Senarai watak dalam siri Detektif Conan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ethan Hondo)
Kebanyakan watak-watak seperti mereka muncul dalam anime.Bahagian belakang dari kiri ke kanan: Kazuha Toyama, Heiji Hattori, Sonoko Suzuki, Ran Mouri, Kogoro Mouri, Eri Kisaki, Hiroshi Agasa. Bahagian depan dari kiri ke kanan: Genta Kojima, Mitsuhiko Tsuburaya, Conan Edogawa, Ai Haibara, Ayumi Yoshida

.

Siri Detektif Conan memaparkan watak-watak ciptaan Gosho Aoyama. Aliran utama cerita ini berlatar belakang tempat di Jepun, dengan penggunaan nama-nama tempat sebenar seperti Tokyo dan Osaka, tetapi juga menggunakan nama tempat rekaan seperti Bandar Beika. Siri ini telah berlangsung sejak 1994, dengan jumlah episod anime sebanyak 760 yang dibahagikan kepada 23 musim dan jumlah bab manga sebanyak 915 yang dibahagikan kepada 86 jilid.

Siri ini berkisah tentang seorang detektif Sekolah Menengah Tinggi, Shinichi Kudo, yang pretasinya sedang meningkat kerana membantu polis menyelesaikan pelbagai kes. Suatu hari ketika menyelidik 2 orang mencurigakan, yang kemudian diketahui sebagai Gin dan Vodka, dia dilihat oleh Gin, Gin pun memukulnya, lalu dipaksa meminum sebiji ubat jenis racun buatan organisasinya. Setelah itu, dia bangun dan mencari dirinya telah menjadi seorang anak kecil. Menyedari bahawa dua orang tersebut akan menyelidikinya, Shinichi menggunakan nama pena Conan Edogawa untuk identiti barunya. Dia kemudian tinggal bersama teman sejak masa kecilnya, Ran Mouri dan ayahnya Kogoro Mouri.

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Pelakon Suara Latar, Nama Sebenar dan Penerangan
Shinichi
Suara latar: Kappei Yamaguchi (Shinichi) / Minami Takayama (Conan / Shinichi zaman kanak-kanak)
Shinichi Kudo (Jepun: 工藤 新一, Hepburn: Kudō Shin'ichi)
Merupakan detektif sekolah menengah tinggi yang terkenal berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernama Conan Edogawa (Jepun: 江戸川 コナン, Hepburn: Edogawa Konan) akibat terminum sejenis ubat menyebabkan badannya mengecil sehingga bersaiz budak sekolah rendah.
Ran Suara latar: Wakana Yamazaki
Ran Mouri (Jepun: 毛利 蘭, Hepburn: Mōri Ran)
Dia merupakan kawan karib Shinichi dan Sonoko semenjak kecil lagi. Ran merupakan juara karate peringkat Kawasan Kantō. Dia tinggal bersama bapanya Kogoro Mouri.
Kogoro Suara latar: Akira Kamiya (Episod 1~548), Rikiya Koyama (Episod 553~kini)
Kogoro Mouri (Jepun: 毛利 小五郎, Hepburn: Mōri Kogorō)
Dia merupakan bapa kepada Ran dan suami kepada Eri Kisaki. Dia merupakan detektif persendirian yang cuai. Kerana sikapnya yang buruk, isterinya tinggal berasingan dengannya.

