1984 No Man's Land Eurol Miller Filem TV
1984 Victims for Victims: The Theresa Saldana Story Drama TV
1985 Mask Evelyn
1985 Copacabana Bella Stern Drama TV
1987 Mannequin Mrs. Claire Timkin
1992 Stop! Or My Mom Will Shoot Mrs. Tutti Bomowski Anugerah Razzie untuk Worst Supporting Actress
1997 A Match Made in Heaven Betty Weston Drama TV
1999 The Sissy Duckling Mrs. Hennypecker (suara) Drama TV
1999 Stuart Little Nenek Estelle
2000 The Million Dollar Kid Sister Rosanne

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Watak Nota
1981 Nurse Sadie Mandler Episod: "Equal Opportunity"
1982 Baker's Dozen Mrs. Locasale Episod: "Dear John"
1984 Fantasy Island Money Lady Episod: "The Match Maker"
1984 Cagney & Lacey Mrs. Rosenmeyer Episod: "Baby Broker"
1984 Hotel Roberta Abrams Episod: "Intimate Strangers"
1985 Newhart Miriam the Librarian Episod: "What Makes Dick Run"
1985–1992 The Golden Girls Sophia Petrillo 180 episod
1987 Roomies Mama Episod: "Mid-Term Fever"
1990 City Helen Rutledge Episod: "Seems Like Old Times"
1990 The Earth Day Special Sophia Petrillo
1991 The Fanelli Boys Episod: "Doctor, Doctor""
1991 Blossom Sophia Petrillo Episod: "I Ain't Got No Body"
1992–1993 The Golden Palace Sophia Petrillo 24 episod
1993 Nurses Sophia Petrillo Episod: "Temporary Setbacks"
1993–1995 Empty Nest Sophia Petrillo 52 episod
1996 Touched by an Angel Dottie Episod: "The Sky Is Falling"
1996 Brotherly Love Myrna Burwell Episod: "Motherly Love"
1997 Mad About You mak cik kepada Paul Episod: "The Birth – Part 1"
1997 Duckman Aunt Jane (suara) Episod: "Westward, No!"
1998 The Nanny Diri sendiri Episod: "Making Whoopi"
2000 Ladies Man Sophia Gates Episod: "Romance"
2001 Intimate Portrait: Estelle Getty Diri sendiri
2001 It's Like, You Know... Diri sendiri Episod: "Lust for Life"

Teater[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anuegrah Emmy[sunting | sunting sumber]

  • 1986 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1987 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1988 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Menang)
  • 1989 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1990 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1991 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1992 – Outstanding Supporting Actress in a Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)

Anugerah Golden Globe[sunting | sunting sumber]

  • 1985 – Actress in a Leading Role – Musical or Comedy Series – The Golden Girls – (Menang)
  • 1986 – Actress in a Leading Role – Musical or Comedy Series – The Golden Girls – (Tercalon)
  • 1991 – Actress in a Supporting Role – Series, Mini-Series or Television Movie – The Golden Girls – (Tercalon)

Anugerah Drama Desk[sunting | sunting sumber]

  • 1982 – Drama Desk Award Outstanding Featured Actress in a Play – Torch Song Trilogy – (Tercalon)

Anugerah Helen Hayes[sunting | sunting sumber]

  • 1985 – Helen Hayes Award Outstanding Supporting Performer in a Touring Production – Torch Song Trilogy – (Menang)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Estelle Getty Biography (1923-)". Film Reference. Dicapai October 13, 2013. 
  2. ^ a b Luther, Claudia (July 23, 2008). "Estelle Getty, 84; 'Golden Girls' actress brought humor, depth to mother roles". Los Angeles Times. Dicapai October 13, 2013. 
  3. ^ "Frequently Asked Questions". EstelleGetty.com. Dicapai November 16, 2013. 
  4. ^ Weber, Bruce (July 23, 2008). "Estelle Getty, 'Golden Girls' Matriarch, Dies at 84". The New York Times. Dicapai October 13, 2013. 
  5. ^ Carlson, Michael (July 24, 2008). "Obituary: Estelle Getty". theguardian.com. Dicapai October 13, 2013. 
  6. ^ "Torch Song Trilogy". Internet Broadway Database. Dicapai October 14, 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]