Evolusi mencapah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung cakar Darwin ialah contoh jelas dan terkenal bagi evolusi mencapah, yang dalamnya spesies leluhur menyebar kepada sebilangan spesies keturunan dengan trait-trait yang serupa dan berbeza.

Evolusi mencapah atau pemilihan mencapah ialah perkumpulan perbezaan antara populasi berkait rapat dalam sesuatu spesies, yang membawa kepada penspesiesan. Evolusi mencapah biasanya terlihat apabila dua populasi menjadi terpisah kerana sawar geografi (seperti dalam penspesiesan alopatri atau penspesiesan peripatri) dan mengalami tekanan-tekanan terpilih yang memacu adaptasi terhadap persekitaran baharu. Selepas banyak generasi dan evolusi berterusan, populasi-populasi berkenaan tidak mampu saling membiak lagi dengan satu sama lain.[1] Ahli alamiah Amerika Syarikat, J. T. Gulick (1832–1923) merupakan yang pertama untuk menggunakan istilah "evolusi mencapah",[2] yang penggunaannya menjadi meluas dalam kesusasteraan evolusi moden. Contoh klasik bagi pencapahan dalam alam semula jadi ialah penyesuaian menyebar bagi burung cakar Darwin di Galapagos atau perbezaan warna pada populasi-populasi bagi spesies yang tinggal di habitat berlainan seperti mencit saku dan cicak pagar.[3]

Istilah ini juga dapat digunakan dalam evolusi molekul, seperti terhadap protein yang terbit daripada gen-gen homolog. Kedua-dua gen ortolog (hasil daripada peristiwa penspesiesan) dan gen paralog (hasil daripada penduaan gen) dapat menggambarkan evolusi mencapah. Melalui penduaan gen, ada kemungkinan bahawa evolusi mencapah dapat berlaku antara dua gen dalam sesuatu spesies. Keserupaan antara spesies yang telah mencapah disebabkan oleh asal usul bersamanya, maka keserupaan demikian ialah homologi. Sebaliknya, evolusi menumpu bangkit apabila adaptasi telah bangkit secara berasingan, lalu mewujudkan struktur beranalog seperti sayap pada burung dan pada serangga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sympatric speciation" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Februari 2016.
  2. ^ penerbitan capaian tertutup - di belakang sekatan berbayar Gulick, John T. (September 1888). "Divergent Evolution through Cumulative Segregation". Journal of the Linnean Society of London, Zoology (dalam bahasa Inggeris). 20 (120): 189–274. doi:10.1111/j.1096-3642.1888.tb01445.x. Dicapai pada 26 September 2011. (langganan diperlukan)
  3. ^ Carl T. Bergstrom and Lee Alan Dugatkin (2016), Evolution (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2), New York: W. W. Norton & Company, m/s. 127, ISBN 9780393937930

Lihat juga[sunting | sunting sumber]