Detektif Muda[sunting | sunting sumber]

Watak sampingan[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Pelakon Suara Latar, Nama Sebenar dan Penerangan
Profesor Agasa Suara latar: Kenichi Ogata
Hiroshi Agasa (Jepun: 阿笠 博士, Hepburn: Agasa Hiroshi)
Profesor Agasa (Jepun: 阿笠博士, Hepburn: Agasa Hakase) merupakan profesor yang tinggal bersebelahan rumah keluarga Kudo. Kebanyakan peralatan ciptaannya tak seberapa tetapi ada peralatan yang boleh membantu Conan menyelesaikan pelbagai masalah. Dia sebagai penjaga Detektif Muda sering membawa mereka berkhemah dan melancong ke mana sahaja.
Haibara Suara latar: Megumi Hayashibara
Ai Haibara (Jepun: 灰原哀, Hepburn: Haibara Ai)
Nama sebenarnya ialah Shiho Miyano (Jepun: 宫野 志保, Hepburn: Miyano Shiho). Beliau pada asalnya merupakan seorang saintis utama dalam Organisasi Hitam bernama Sherry. Badannya telah mengecil apabila dia cuba melepaskan diri. Ramai rakannya anggapan sikapnya sering dingin.
Eri Suara latar: Gara Takashima
Eri Kisaki (Jepun: 妃 英理, Hepburn: Kisaki Eri)
Dia merupakan isteri kepada Kogoro dan ibu kepada Ran. Dia meninggalkan suaminya kerana enggan melihat perangai suaminya yang buruk. Dia adalah seorang peguam bela yang hebat.
Sonoko Suara latar: Naoko Matsui
Sonoko Suzuki (Jepun: 鈴木 園子, Hepburn: Suzuki Sonoko)
Dia merupakan kawan karib Ran. Walaupun dia merupakan anak kaya, dia berlagak seperti orang biasa. Apabila Kogoro tiada bersama Conan, dia sering dipengsankan dengan pistol bius kepunyaan Conan untuk menyelesaikan kes.
Heiji Suara latar: Ryo Horikawa
Heiji Hattori (Jepun: 服部 平次, Hepburn: Hattori Heiji)
Dia merupakan detektif sekolah menengah tinggi sebelah barat Jepun. Kemahiran deduksi sama hebat dengan Shinichi. Kulitnya hitam, ibu bapanya berkulit putih. Dia mewarisi kulitnya daripada datuknya yang berkulit hitam. Dia merupakan kawan karib kepada Kazuha. Dia mahir dalam kendo.
Kazuha Suara latar: Yuko Miyamura
Kazuha Toyama (Jepun: 遠山 和葉, Hepburn: Tōyama Kazuha)
