Eusmilus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Eusmilus
Eusmilus285wide.jpg
Eusmilus
Status pemuliharaan
fosil
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Karnivor
Keluarga: Nimravidae
Genus: Eusmilus
Gervais, 1876
Spesies: E. cerebralis

Eusmilus merupakan seekor haiwan yang telah pupus dan merupakan haiwan bergigi pedang paling awal. Fosil Eusmilus telah ditemui di Amerika Utara, Eropah Barat dan lain-lain. Saiz panjang Eusmilus boleh mencapai 2.5 meter dan hidupnya dari Akhir Eosen hingga Akhir Oligosen. Ahli paleontologi percaya Eusmilus hidup di padang rumput.

Ia hanya mempunyai 26 batang gigi tetapi mulutnya boleh dibuka hingga 90 darjah. Berbadan langsing dengan struktur tulang dan mempunyai kaki yang kuat. Selain itu, posisi mata yang sesuai berupaya mengesan mangsa dengan jarak yang tepat.

Eusmilus mempunyai ruang seperti sarung untuk menyimpan gigi pedang di bahagian bawah rahang. Walaupun mempunyai gigi pedang tajam tetapi ia tidak boleh mengigit tulang. Otot rahang lemah menghalang daya gigitannya dan tidak dijadikan sebagai senjata utama. Sebaliknya, ia menekan mangsa dan memutuskan saluran darah dan saluran udara di leher mangsa. Jika Eusmilus telah pergelutan dengan mangsa yang lain, gigi pedangnya yang tidak lama itu akan patah.