Eyalet Bosnia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eyalet-i Bosna
Eyalet Bosnia
Eyalet di Empayar Uthmaniyyah

1580–1867
 

Location of Eyalet Bosnia
Eyalet Bosnia pada tahun 1683
Ibu negara Bosna-Saray (now Sarajevo)
(1520–1553)
Banja Luka
(1553–1639)
Bosna-Saray (now Sarajevo)
(1639–1699)
Travnik
(1699–1832)
Sejarah
 - Diasaskan 1580
 - Dibubarkan 1867
Luas
 - 1856[2] 70,038 km2 (27,042 batu2)
Populasi
 - 1732[1] 340,000 
 - 1787[1] 600,000 
Kini sebahagian daripada  Bosnia dan Herzegovina
 Croatia
 Serbia
 Montenegro

Eyalet Bosnia[3] (Bahasa Turki Uthmaniyyah: [Eyalet-i Bosna] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan),[1] Bahasa Bosnia: [Bosanski pašaluk] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) atau Bosnia Beylerbeylik (Bahasa Turki: Bosna Beylerbeyliği, Bahasa Bosnia: [Bosanski beglerbegluk] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah sebuah eyalet (juga dikenali sebagai sebuah beylerbeylik) dalam empayar Uthmaniyyah, kebanyakan berdasarkan wilayah yang kini berada dalam negara Bosnia dan Herzegovina. Sebelum Perang Turki Agung, ia juga terdiri daripada kebanyakan kawasan di Slavonia, Lika, dan Dalmatia yang kini berada dalam negara Croatia. Berdasarkan laporan, luas kawasannya pada kurun ke-19 adalah 20,281 batu persegi (52,530 km2).[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selepas Raja Stephen Tomašević dihukum mati pada tahun 1463, bahagian tengah Kerajaan Beraja Bosnia ditukarkan menjadi sanjak Bosnia. Duchy Herzegovina kemudian dimasukan pada tahun 1483.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Eyalet Bosnia pada tahun 1609

Pada tahun 1580, Ferhad Pasha Sokolović menjadi gabenor pertama di Eyalet Bosnia, sebagai seorang beylerbey (juga dirujuk sebagai "pasha").[5] Eyalet Bosnia (atau Pashaluk) terdiri daripada Sanjak Bosnia (wilayah tengah), Sanjak Herzegovina, Sanjak Vučitrn, Sanjak Prizren, Sanjak Klis, Sanjak Krka, dan Sanjak Pakrac.[5]

Kempen peperangan Uthmaniyyah di Eropah berlangsung sepanjang tempoh ini, dan wilayah ini mencapai kemuncaknya pada tahun 1683.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Perang Turki Agung yang berakhir dengan kekalahan Uthmaniyyah pada tahun 1699 membawa kemorosotan besar di wilayah Eyalet ini. Selepas Perjanjian Karlowitz, wilayah ini dipecahkan menjadi empat buah sanjak (tiga daripadanya juga berkurang dari segi saiz) dan dua belas kekaptenan. Sebelum Perjanjian Passarowitz, 28 buah kekaptenan ketenteraan diasaskan, lebih separuh daripadanya berada di sepanjang perbatasan. Pentadbiran ketenteraan seperti ini berdasarkan Perbatasan Ketenteraan Austria di sebelah sempadan yang bertentangan. Pada tahun 1703, kedudukan pasha dipindahkan daripada Sarajevo ke Travnik, di sebabkan Sarajevo telah musnah dalam kebakaran semasa perang; dan tidak dipindahkan semula sehingga tahun 1850.[6]

Pemberontakan Bosnia[sunting | sunting sumber]

Husein Gradaščević diistiharkan sebagai seorang gabenor bagi Eyalet Bosnia pada tahun 1831 dan memberontak menentang Uthmaniyyah untuk mendapatkan kemerdekaan Bosnia.
Rencana utama: Pemberontakan Bosnia

Pada permulaan kurun ke-19, Bosnia merupakan salah sebuah daripada wilayah yang kurang membangun dan memiliki lebih banyak kuasa autonomi dalam empayar Uthmaniyyah.[7] Pada tahun 1831, kapudan Bosnian Husein Gradaščević menduduki Travnik, menuntut autonomi dan penamatan pembaharuan ketenteraan di Bosnia.[1] Akhirnya, dengan menggunakan permusuhan antara para bey dan kapudan, wizurai besar berjaya menggagalkan tentera Herzegovinia yang mana diketuai oleh Ali-paša Rizvanbegović, daripada Gradaščević’s.[1] Pemberontakan ini dihapuskan dan pada tahun 1833, sebuah eyalet Herzegovina baru diasaskan di bahagian selatan eyalet Bosnia dan dianugerahkan kepada Ali-paša Rizvanbegović sebagai imbuhan atas sumbangan beliau menghancurkan pemberontakan ini.[1] Entiti baru ini hanya bertahan selama beberapa tahun: selepas kematian Rizvanbegović, ia dimasukan semula ke dalam Eyalet Bosnia.