Dia merupakan kawan karib kepada Heiji. Dia merupakan anak ketua balai polis cawangan Osaka. Dia seorang ahli Aikido.
Yusaku Suara latar: Hideyuki Tanaka
Yusaku Kudo (Jepun: 工藤 優作, Hepburn: Kudō Yūsaku)
Dia merupakan suami kepada Yukiko dan bapa kepada Shinichi. Dia bersama isterinya tinggal di Amerika. Dia seorang novelis yang terkenal. Antara karya terhebatnya iaitu Night Baron.
Yukiko Suara latar: Sumi Shimamoto
Yukiko Kudo (Jepun: 工藤 有希子, Hepburn: Kudō Yukiko)
Dia merupakan isteri kepada Yusaku dan ibu kepada Shinichi. Dia merupakan bekas pelakon terkenal di Jepun. Dia kerap menyamar di mana-mana sahaja seperti rakannya lamanya Sharon Vineyard (Vermouth).
Subaru Suara latar: Ryotaro Okiayu
Subaru Okiya (Jepun: 沖矢 昴, Hepburn: Okiya Subaru)
Dia merupakan siswa PhD kejuruteraan yang terpaksa tinggal di rumah Shinichi kerana rumah sewanya telah dijilat api. Sebenarnya beliau merupakan Shuichi Akai. Tujuannya ialah mengawasi Ai Haibara daripada Organisasi Hitam.
Sera Suara latar: Noriko Hidaka
Masumi Sera (Jepun: 世良 真純, Hepburn: Sera Masumi)
Seorang Detektif yang telah berpindah ke Sekolah Menengah Tinggi Teitan dan kawan serta rakan sekelas kepada Ran dan Sonoko. Dia mempunyai dua orang abang iaitu Shuichi Akai dan Shukichi Haneda. Dia mahir dalam seni pertahankan diri dalam Jeet Kune Do.
Jirokichi Suara latar: Ichiro Nagai
Jirokichi Suzuki (Jepun: 鈴木 次郎吉, Hepburn: Suzuki Jirokichi)
Merupakan pak cik kepada Sonoko. Cita-citanya akan menangkap Kaitou Kid tetapi sering gagal.
Kaitou Kid Suara latar: Kappei Yamaguchi
Kaitou Kid (Jepun: 怪盗キッド, Hepburn: Kaitō Kiddo)
Dia merupakan seorang pencuri yang licik dan pandai membuat silap mata.
Shukichi Suara latar: Toshiyuki Morikawa
Shukichi Haneda (Jepun: 羽田 秀𠮷, Hepburn: Haneda Shūkichi)
Dia merupakan seorang pemain shogi profesional yang dikenali sebagai Taiko Meijin dan juga bekas teman lelaki Pegawai Yumi. Dia juga merupakan adik kepada Shuichi Akai dan abang kepada Masumi Sera.

