Estet (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Estet
Filem Estet
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Cerita olehMamat Khalid
Dihasilkan olehMamat Khalid
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehZappa Khalid
Muzik olehR. Lawrence
Syarikat
penerbitan
  • Naga VXS
  • Perkasa Filem
Tarikh tayangan
4 November 2010
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.9 juta[1]
Pecah panggungRM0.35 Juta

Estet ialah sebuah filem komedi drama Malaysia 2010 arahan Mamat Khalid dibintangi oleh Farid Kamil, Jasmin Michael dan Gandii Nathen.

Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia ke-22, malangnya akibat masalah teknikal, filem ini tidak tersenarai sebagai filem yang bertanding pada festival berkenaan. Filem ini akan dibawa bertanding pada festival filem yang berikutnya.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air![3] Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah. Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu.

Ponniah (S. Veerasingam), Yaacob (Kamarool Haji Yusoff) ditangkap oleh Subramaniam (K.S. Maniam)


Setiap penghuni estet ingin mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu. Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Masalah itu membuat Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa. Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang. Apakah kesudahannya? Untuk mengetahui samada pasukan Estet Cinta Manis dapat menjuari perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah, sama-samalah kita menantikan kemunculan filem “Estet” di layar perak nanti....[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Shashi Tharan sebagai Shashi
  • Farid Kamil sebagai Farid
  • Jasmin Michael sebagai Geetha
  • Soffi Jikan sebagai Junna
  • S. Veerasingam sebagai Ponniah[5]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Maklum Balas[sunting | sunting sumber]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan sebuah jenaka santai yang mengajak manusia terutamanya masyrakat di Malaysia supaya menghayati erti 1 Malaysia dengan naratif yang tenang tanpa membebankan. Filem ini dilihat menyahut seruan kerajaan dan bukan dibuat untuk memenangi anugerah[6]. Lakonan pelakon yang biasa menyerlahkan mesej yang ingin disampaikan kepada semua tentang perpaduan kaum. Hal ini dapat dilihat pada watak Farid dan Shashii yang saling bantu-membantu antara satu sama lain[7].

Teknik CGI yang kurang menarik telah mencacatkan cerita ini disampng dialog yang digunakan oleh setiap pelakon berbangsa India terlalu mengikut skrip. Tetapi, mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini lebih besar maknanya walaupun kita mendapati dialog yang diajukan pelakon itu ada kalanya kurang difahami.

Kemunculan istimewa Datuk David Arumugam[8] amat besar maknanya dalam filem ini. Watak yang dibawakan dalam filem ini membantu kemeriahan filem ini semasa ditonton. Watak Kublai Khan yang dibawakn oleh aktor prolifik, Rosyam Nor amat berkesan sekali. Walaupun wataknya kelihatan kurang bijak, tetapi beliau telah membawakan watak itu dengan baik. Gaya beliau dalam filem ini sengaja dicipta oleh Mamat sebagai penghargaan kepada hero-hero filem Tamil walaupun tidak seberapa. Watak Junna yang dibawkan oleh aktor berbakat, Soffi Jikan[9] amat menjadi. Watak itu seakan hidup dan berjaya menghidupkan perjalanan cerita ini. Jangan dilupa watak Ponniah yang dijayakan oleh pelakon S. Veerasingam. Watak itu amat membantu jalan cerita filem ini. Pelakon yang memegang watak itu telah melakukan satu kerja yang terbaik.

Watak Ponniah yang dibawa oleh S. Veerasingam begitu membantu dalam perjalanan filem ini

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dilihat gagal dari segi kutipan dengan hanya mengutip RM 0.35 juta apabila tamat tempoh tayangan. Hal ini memberi sedikitkekecewaan kepada pengarah dan juga penerbit filem ini. Hal ini sedikit memberi cabaran kepada Mamat Khalid untuk menghasilkan filem bercorak perpaduan.

Pertandingan[sunting | sunting sumber]

Filem ini pada awal penalonan dilihat bagai berpeluang cerah untuk meraih kemenangan besar pada FFM 23[10]. Filem yang mengangkat tema 1 Malaysia ini dilaht bakal menggondol beberapa anugerah justeru memungkinkan untuk memenangi anugerah Filem Terbaik. Filem ini menerima tamparan apabila tidak teralon untuk kategori Skorr Muzik Terbaik[11]. Filem ini dilihat bersaing hebat dengan filem Magika dari segi pencalonan yang diterima[12]. Pada malam anugerah, filem ini dilihat gagal meraih sebarang anugerah besar pada FFM 23 apabila hanya mendapat dua anugerah dan kalah kepada filem Magika bagi pencalonan Filem Terbaik. Hal ini memberi sedikit rasa terkilan kepada Mamat untuk menghasilkan filem bercorak begini. Beliau merasa terkilan apabila tema perpaduan yang diangkat tidak diberi perhatian oleh juri[13].

Pencalonan bagi Anugerah Skrin 2010 tidak layak kerana sudah melebihi had tahun untuk layak bertanding dan filem ini bakal bertanding pada Anugerah Skrin 2011 pada tahun berikutnya.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-23[sunting | sunting sumber]

10 Pencalonan:

  • Anugerah Khas Juri - Menunujukan semangat perpaduan melalui medium sukan (Menang)
  • Pelakon Harapan Lelaki - Shashi Tharan (Menang)
  • Filem Terbaik (Pencalonan)
  • Pengarah Terbaik - Mamat Khalid (Pencalonan)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Jasmin Michael (Pencalonan)
  • Lakon Layar Terbaik - Mamat Khalid (Pencalonan)
  • Cerita Asal Terbaik - Mamat Khamid (Pencalonan)
  • Sinematografi Terbaik - Indra Che Muda (Pencalonan)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - K.S. Maniam (Pencalonan)
  • Penataan Seni Terbaik - Dewa (Pencalonan)
  • Poster Terbaik (Pencalonan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka
  2. ^ http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20091117055122/Article/index_html[pautan mati kekal]
  3. ^ http://filemestet.blogspot.com/
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-12. Dicapai pada 2010-12-14.
  5. ^ http://thatmoviebloggerfella.blogspot.com/2010_11_01_archive.html
  6. ^ http://arts4life.blogspot.com/2010/11/ulasan-yang-terpulas-estet.html
  7. ^ http://misisitukangtulis.blogspot.com/2010/11/estet-ada-nilai-estetika.html
  8. ^ http://cikgumanstation.blogspot.com/2010/09/estet-filem-1-malaysia.html
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-22. Dicapai pada 2010-12-15.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-25. Dicapai pada 2011-05-29.
  11. ^ http://amyikram.blogspot.com/2010/10/ffm-23-2010-estet-tidak-layak-ke-skor.html
  12. ^ http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews/Filem_Terbaik_FFM23_Estet_atau_Magika_4274[pautan mati kekal]
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-11. Dicapai pada 2011-05-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]