Everline

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
EverLine
ايۏرلاين
Logo EverLine
Kereta api Yongin Everline Innovia ART
Yongin Everline Innovia ART
Umum
Nama lainKereta Api Ringan Yongin
Nama asal용인 경전철
龍仁 輕電鐵
Yongin gyeongjeoncheol
JenisKereta api ringan (transit rakyat)
StatusBeroperasi
LokasiYongin, Wilayah Gyeonggi
TerminalGiheung
Jeondae–Everland
Stesen15
Penumpang harian25,872 (2016)[1]
Laman sesawangwww.ever-line.co.kr
Operasi
Dibuka26 April 2013[2]
PemilikBandaraya Yongin
PengendaliPerbadanan Alihan Laju Yongin
DepotSamga
Teknikal
Panjang aliran18.143 km (11.274 mi)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8½ in)
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/h (50 mph)
PengisyaratanCBTC (CITYFLO 650)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Kereta Api Ringan Yongin
Hangul용인 경전철
Hanja龍仁 輕電鐵
Perumian SemakanYongin gyeongjeoncheol
McCune–ReischauerYongin gy'ŏngj'ŏnch'ŏl

EverLine atau juga dikenali sebagai Kereta Api Ringan Yongin ialah laluan kereta api ringan (atau transit rakyat) sepanjang 18.1 kilometre (11.2 mi) di bandaraya Yongin, wilayah Gyeonggi, menghubungkan taman tema terkemuka di Korea Selatan, Everland ke laluan Bundang melalui stesen Giheung. Sistem kereta api ini menggunakan kenderaan satu gerabak Bombardier Advanced Rapid Transit[3][4] yang dikawal dengan teknologi kawalan kereta api automatik Bombardier CITYFLO 650.

Laluan ini mula dibina pada November 2005 dan ujian kereta api yang dikendalikan oleh syarikat pengendalian bermula pada November 2009. Mengikut rancangan asal, perkhidmatan ini dibuka pada 16 April 2011. Disebabkan oleh masalah berkaitan aduan bunyi bising dan keselamatan pada kemudahan kereta api di beberapa bahagian laluan serta konflik di antara syarikat pembinaan dan pengendali akhir pihak Bandaraya Yongin, tarikh pembukaan terpaksa ditunda sehinggalah ia dibuka secara rasmi pada 26 April 2013 melalui mahkamah timbang tara.[2][5]

Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, aliran EverLine ditunjukkan dengan warna hijau (    ) dan stesen-stesennya ditandakan dengan nombor beserta huruf "Y" (Simbol aliran EverLine).

Stesen[sunting | sunting sumber]

# Nama stesen Pertukaran Jarak
(km)
Lokasi
Bahasa Melayu Bahasa Korea Stesen Laluan
Y110 Giheung (Pusat Seni Baek Nam-joon) 기흥(백남준아트센터)[6]
器興(白南準아트센터)
     Laluan Bundang 0.000 0.000 Daerah Giheung Bandaraya Yongin Wilayah Gyeonggi
Y111 Universiti Kangnam 강남대
江南大
1.044 1.044
Y112 Jiseok 지석
支石
1.062 2.106
Y113 Eojong 어정
御井
0.918 3.024
Y114 Dongbaek 동백
東栢
1.185 4.209
Y115 Chodang 초당
草堂
1.097 5.306
Y116 Samga 삼가
三街
2.591 7.897 Daerah Cheoin
Y117 Dewan Bandaraya·Universiti Yongin 시청·용인대[7]
市廳·龍仁大
1.045 8.942
Y118 Universiti Myeongji 명지대
明知大
1.034 9.976
Y119 Gimnyangjang 김량장
金良場
0.755 10.731
Y120 Stadium·Kolej Songdam 운동장·송담대[7]
運動場·松潭大
0.945 11.676
Y121 Gojin 고진
古陳
0.935 12.611
Y122 Bopyeong 보평
洑坪
1.750 14.361
Y123 Dunjeon 둔전
屯田
1.027 15.388
Y124 Jeondae·Everland 전대·에버랜드[7]
前垈·에버랜드
2.626 18.014

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "국토교통부 철도산업정보센터 - 철도운영현황 - 도시철도여객수송" (dalam bahasa Korea). 
  2. ^ a b '용인 경전철' 오늘부터 달린다 (dalam bahasa Korea). Simin Ilbo. 25 April 2013. 
  3. ^ "Bombardier Transportation accused of corruption in South Korea". CBC News. 28 Januari 2015. Dicapai 31 Januari 2015. 
  4. ^ "Guest Post: Trying out South Korea's new Light Metro line". transportblog.co.nz. 11 Julai 2013. Dicapai 1 Mac 2014. 
  5. ^ "YONGIN EVERLINE LRT: 5TH FULLY AUTOMATED METRO LINE IN SOUTH KOREA". UITP. 29 April 2013. 
  6. ^ 용인시 공고 제2013-744호
  7. ^ a b c 용인시 공고 제2007-514호

Pautan luar[sunting | sunting sumber]