Eufemisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Eufemisme [ĕu-fĕ-mis-me; yu-fĕ-mis-mĕ] atau bahasa halus merujuk kepada pengunaaan perkataan atau ungkapan menggantikan perkataan asal di mana keadaan biasa yang membenarkan penungkapan sedemikian boleh menyebabkan pembaca atau pendengar disasarkan tersinggung atau merasa tidak senang.[1] Sesetengah perbahasaan halus ini bertujuan untuk menghiburkan, sementara yang lain menggunakan hambar, istilah-istilah yang tidak penting untuk konsep yang ingin dikalahkan oleh pengguna.

Pengunaan bahasa halus ini boleh digunakan untuk mengelakkan atau menyembunyikan perkataan berkaitan benda yang dianggap kotor atau berpantang (misalnya kecacatan, jantina, perkumuhan atau kematian) dengan cara yang sopan.[2]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Melibatkan hal kebersihan[sunting | sunting sumber]

Perkataan yang merujuk kepada najis sering dielakkan daripada diungkapkan dengan perkataan asasnya secara terus agar lebih sopan:

  • "tahi" dan "berak" kurang digunakan lalu digantikan dengan "air besar".[3] Perkataan "tinja" dan "najis" sendiri boleh digunakan dalam konteks saintifik.
  • "air kencing" lebih digantikan atau dihaluskan maknanya dengan "air kecil"[4] atau "air seni".\
  • Perempuan yang mengalami penurunan darah haid dalam tempoh sebulan boleh dikatakan "datang bulan"[5] ataupun "cuti" (sekiranya perbualan melibatkan kegiatan agama yang dilonggarkan keadaan sedemikian.

Melibatkan keadaan diri[sunting | sunting sumber]

  • Perempuan yang hamil boleh juga dikatakan "berbadan dua" atau "mengandung".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Euphemism. Webster's Online Dictionary. 
  2. ^ "euphemism (n.)". Etymonline.com. Dicapai 7 January 2014. 
  3. ^ "'air besar' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 18 November 2019. 
  4. ^ "'air kecil' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 18 November 2019. 
  5. ^ "'datang bulan' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai 18 November 2019. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • A Keith; Burridge, Kate. Euphemism & Dysphemism: Language Used as Shield and Weapon, Oxford University Press, 1991. ISBN 0-7351-0288-0.
  • Benveniste, Émile, "Euphémismes anciens and modernes", in: Problèmes de linguistique générale, vol. 1, pp. 308–314. [originally published in: Die Sprache, I (1949), pp. 116–122].
  • Enright, D. J. (1986). Fair of Speech. Oxford University Press. ISBN 0-19-283060-0. 
  • Fussell, Paul: Class: A Guide Through The American Status System, Touchstone – Simon & Schuster Inc., 1983. ISBN 0-671-44991-5; ISBN 0-671-79225-3.
  • R.W.Holder: How Not to Say What You Mean: A Dictionary of Euphemisms, Oxford University Press, 2003. ISBN 0-19-860762-8.
  • Keyes, Ralph (2010). Euphemania: Our Love Affair with Euphemisms. Little, Brown and Company. ISBN 978-0-316-05656-4. 
  • Maledicta: The International Journal of Verbal Aggression (ISSN US).
  • McGlone, M. S., Beck, G., & Pfiester, R. A. (2006). "Contamination and camouflage in euphemisms". Communication Monographs, 73, 261–282.
  • Rawson, Hugh (1995). A Dictionary of Euphemism & Other Doublespeak (edisi ke-2). ISBN 0-517-70201-0. 
  • Smyth, Herbert Weir (1920). Greek Grammar. Cambridge, MA: Harvard University Press. m/s. 678. ISBN 0-674-36250-0.