Euskadi Ta Askatasuna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Euskadi Ta Askatasuna (disingkatkan kepada ETA - "Kebebasan dan Tanah Air Basque") adalah sebuah organisasi puak pemisah bersenjata dari Negara Basque yang bertujuan memperoleh kemerdekaan daerah Basque dari kerajaan Sepanyol secara paksa.[1][2] Ia datang daripada sebuah pergerakan pelajar Ekin pada 31 Julai 1959, di mana ahli-ahlinya tidak berpuas hati dengan pendirian Parti Nasionalis Basque yang berfahaman sederhana.[3]

Sejak 1968, ETA telah membunuh lebih dari 800 orang, melukai ribuan orang dan telah menculik puluhan orang.[4][5][6] Kelompok ini telah dinyatakan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Sepanyol, pemerintah Perancis,[7] Kesatuan Eropah,[8] dan pemerintah Amerika Syarikat.[9] Sebanyak lebih 300 anggota kumpulan ini berada dalam kurungan penjara di Sepanyol, Perancis and beberapa negara yang lain.[10]

Pada 5 September 2010, kelompok ini kembali menyatakan sebuah gencatan senjata.[11][12][13][14][15][16] Pada 7 April 2017, ETA mengeluarkan suatu kenyataan bahawa mereka bersedia melucutkan senjata mereka dan membubarkan diri.[17]

Modus operandi[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan ini banyak menyasarkan kelompok tertentu seperti golongan tentera dan polis (baik yang aktif mahupun bersara),[18] orang bisnes.[19] ahli-ahli majlis dan parlimen tempatan, hakim dan pendakwa raya,[20] serta profesor-profesor universiti yang menyuarakan idea menentang separatisme bersenjata Basque secara terbuka.

Taktik-taktik yang dibuat terhadap mangsa oleh militan termasuklah:

  • Penembakan tepat[21][22]
  • Pengeboman (menggunakan bom kereta)
  • Penculikan
  • Perompakan (barang-barang seperti senjata, bahan letupan, kenderaan, mesin pembentuk plat lesen)
  • Peras ugut (sebagai "cukai revolusioner") dari individu terpilih baik dari Negara Basque atau mana-mana lokas lain di Sepanyol, orang Basque kadangkala juga disasarkan
  • Membuat ugutan melalui surat layang atau grafiti

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is the MNLV (4)"
  2. ^ "What is the MNLV (3)"
  3. ^ "ETA: from student group to Basque bombers". The Daily Telegraph. 20 October 2011. Dicapai 21 October 2011. 
  4. ^ CNN.com
  5. ^ Spanish Ministerio del Interior page; ETA has killed 823 people as of 08/19/08
  6. ^ Smithsonianmag.com
  7. ^ (Perancis) French list of terrorist organizations, in the annex of Chapter XIV
  8. ^ EU list of terrorist organizationsPDF (43.6 KiB) 29 May 2006
  9. ^ Foreign Terrorist Organizations (FTOs)
  10. ^ "Etxerat cifra en 373 el número de presos de ETA que cumplen condena en 70 cárceles". El Correo. 30 July 2016. Dicapai 4 January 2017. 
  11. ^ Spain's Eta 'declares ceasefire'
  12. ^ "ETA umumkan gencatan senjata". BBC. 2010-09-05. 
  13. ^ "Separatis Basque Deklarasikan Gencatan Senjata". VOA. 2010-09-05. 
  14. ^ "ETA Umumkan Gencatan Senjata". Harian Analisis. 2010-09-05. 
  15. ^ "Separatis Basque ETA Umumkan Gencatan Senjata". Antara. 2010-09-05. 
  16. ^ "Lagi, ETA Deklarasikan Gencatan Senjata". Liputan 6. 2010-09-05. 
  17. ^ (Skripsi) Gilang Syawal Ajiputra, Etnonasionalisme di Spanyol: Studi Tentang Konflik Separatisme Etnis Basque dan Catalan. Jakarta: FISIP UIN Jakarta. 2017.
  18. ^ Terrorist Group Profiles. DIANE Publishing. 1 August 1989. m/s. 37–. ISBN 978-1-56806-864-0. Dicapai 30 January 2011. 
  19. ^ ETA asesina a un empresario nacionalista · ELPAÍS.com. Elpais.com. Retrieved on 30 January 2011.
  20. ^ "Spanish prosecutor shot dead". BBC News. 9 October 2000. Dicapai 27 March 2010. 
  21. ^ "European press review". BBC News. 25 May 2001. Dicapai 2 May 2010. 
  22. ^ Knewstub, Nikki (19 June 2005). "Eta to end attacks on elected politicians". The Guardian. London. Dicapai 2 May 2010.