Pergi ke kandungan

Everything Everywhere All at Once

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Everything Everywhere All at Once
Pengarah
  • Dan Kwan
  • Daniel Scheinert
Penulis
  • Dan Kwan
  • Daniel Scheinert
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiLarkin Seiple
Disunting olehPaul Rogers
Muzik olehSon Lux
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehA24
Tarikh tayangan
  • 11 Mac 2022 (2022-03-11) (SXSW)
  • 25 Mac 2022 (2022-03-25) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
140 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
Bahasa
BajetUSD25 juta[2]
Pecah panggungUSD82.6 juta[3][4]

Everything Everywhere All at Once ("Segalanya Serata Sekaligus") sebuah filem cereka komedi drama absurdis 2022 dari Amerika Syarikat arahan bersama Dan Kwan and Daniel Scheinert (dikenali sebagai "Daniels"), dengan terbitan bersama oleh Russo bersaudara. Filem ini membintangi Michelle Yeoh memainkan watak sebagai pemilik sebuah kedai dobi yang sedang diaudit Perkhidmatan Pendapatan Dalaman mendapati dan mengetahui bayangan dirinya yang wujud dalam alam-alam selari yang perlu dihubunginya agar bergabung kuasa menumpaskan suatu unsur jahat yang mahu memusnahkan alam berbilang serangkai mereka itu.

Evelyn Quan Wang ialah seorang pendatang Cina pertengahan umur yang menguruskan kedai dobi bersama suaminya Waymond di Simi Valley, California. Dua dekad lebih awal, mereka melarikan diri ke Amerika Syarikat dan dikurniakan seorang anak perempuan, Joy. Pada masa kini, Evelyn menghadapi pelbagai kesusahan: kedai dobinya sedang diaudit oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS); Waymond cuba menyampaikan surat cerai kepadanya sebagai usaha untuk memulakan perbincangan tentang perkahwinan mereka; bapanya yang tegas (dirujuk sebagai Gong Gong, Bahasa Kantonis untuk datuk)semakin mudah marah dengan Evelyn dan kehidupannya; serta hubungannya dengan Joy yang tegang, yang sedang bergelut dengan kemurungan.[5] dan mempunyai seorang pasangan bukan Cina, Becky, yang Evelyn sukar menerimanya.[6][7]

Pada satu pertemuan tegang dengan Ejen Hasil IRS Deirdre Beaubeirdre, badan Waymond telah diambil alih oleh Alpha-Waymond, versi Waymond dari "Alphavers." Alpha-Waymond menjelaskan kepada Evelyn bahawa banyak alam berbilang wujud ("alam selari") kerana setiap pilihan hidup mencipta alam alternatif baharu. Dalam Alphavers, Alpha-Evelyn yang kini telah meninggal dunia mencipta teknologi "lompat alam" yang membolehkan orang mengakses kemahiran, ingatan, dan badan diri selari mereka dengan melakukan tindakan pelik yang secara statistik tidak mungkin berlaku. Multialam diancam oleh Jobu Tupaki, iaitu Alpha-Joy yang mindanya retak setelah Alpha-Evelyn memaksanya melompat alam melebihi ketahanannya. Jobu mengalami semua alam sekaligus dan boleh melompat alam serta memanipulasi jirim mengikut kehendaknya. Jobu telah mencipta "Bagel Segalanya"[8] yang menyerupai lohong hitam yang membentuk ketunggalan toroid yang boleh memusnahkan berbagai alam.

Evelyn diberikan teknologi lompat alam untuk melawan pengikut-pengikut Jobu yang sedang berkumpul di bangunan IRS. Dia menemui alam-alam lain di mana dia membuat pilihan berbeza dan berjaya, seperti menjadi ahli kung fu terhandal dan bintang filem. Dia juga mengetahui bahawa Waymond bercadang untuk memfailkan penceraian. Alpha-Waymond percaya bahawa Evelyn, sebagai "kegagalan" terbesar di kalangan semua Evelyn dalam multialam, memiliki potensi terpendam yang diperlukan untuk mengalahkan Jobu. Gong Gong diambil alih oleh Alpha-Gong Gong, yang mengarahkan Evelyn untuk membunuh Joy bagi menghalang Jobu daripada menggunakan Joy untuk mengakses alam Evelyn. Evelyn enggan dan memutuskan untuk berhadapan dengan Jobu dengan memperoleh kuasa melalui lompat alam yang berulang. Alpha-Gong Gong, yakin bahawa minda Evelyn telah terjejas seperti Jobu, menghantar askar-askar mengejar Evelyn. Sementara mereka berlawan, Jobu menjejaki dan membunuh Alpha-Waymond di Alphavers. Apabila Jobu berhadapan dengan Evelyn di alamnya, minda Evelyn mula retak, menyebabkannya rebah.

Evelyn tidak terkawal melompat alam bersama Jobu merentasi banyak alam yang pelik dan pelbagai. Jobu mendedahkan bahawa dia tidak berniat untuk melawan, sebaliknya dia telah mencari seorang Evelyn yang dapat melihat, seperti dirinya, bahawa tiada apa yang penting. Dia memindahkan Evelyn ke Bagel Segalanya, menyatakan bahawa dia mahu menggunakannya untuk membenarkan dirinya dan Evelyn benar-benar mati. Setelah melihat ke dalam Bagel tersebut, Evelyn pada mulanya terpengaruh, dan bertindak secara kejam dan nihilistik di alam-alamnya yang lain, menyakiti orang di sekelilingnya.