Ia merupakan wilayah pertama Uthmaniyyah yang menjadi sebuah vilayet selepas pembaharuan pentadbiran pada tahun 1865, dan menjelang tahun 1867 ia direformasikan ke dalam Vilayet Bosnia.[8]

Gabenor[sunting | sunting sumber]

Ibu negara[sunting | sunting sumber]

Ibu negara Eyalet Bosnia bertukar beberapa kali:

Divisyen pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Divisyen pentadbiran di eyalet Bosnia sebelum tahun 1699 adalah seperti berikut:[14]
  1. Sanjak Bosnia (Paşa Sancaığı, Sarajevo)
  2. Sanjak Herzegovina (Hersek Sancağı, Mostar)
  3. Sanjak Zvornik (İzvornik Sancağı, Zvornik)
  4. Sanjak Krka-Lika (Kırka Sancağı, Krka-Lika)
  5. Sanjak Klis (Kilis Sancağı, Klis)
  6. Pakrac-Cernica (Zaçesne Ocaklılığı, Cernik)
  7. Sanjak Bihke (Bihke Sancağı, Bihać)
Pada permulaan kurun ke-19, Bosnia terdiri daripada 7 buah sanjak:[7]
  1. Sanjak Sarajevo
  2. Sanjak Zvornik
  3. Sanjak Travnik
  4. Sanjak Bihać
  5. Sanjak Novi Pazar
  6. Sanjak Banja Luka
  7. Sanjak Herzegovina

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Encyclopedia of the Ottoman Empire di Buku Google By Gábor Ágoston, Bruce Alan Masters
  2. ^ Lippincott's Pronouncing Gazetteer: A Complete Pronouncing Gazetteer Or ... 1856. m/s. 1968. 
  3. ^ The English Cyclopaedia: Geography By Charles Knight
  4. ^ The Popular encyclopedia: or, conversations lexicon, Volume 6 di Buku Google
  5. ^ a b Istorisko društvo Bosne i Hercegovine (1952). Godišnjak. 4. ... босанског ејалета именован је Ферхад-паша Соколовић (1580 — 1588) који је дотле био санџак-бег босански (1574 — 1580). Поред босанског санмака под власт босанског беглербега подвргнуто је још девет санџака који су дотле били у саставу румелиског или будим- ског ејалета. Уз босански санџак који је сада постао централна облает босанског пашалука овоме су ејалету одмах припојени сан- џаци: херцеговачки, вучитрнски, призренски, клишки, крчки и па- крачки, који су тада били издвојени из румелиског ејатета, и зворнички и пожешки, који су били издвсјени избудмскогејалета.Тако се босански беглербеглук, ејалет или пашалук у почетку свога оп- стојања састојао од десет санџака. 
  6. ^ Territorial proposals for the settlement of the war in Bosnia-Hercegovina di Buku Google By Mladen Klemenčić
  7. ^ a b Religious separation and political intolerance in Bosnia-Herzegovina di Buku Google By Mitja Velikonja
  8. ^ Almanach de Gotha: annuaire généalogique, diplomatique et statistique. J. Perthes. 1867. m/s. 827–829. Dicapai 2013-06-01. 
  9. ^ Muharem Bazdulj (2002-03-01). "Travnik, poligon historije - Nimalo slučajan grad". BH Dani (dalam bahasa Bosnian). Dicapai 2010-08-10. 
  10. ^ http://www.worldstatesmen.org/Bosnia.html
  11. ^ Zlatko Lukić. "Boj pod Banjalukom (1737.)" (dalam bahasa Bosnian). Dicapai 2010-08-10. 
  12. ^ Ahmed Aličić Uređenje bosanskog ejaleta od 1789. do 1878., Orijentalni Institut u Sarajevu, Sarajevo, 1983, p 35.
  13. ^ Šabanović, H. Bosanski pašaluk, ND BiH, Sarajevo, 1959.
  14. ^ Orhan Kılıç, XVII. Yüzyılın İlk Yarısında Osmanlı Devleti'nin Eyalet ve Sancak Teşkilatlanması, Osmanlı, Cilt 6: Teşkilât, Yeni Türkiye Yayınları, Ankara, 1999, ISBN 975-6782-09-9, p. 91. (Turki)

Sumber[sunting | sunting sumber]