Evan N'Dicka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Evan N'Dicka
Evan N’Dicka pada 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Obite Evan N'Dicka
Tarikh lahir (1999-08-20) 20 Ogos 1999 (umur 24)[1]
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.92 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Eintracht Frankfurt
Nombor 2
Kerjaya remaja
2006–2009 F.C.A. Paris 19ème
2009–2012 Solitaires Paris-Est F.C.
2012–2017 Auxerre
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2018 Auxerre 14 (0)
2018– Eintracht Frankfurt 46 (2)
Pasukan kebangsaan
2014–2015 Perancis B16 5 (0)
2016 Perancis B17 1 (0)
2017 Perancis B18 2 (0)
2018 Perancis B19 1 (0)
2017–2019 Perancis B20 8 (0)
2019– Perancis B21 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:35, 13 Jun 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 9 September 2019

Obite Evan N'Dicka (lahir 20 Ogos 1999) merupakan pemain bola sepak profesional Perancis yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Jerman, Eintracht Frankfurt dan pasukan kebangsaan bawah-21 Perancis.

Beliau merupakan pemain lepasan akademi Auxerre dan melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan senior pada Januari 2017 semasa berusia 17 tahun. Beliau menghabiskan separuh musim berikutnya bersama Auxerre dengan tampil dalam 14 perlawanan sebelum berpindah ke kelab Bundesliga, Eintracht pada Julai 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Auxerre[sunting | sunting sumber]

Dengan menyertai kelab dari Ligue 2 iaitu Auxerre pada usia 13 tahun, N'Dicka berjaya menjadi pemain lepasan akademi sebelum melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 27 Januari 2017 ketika meraih kemenangan tipis 1–0 ke atas Clermont.[2][3] Beliau telah menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab pada 5 Februari. Beliau seterusnya melakukan 14 penampilan bersama kelab pada musim berikutnya sebelum berpindah ke kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 5.5 juta euro.[4]

Eintracht Frankfurt[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Julai 2018, N'Dicka diikat oleh Eintracht dengan rundingan kontrak selama lima tahun.[5] Beliau seterusnya menjadi tonggak utama pasukan dan sering menampilan diri mewakili pasukannya di kejohanan Liga Europa. Pada Februari 2019, prestasinya telah membolehkannya untuk merangkul anugerah "Bundesliga Rookie of the Month" iaitu sebuah anugerah bulanan yang diberikan kepada pemain bawah-23 yang beraksi cemerlang pada bulan-bulan tertentu. Di samping itu, beliau juga telah dicalonkan ke dalam anugerah "Rookie of the Season".[6][7] Sejak itu, beliau hanya terlepas satu perlawanan untuk saki-baki musim yang menyaksikan pasukannya terlepas tiket ke kejohanan Liga Juara-Juara Eropah.[8]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

N'Dicka telah dilahirkan di Perancis dan berasal daripada keturunan Cameroon.[9] N'Dicka telah mewakili Perancis di peringkat bawah-16 dan bawah-17. Beliau telah dipanggil oleh pasukan bawah-18 buat pertama kali oleh pengurus Bernard Diomède pada Mac 2017.[10][11]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sehingga 13 Jun 2020.[12]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Auxerre 2016–17 2 0 0 0 0 0 2 0
2017–18 12 0 1 0 1 0 14 0
Jumlah 14 0 1 0 1 0 16 0
Jerman Eintracht Frankfurt 2018–19 27 1 0 0 9[b] 0 36 1
2019–20 19 1 4 0 7[b] 1 30 2
Jumlah 46 2 4 0 16 1 66 3
Jumlah kerjaya 60 2 5 0 1 0 16 1 82 3
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan DFB-Pokal.
  2. ^ a b Penampilan di Liga Europa UEFA

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "AJA - L'Association de la jeunesse auxerroise". AJ Auxerre. Dicapai pada 19 March 2017.(dalam bahasa Perancis)
  2. ^ "Evan Ndicka passe professionnel avec Auxerre, Kenji-Van Boto prolonge". L'Equipe. 5 February 2017. Dicapai pada 19 March 2017.(dalam bahasa Perancis)
  3. ^ "Clermont v Auxerre". Soccerway. 27 January 2017. Dicapai pada 19 March 2017.
  4. ^ Billingham, Dan (7 March 2019). "The Frankfurt Way: How the Bundesliga Outfit Continue to Punch Above their Weight". These Football Times. Dicapai pada 12 March 2019.[pautan mati kekal]
  5. ^ Quarez, Benjamin (5 July 2018). "OFFICIEL - Evan N'Dicka quitte Auxerre pour l'Eintracht Francfort" [OFFICIAL - Evan N'Dicka leaves Auxerre for Eintracht Frankfurt] (dalam bahasa French). Goal. Dicapai pada 5 July 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Ndicka named Rookie of the Month". Bundesliga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 12 March 2019.
  7. ^ "Eintracht Frankfurt defender Evan N'Dicka named Bundesliga Rookie of the Month". Bundesliga. 12 March 2019. Dicapai pada 12 March 2019.
  8. ^ "BUNDESLIGA ROOKIE AWARD 2018/19 presented by TAG Heuer". Bundesliga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-28. Dicapai pada 22 May 2019.
  9. ^ "Evan N´Dicka :: Obite Evan N'Dicka :: Auxerre". www.leballonrond.fr.
  10. ^ "L'équipe de France U17 se rôde à Malesherbes cet après-midi". La Republique du Centre. 10 February 2016. Dicapai pada 19 March 2017.(dalam bahasa Perancis)
  11. ^ Dard, Philippe (14 March 2017). "Quatre jeunes de clubs de Ligue 2 sélectionnés en équipe de France U18". MaLigue2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-20. Dicapai pada 19 March 2017.(dalam bahasa Perancis)
  12. ^ "Obite N'Dicka Career Statistics". Soccerway. Dicapai pada 19 March 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]