Pegawai polis[sunting | sunting sumber]

Jabatan Polis Metropolitan Tokyo (Jepun: 警視庁, Hepburn: Keishichō)

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Inspektor Megure Suara latar: Chafurin
Juzo Megure (Jepun: 目暮 十三, Hepburn: Megure Jūzō)
Inspektor Megure (Jepun: 目暮 警部, Hepburn: Megure Keibu)Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia sering memakai topinya ke mana sahaja bertujuan untuk menyorok kesan parutnya.
Pegawai Takagi Suara latar: Wataru Takagi
Wataru Takagi (Jepun: 高木 ワタル, Hepburn: Takagi Wataru)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia telah bekerja di bawah Inspektor Megure. Dia merupakan teman lelaki Miwako Sato yang juga merupakan rakan sekerjanya.
Pegawai Sato Suara latar: Atsuko Yuya
Miwako Sato (Jepun: 佐藤 美和子, Hepburn: Satō Miwako)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Penolong Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia bekerja di bawah Inspektor Megure. Kadang-kala sikapnya menjadi sangat garang dan serius apabila sedang mengintip. Dia merupakan teman wanita Wataru Takagi yang juga merupakan rakan sekerjanya.
Pegawai Chiba Suara latar: Isshin Chiba
Kazunobu Chiba (Jepun: 千葉, Hepburn: Chiba)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia bekerja di bawah Inspektor Megure. Tugas utamanya ialah menyiasat dan mendapatkan maklumat dari luar tempat kejadian.
Inspektor Shiratori Suara latar: Kaneto Shiozawa (Episod 146-157), Kazuhiko Inoue (Episod 205 - kini)Ninzaburo Shiratori (Jepun: 高木 ワタル, Hepburn: Shiratori Ninzaburo)
Dia merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian pembunuhan di Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan teman lelaki kepada Cikgu Kobayashi.
Penguasa Kuroda Fail:HyoKuroda.jpg Suara latar: - (tidak diketahui lagi)
Hyoue Kuroda (Jepun: 黒田 兵衛, Hepburn: Kuroda Hyoue)
Bekas ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano bahagian pertama dan kini merupakan Penguasa Polis bahagian pertama di Ibu Pejabat Polis Tokyo untuk menggantikan Penguasa Matsumoto yang telah dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Kanan. Mata kanannya telah cedera dalam satu kemalangan dan digantikan dengan mata buatan manusia. Minuman kegemarannya ialah teh hitam.
Penguasa Kanan Matsumoto Suara latar: Seizo Kato (Episod 18 - 683)
Kiyonaga Matsumoto (Jepun: 松本 清長, Hepburn: Matsumoto Kiyonaga)
Bekas Penguasa Polis bahagian pertama di Ibu Pejabat Polis Tokyo dan kini merupakan seorang pegawai polis berpangkat Penguasa Kanan serta orang atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi. Parutnya disebabkan oleh pembunuh bersiri yang menggunakan pedang samurai ketika membuat siasatan.
Pegawai Yumi Suara latar: Yuu Sugimoto
Yumi Miyamoto (Jepun: 宮本 由美, Hepburn: Miyamoto Yumi)
Seorang pegawai polis dalam bahagian lalu-lintas dan juga kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan antara Sato dan Takagi. Dia kerap menjalankan 'patrol' secara berpasangan dengan seorang anggota polis yang baru bernama Naeko Miike.
Pegawai Naeko Suara latar: Rie Tanaka
Naeko Miike (Jepun: 三池 苗子, Hepburn: Miike Naeko)
Seorang polis bahagian lalu-lintas yang baru berpindah ke Ibu Pejabat Polis Tokyo. Dia merupakan rakan sekolah rendah dan cinta pertama Pegawai Chiba tetapi telah terpisah selama 13 tahun kerana bertukar sekolah.
Inspektor Nakamori Suara latar: Unsho Ishizuka
Ginzo Nakamori (Jepun: 中森 銀三, Hepburn: Nakamori Ginzō)
Dia telah berurusan dengan Kaitou Kid sejak dia mula-mula menyertai pasukan polis, tetapi dia tidak tahu bahawa dia telah berurusan dengan Kaitou Kid yang asal bernama Toichi Kuroba dan Kaitou Kid yang baru dan licik, anak Toichi:Kaito Kuroba. Kaito ialah kawan rapat kepada Aoko iaitu anak perempuannya sejak kecil lagi.
Inspektor Yuminaga Fail:Inspektor Yuminaga.jpg Suara latar: Natsuo Tokuhiro
Inspektor Yuminaga (Jepun: 弓長警部, Hepburn: Yuminaga Keibu)
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dalam bahagian kebakaran dan bekas orang atasan Kogoro Mouri.
Penguasa Chaki Fail:Superitenden Chaki.jpg Suara latar: Nobuo Tanaka
Shintaro Chaki (Jepun: 茶木 慎太郎, Hepburn: Chaki Shintarō)
Dia merupakan Penguasa Polis bahagian kedua (Operasi menangkap Kaitou Kid) di Ibu Pejabat Polis Tokyo dan orang atasan kepada Ginzo Nakamori.


