Etika (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Etika
Kulit album kumpulan Etika
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrerock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1990-an
Syarikat rakaman
P & C 1991 Happy Records Sdn Bhd
Pengkarya berkait
Berkumpulan


Kumpulan Etika merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Kumpulan Etika asalnya adalah kumpulan Wasiat, sebelum bertukar kerana berlaku pertukaran ahli. Ahli kumpulan bertukar iaitu Zain Azman(kemudian menyertai kumpulan Blackrose) menggantikan tempat Abdul Hai, Mohd Razif mengambil alih tempat Zainuddin dan Rahmat tiada pengganti.

Dengan pertukaran ahli tersebut, kumpulan Wasiat bersetuju untuk menukar nama menjadi Kumpulan Etika, untuk menggantikan Wasiat dan merakamkan album pertama "Padamu" pada tahun 1990 bersama penerbit kumpulan Kopratasa dan Frankie Ong dan dirakamkan di Fantasia Studio. Album tersebut dilancarkan pada 3hb September 1990 (sama hari pelancaran album pertama kumpulan XPDC). 5 daripada lagu mereka tidak diluluskan untuk siaran oleh RTM, tetapi jualan masih memberangsangkan pada 50K unitmelayakkan mereka menrima Cakera Platinum.

Album kedua "Etika" dirakamkan pada tahun 1991 dengan khidmat penerbit Zulkif (Headwind)dan Frankie Ong juga dibawah Happy Record. Ia dirakamkan di studio Channel Eleven.

Antara kumpulan lain yang turut aktif bersama Etika sekitar 1991 adalah kumpulan Memo-memo, Paksi, Brainwash, Syuhada, Fancy/Roses, Vilosa, Ozon, Small Kid, Still, Krayon, Eka, Babylon, Revolusi, Gerhana, Sphera, Aces, Mendusa, Witness, Puteri, Iktibar, Amija, Opera, Ixora, Viva, Victim, Mahsuri, Analisa, Lord Justice, Leo, Voice, Abstrak, Alfa, Les Mayor, Susila, Hot Legs, Kid Power, D'Fender, Khatulistiwa, Odd fellows, Krax, History, Studen, Anesthesia, Fire Machine, The Islands, Drifters, Tomato, Sacred, Teratai, Farmosa, dan DIA. Album pertama kumpulan Etika di lancarkan sama tarikh dgn kumpulan XPDC (3 September 1990 )

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Vocal - Kaswan, Gitar - Ahmad Bakhtiar, Gitar - Zain Azman, Bass - Mohd Razif, Drum - Jamaluddin

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  • Etika (1991)
  • Jawapannya Padamu (1990)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Tempat ke empat dalam pertandingan Juara Rock di Ekspo Malaysia 30 tahun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.[1]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Etika '91 - (1991)[sunting | sunting sumber]

  • Remaja Rock N Roll
  • Penghuni Mahligai Cinta
  • Nostalgia
  • Tragedi (Suara Si Kecil)
  • Kosmopolitan
  • Janji Yang Hilang
  • Sahabat Lama
  • Kau terlalu Tinggi
  • Saudagar Rembulan
  • Kehadiran

Jawapannya Padamu '90 - (1990)[sunting | sunting sumber]

  • Jawapannya Padamu
  • Sandiwara
  • Bila Kasih Bertemu Cinta
  • Remaja Bukan Kesudahan
  • Oh Cinta Cinta
  • Cinta Kepalsuan
  • Marga
  • Pelangi Dan Aku
  • Tetamu Ditengah Malam
  • Dari Sebuah Taman

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

www.facebook.com/pages/Etika/154289804638505?ref=hl