Explorchestra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Explorchestra Universiti Binghamton ialah kumpulan muzik penggubah di Universiti Binghamton di Binghamton, New York. Kumpulan muzik ini mempersembahkan muzik karya asli secara eksklusif.[1]

Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh James Mayr, Maxim Pekarsky dan Manar Alherech, Explorchestra sudah mempamerkan lebih daripada 75 hasil kerja daripada penggubah universiti dan jemputan. Kumpulan ini berdedikasi mempromosi muzik baru dalam semua genre oleh penggubah dengan latar belakang tradisi dan berbagai-bagai. Explorchestra mempersembahkan muzik klasikal kontemporari, muzik filem asli, muzik permainan video, serta hasil baru dalam jazz, rock simfoni, muzik tradisional, karya pancaragam dan banyak lagi gaya.

Semua ahli Explorchestra berpeluang menghantar, dan jika mereka berminat, menjadi konduktor untuk memimpin hasil kerja baru. Disebabkan oleh kepelbagaian yang sedia ada, kumpulan muzik ini memberi peluang kepada ahli untuk mempelajari banyak aspek orkestra moden, seperti pengkonduktoran, penyusunan muzik, penghasilan audio, pengurusan kesenian, kebajikan dan pemasaran.

Sebagai pertubuhan yang semakin penting dalam kalangan masyarakat kesenian Broome County, Explorchestra bekerjasama dengan Orkestra Filharmonik Binghamton untuk menawarkan Pertandingan Penggubah yang pertama pada tahun 2011. Kumpulan ini sering bekerjasama dengan pekerja setempat dan pertubuhan kampus untuk menyokong kesenian, kesukanan dan pertunjukan fesyen serta kegiatan kebajikan seperti Pertubuhan St. Baldrick, Amnesty Antarabangsa, banjir Kawasan Binghamton 2011, dan Jump Nation.

Explorchestra mempunyai 7 orang ahli jawatankuasa: Presiden, naib presiden, setiausaha, pustakawan muzik, ketua perhubungan awam, pakar teknologi muzik dan juruvideo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Binghamton University Explorchestra". 2013-09-28. Dicapai pada 2013-09-28.[2013]