Jabatan Polis Wilayah Osaka (Jepun: 大阪府警察, Hepburn: Ōsakafukeisatsu)

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Heizo Suara latar: Takehiro Koyama
Heizo Hattori (Jepun: 服部 平蔵, Hepburn: Hattori Heizō)
Bapa kepada Heiji Hattori. Dia merupakan Ketua Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka.
Inspektor Toyama Suara latar: Masato Sako (Episod 118), Shinji Ogawa (Episod 263 - 521)
Ginshiro Toyama (Jepun: 遠山 銀司郎, Hepburn: Tōyama Ginshirō)
Bapa kepada Kazuha Toyama. Dia merupakan Ketua Detektif dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka.
Inspektor Otaki Suara latar: Norio Wakamoto
Goro Otaki (Jepun: 大滝 悟郎, Hepburn: Ōtaki Gorō)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Osaka. Dia juga merupakan kawan rapat kepada Heiji dan Heizo.


Jabatan Polis Wilayah Nagano (Jepun: 長野県警部門, Hepburn: Nagano kenkei bumon)

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Inspektor Yamato Fail:Inspektor Yamato.jpg Suara latar: Yuji Takada
Kansuke Yamato (Jepun: 大和 敢助, Hepburn: Yamato Kansuke)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Parut di sebelah mata kiriya dan kaki kirinya lumpuh telah menyebabkan dia menjadi orang kurang upaya disebabkan kemalangan yang melibatkan salji runtuh semasa menjalankan siasatan tetapi dia tetap tidak patah semangat untuk menjadi seorang anggota polis.
Pagawai Uehara Fail:Pegawai Uehara.jpg Suara latar: Ami Koshimizu
ralat: {{nihongo}}: Teks Jepun dan romaji diperlukan (bantuan)
Bekas rakan sekerja Kansuke Yamato sebelum berhenti menjadi anggota polis. Kini dia berkhidmat semula sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano.
Inspektor Morofushi Fail:Koumei.jpg Suara latar: Sho Hayami
Taka'aki Morofushi (Jepun: 諸伏 高明, Hepburn: Morofushi Taka'aki)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nagano. Dia merupakan kawan dan pesaing Kansuke Yamato sejak kecil lagi.


Lain-lain Jabatan Polis

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Inspektor Yokomizo Suara latar: Akio Otsuka
Sango Yokomizo (Jepun: (横溝 参悟, Hepburn: Yokomizo Sango)
Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shizuoka, dikenali kerana perwatakannya yang ceria dan kadang-kadang memandang serius dalam kes.
Inspektor Jugo Suara latar: Akio Otsuka
Jugo Yokomizo (Jepun: 横溝 重悟, Hepburn: Yokomizo Juugo)
Kembar kepada Sango Yokomizo. Dia merupakan seorang Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kanagawa. Perwatakannya sangat seram, menakutkan, pemarah dan tidak suka kepada sesiapa yang kacau dalam kes.
Pegawai Yamamura Suara latar: Toshio Furukawa
Misao Yamamura (Jepun: 山村 ミサオ, Hepburn: Yamamura Misao)
Dia merupakan seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gunma. Dia merupakan seorang pegawai polis yang sangat lembab. Kini, dia telah dinaikkan pangkat sebagai seorang "Inspektor".

FBI[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Penerangan
James Black Dia merupakan ketua FBI untuk operasi menangkap Kumpulan Organisasi Hitam.
Shuichi Akai Dia merupakan seorang ejen FBI yang licik. Kini dia menyamar sebagai seorang mahasiswa iaitu Subaru Okiya dan menetap di rumah Shinichi setelah dia memalsukan kematiannya. Dia pernah menyamar sebagai anggota Organisasi Hitam yang diberi kod nama Rye. Dia merupakan seorang pakar menembak hendap dan digelar "Silver Bullet". Dia juga merupakan abang sulung kepada Shukichi Haneda dan Masumi Sera.
Jodie Starling Dia merupakan seorang ejen FBI. Dia pernah menjadi seorang guru bahasa inggeris di sekolah Ran.
Andre Camel Dia merupakan seorang ejen FBI yang bertubuh besar.

Organisasi Hitam[sunting | sunting sumber]


Ahli-Ahli Aktif

Nama Kod Gambar Penerangan
Anokata Fail:BossC.jpg Dia merupakan ketua dalam organisasi hitam.
Rum Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Dia juga merupakan anggota kedua dalam organisasi hitam dan sangat rapat dengan Anokata. Dia mempunyai mata yang rosak di mana mata tersebut telah digantikan dengan mata buatan manusia.
Gin Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Dia mempunyai stamina yang tinggi. Dia telah meracunkan Shinichi menggunakan ubat APTX 4869 sehingga badan Shinichi seorang kanak-kanak
Vodka Dia merupakan anggota organisasi hitam dan pengikut Gin.
Vermouth Dia merupakan anggota organisasi hitam berpangkat tinggi. Nama sebenarnya iaitu Sharon Vineyard. Dia juga rakan kepada mak Shinichi.
Chianti Fail:Chianti 60px.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.
Korn Fail:Korn 60px.jpg Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia pakar menembak sehingga 550 ela.