Tepat ketika Evelyn memasuki Bagel bersama Jobu, dia berhenti sejenak untuk mendengar rayuan Waymond di alamnya supaya semua orang berhenti berkelahi dan sebaliknya mengamalkan kebaikan, walaupun kehidupan tidak masuk akal. Evelyn mendapat kesedaran eksistensialis dan memutuskan untuk mengikuti nasihat absurdis[9] dan kemanusiaan Waymond, menggunakan kuasa multialamnya untuk berjuang dengan empati[10] dan membawa kebahagiaan kepada orang di sekelilingnya. Dengan berbuat demikian, dia membaiki kerosakan yang dilakukannya di alam-alam lain dan meneutralkan Alpha-Gong Gong serta pejuang-pejuang Jobu. Di alam rumahnya, Evelyn berbaik semula dengan Waymond, menerima hubungan Joy dan Becky serta memberitahunya kepada Gong Gong, sementara Waymond meyakinkan Deirdre untuk membenarkan mereka menyemak semula cukai mereka. Jobu memutuskan untuk memasuki Bagel sendirian kerana, serentak di alam Evelyn, Joy merayu Evelyn untuk melepaskannya. Evelyn memberitahu Joy bahawa walaupun tiada apa yang masuk akal dan walaupun dia boleh berada di mana-mana sahaja dalam multialam, dia akan sentiasa mahu bersama Joy. Evelyn dan yang lain menyelamatkan Jobu dari Bagel, lalu Evelyn dan Joy berpelukan.

Beberapa ketika kemudian, dengan hubungan keluarga yang bertambah baik, mereka kembali ke bangunan IRS untuk memfailkan semula cukai mereka. Semasa Deirdre bercakap, perhatian Evelyn tertarik seketika kepada diri-diri alternatifnya, sebelum dia menenangkan diri kembali ke alam rumahnya.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]

Kutipan panggung

[sunting | sunting sumber]

Setakat September 14, 2022, Everything Everywhere All at Once telah mengumpul kutipan tiket sebanyak USD70 juta di Amerika Syarikat dan Kanada serta USD30.9 juta di kawasan edaran lain keseluruhannya berjumlah USD100.8 juta.[3][4]

Penerimaan kritis

[sunting | sunting sumber]

Laman penghimpunan ulasan filem Rotten Tomatoes memberikan peratusan sebulat kata filem ini sebanyak 95% berdasarkan 317 ulasan oleh para pengkritik dengan purata skor 8.6/10.[11] Metacritic yang menggunakan purata tertimbang memberi skor filem ini 81 dari 100 berdasarkan 54 ulasan kritis yang menunjukkan "pujian menyeluruh" (universal acclaim).[12] Penonton yang disurvei oleh PostTrak memberikan skor positif sebesar 89%, dengan 77% mengatakan mereka pasti akan merekomendasikannya.[13]

  1. ^ "Everything Everywhere All At Once". BBFC.co.uk. Cinema 140m 0s
  2. ^ Wiseman, Andreas (October 26, 2021). "A24 Launches Sales On Michelle Yeoh Sci-Fi Everything Everywhere All At Once — AFM". Deadline Hollywood. Dicapai pada April 2, 2022.
  3. ^ a b "Everything Everywhere All at Once". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada June 11, 2022.
  4. ^ a b "Everything Everywhere All at Once". The Numbers. Dicapai pada 15 September 2022.
  5. ^ Ruiz, Rebecca (March 13, 2023). "'Everything Everywhere All At Once' has the best take on mental health you never expected". Mashable. Ziff Davis. Dicapai pada 11 April 2023.
  6. ^ 费青雅 (2023). 存在主义视域下《瞬息全宇宙》的解读 [The Interpretation of Everything Everywhere All at Once from the Perspective of Existentialism]. 视听 (3): 62–65. doi:10.19395/j.cnki.1674-246x.2023.03.022. Dicapai pada 2025-04-29 – melalui CNKI.
  7. ^ 田苗 (2023). 荒诞与反抗——探析《瞬息全宇宙》的存在主义危机 [Absurdity and Rebellion: An Analysis of the Existential Crisis in Everything Everywhere All at Once]. 美与时代(下). Zhengzhou University (6): 119–121. doi:10.16129/j.cnki.mysdx.2023.06.023. Dicapai pada 2025-04-29.
  8. ^ Nicholson, Amy (March 24, 2022). "'Everything Everywhere All at Once' Review: A Maximal Take on the Absurd". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2022. Dicapai pada April 17, 2022.
  9. ^ Perry, Lauren (July 15, 2022). "Everything, Everywhere, Nihilism, and Absurdism, All At Once". MovieWeb. Dicapai pada 15 March 2023.
  10. ^ Smith, Barrett Edwards (February 4, 2023). "Fighting With Kindness: Is Empathy the Biggest New Movie Superpower?". Game Rant. Valnet Inc. Dicapai pada 4 April 2023.
  11. ^ "Everything Everywhere All at Once". Rotten Tomatoes. Fandango Media. Dicapai pada June 3, 2022.
  12. ^ "Everything Everywhere All at Once Reviews". Metacritic. Red Ventures. Dicapai pada June 3, 2022.
  13. ^ D'Alessandro, Anthony (April 10, 2022). "Sonic The Hedgehog 2 Beats Weekend Opening Of First Movie With $71M; What Ambulance Misfire Means For Action Pics Today – Sunday AM Box Office Update". Deadline Hollywood. Dicapai pada April 10, 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]