Evolusi KL Drift

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini tentang Evolusi KL Drift. Untuk kesinanbungan filem ini, sila lihat Evolusi KL Drift 2. Untuk siri televisyen yang menyusulinya, sila lihat Evolusi KL Drift: The Series.
Evolusi KL Drift
Evolusi KL Drift poster.jpg
Penerbit Yusof Haslam
Lakonan Syamsul Yusof
Farid Kamil
Aaron Aziz
Fasha Sandha
Diana Danielle
Syarikat produksi
Pengedar Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Mula ditayang
3 April 2008
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Perbelanjaan RM 1.63 juta ($504,887)
Pulangan kasar RM 3,901,000 ($1,211,087)

Evolusi KL Drift [1] merupakan sebuah filem cereka aksi Malayia yang ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 3 April 2008. Dibintangi oleh Syamsul Yusof, Farid Kamil, Aaron Aziz, Fasha Sandha dan Diana Danielle. Kesinambungan filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan pada 25 Mac 2010.

Filem ini merupakan arahan sulung Syamsul Yusof dan dikatakan telah dipengaruhi oleh filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Zack dan Sham adalah dua nama yang sinonim dengan istilah keakraban. Hubungan sebagai dua sahabat karib yang sama-sama berkongsi hobi dan minat dalam bidang perlumbaan kereta 'drift'.

Kelazimannya bidang perlumbaan kereta 'drift' didominasi oleh golongan maskulin tetapi ia tidak menghalang Tasha, teman wanita Zack untuk memecahkan monopili itu dan menjadikannya sebagai satu hobi yang dikira 'daring' dan agresif.

Rentetan daripada sejarah kehidupan Fasha yang telah mengakibatkan krisis identitinya mendorong Zack lebih bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha. Perjalanan kehidupan Fasha telah dikongkong bagi menghalangnya daripada bergaul semula dengan golongan yang pernah menjeremuskan Fasha ke lembah yang tidak sihat.

Dalam kesibukan melegakan pergolakan Zack dan Fasha, rupa-rupanya dalam diam dan tanpa disedari telah lahir bibit-bibit cinta dalam diri Sham terhadap Fasha. Namun perasan itu terpaksa diketepikan kerana tidak mahu merosakkan hubungan akrabnya dengan Zack.

Di sebalik kekalutan ini, Joe dan Karl merasa tercabar apabila kegiatan mereka dalam menjerumuskan anak-anak muda yang meminati bidang lumba kereta 'drift' ke alam yang mengkhayalkan dihalang oleh Zack dan rakan-rakannya.

Maka bagi menyelesaikan masalah yang timbul antara Zack dan Joe mereka telah membuat keputusan untuk berlumba kereta yabg dianggap sebagai satu ekspresi bagi melepaskan keegoan masing-masing.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Syamsul Yusof (kanan) dan Farid Kamil (kiri) memegang watak sebagai Zack dan Sham dalam filem ini. Syamsul Yusof (kanan) dan Farid Kamil (kiri) memegang watak sebagai Zack dan Sham dalam filem ini.
Syamsul Yusof (kanan) dan Farid Kamil (kiri) memegang watak sebagai Zack dan Sham dalam filem ini.

Sambungan[sunting | sunting sumber]

Sekuel filem ini, Evolusi KL Drift 2 telah ditayangkan di pawagam-pawagan di seluruh negara, termasuk Singapura dan Brunei pada 25 Mac 2010 dengan belanjawan yang sama 2.5 juta dan meraih kutipan hampir RM4 juta ringgit daripada pendahulunya.

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan 2012, Skop Productions telah mengumumkan akan menerbitkan drama adaptasi filem ini, bertajuk Evolusi KL Drift: The Series. Pada 7 September 2012, treler siri ini telah dimuatnaik di YouTube yang juga menyatakan tarikh keluaran. Ia disiarkan secara rasmi pada 4 Oktober 2012 di RTM TV2 dan menampilkan pelakon asal filem ini dengan penambahan pelakon baru.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-21 Anugerah Khas Juri: Keberkesanan aksi lasak di layar perak Syamsul Yusof Menang
Sinematografi Terbaik Raja Mukhriz Menang
Penataan Bunyi Terbaik Daud Sulaiman Dicalonkan
Poster Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Lelaki Syamsul Yusof Dicalonkan
Pengarah Harapan Terbaik Syamsul Yusof Dicalonkan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]