Ahli-Ahli yang Menyamar

Nama Kod Gambar Penerangan
Kir Dia merupakan anggota organisasi hitam. Dia beroperasi di bawah nama samaran Rena Mizunashi, seorang wartawan TV. Nama sebenarnya adalah Hidemi Hondou. Seperti bapanya, dia sebenarnya merupakan seorang Ejen CIA yang menyusup ke dalam organisasi hitam. Adiknya, Eisuke Hondou tidak sedar tentang perkara ini sejak dia berpura-pura tidak mengenali Eisuke selepas dia pergi menyamar.
Bourbon Dia merupakan anggota organisasi hitam yang licik. Dikenali sebagai Tooru Amuro. Nama sebenarnya ialah Rei Furuya. Dia membenci Shuichi Akai atas sebab-sebab tertentu. Matlamat sebenar Bourbon ialah membunuh Sherry (Ai Haibara), mencari tempat persembunyian Shuichi Akai dan identiti sebenar Conan Edogawa. Baru-baru ini, dia telah didedahkan bahawa dia sebenarnya merupakan seorang Ejen Polis Rahsia Jepun yang menyusup ke dalam organisasi hitam bertujuan untuk melemahkan organisasi ini.

Lain-lain watak[sunting | sunting sumber]

Nama Gambar Nama Sebenar & Penerangan
Yoko Yoko Okino (Jepun: 沖野 ヨーコ, Hepburn: Okino Yōko)
Dia merupakan artis juga diminati Kogoro Mouri.
Akagi Hideo Akagi (Jepun: 赤木 英雄, Hepburn: Akagi Hideo)
Seorang pemain bola sepak dalam pasukan Tokyo Spirits.
Azusa Azusa Enomoto (Jepun: 榎本 梓, Hepburn: Enomoto Azusa)
Seorang pekerja kedai kopi Poirot ditingkat bawah Agensi Detektif Mouri.
Eisuke Eisuke Hondo (Jepun: 本堂 瑛祐, Hepburn: Hondō Eisuke)
Bekas rakan sekelas Ran dan Sonoko, yang Conan mendapati mencurigakan. Dia kemudiannya mendapati untuk mencari kakaknya, Hidemi dan mahu mengikut jejak langkah bapa dan kakaknya untuk menjadi ejen CIA.
Kyogoku Makoto Kyogoku (Jepun: 京極 真, Hepburn: Kyōgoku Makoto)
Teman lelaki kepada Sonoko. Beliau merupakan ahli karate tahap profesional. Beliau sering menewaskan musuhnya dengan mudah dan tidah mudah putus asa.
Doktor Araide Tomoaki Araide (Jepun: 新出 智明, Hepburn: Araide Tomoaki)
Seorang doktor. Dia pernah menjadi jurulatih bola jaring di sekolah Ran. Wajahnya pernah digunakan oleh Vermouth untuk menyelidik Haibara.
Budak Misteri Budak Misteri itu kelihatan seperti seorang budak perempuan yang berada dalam usia sekolah menengah (12-15). Budak misteri itu juga mempunyai mata yang sama seperti mata Sera Masumi dan Akai Shuichi. Kini, budak misteri itu tinggal bersama Sera di sebuah hotel.
Hakuba Saguru Hakuba (Jepun: 白馬 探, Hepburn: Hakuba Saguru)
Seorang detektif sekolah menengah tinggi. Sebelum pindah ke London, dia sering memburu Kaitou Kid.
Shizuka Shizuka Hattori (Jepun: 服部 静華, Hepburn: Hattori Shizuka)
Mak kepada Heiji dan isteri Heizo.
Genji Genji Kojima (Jepun: 小嶋 元次, Hepburn: Kojima Genji)
Ayah kepada Genta.
Midori Midori Megure (Jepun: 目暮 みどり, Hepburn: Megure Midori)
Isteri Inspektor Megure.
Misae Misae Yamamura (Jepun: 山村 ミサエ, Hepburn: Yamamura Misae)
Nenek kepada Pegawai Yamamura.