Eudialit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
{{{name}}}

Maklumat am
KategoriMineral
Pengecaman
Kekerasan skala Mohs5 - 6
Eudialyte in syenite, Brazil. The white mineral is alkali feldspar, the black is aegirine, and the little brown bits are biotite.

Nama batuan eudialit berasal dari perkataan Yunani Εὖ διάλυτος eu dialytos, yang bermaksud "mudah merapuh". Ianya sukar ditemui dan merupakan ahli dalam mineral siklosilikat 9 cincin. Ia terbentuk di dalam batuan igneus alkali seperti sienit nefelin.

Ia mula dicirikan pada tahun 1819 selepas penemuan sienit nefelin di barat laut Greenland.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Zirkonium boleh ditemui dalam bijih eudialit. Ia juga digunakan sebagai batu permata, walaupun jarang digunakan kerana sukar ditemui dan kekurangan sifat kristal. Eudialit mengandungi kuantiti signifikan uranium, plumbum, niobium, tantalum, zirkonium, hafnium dan unsur surih bumi. Oleh kerana itu, geosaintis sering menjadikannya pengukur usia batu dalam mengkaji usia batuan.

Mineral Berkaitan[sunting | sunting sumber]

Selain dari kebanyakan mineral igneus yang biasa, eudialit boleh ditemui bersama dengan mineral igneus alkali lain.

Contoh mineral tersebut adalah: mikroklin, nefelin, aegirin, lamprofilit, lorenzinit, katapleit, murmanit, arfvedsonit, sodalit, aenigmatit, rinkit, lavenit, titanit dan magnetit titanium.

Identifikasi[sunting | sunting sumber]

Disebabkan ianya jarang ditemui, lokaliti menjadikannya mudah dikenalpasti. Kawasan di mana ianya mudah temui termasuklah Mont Saint-Hilaire Kanada dan Semenanjung Kola di Rusia. Ianya juga boleh ditemui di Greenland, Norway, dan Arkansas. Kekurangan sifat kristal yang berkait dengan warna juga berguna dalam pengenalpastiannya. Antara sifat lainnya adalah ia berwarna merah jambu-merah, dan tidak bersifat kristal igneus alkali (cth nefelin dan aegirin).

Kumpulan Eudialit[sunting | sunting sumber]

Analisis mikrokimia dan struktur sampel eudialit yang berbeza mendedahkan kehadiran pelbagai jenis mineral yang seakan-akan eudialit. Mineral-mineral ini mempunyai struktur dan kandungan kimia yang hampir sama seperti eudialit dan dikumpulkan dalam satu kumpulan eudialit. Kumpulan tersebut mengandungi ion zirkonium, hidroksida, klorida, fluorida, karbonat dan kemungkinan juga silikat natrium, kalium, hidronium, kalsium, strontium, unsur surih bumi, mangan, besi (Fe), niobium dan wulfrum (tungsten) yang mengandungi sulfat. Struktur kimia mereka juga menunjukkan kekosongan elektron.