Ezra Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ezra Kong
Nama lahirEzra Kong Yi Jia
Kelahiran1988 (umur 35–36),
Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenggubah lagu, penulis lirik, penerbit rakaman
Tahun aktif2014–kini
Pengkarya berkait
Hael Husaini

Ezra Kong ialah seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau paling dikenali melalui kerjasamanya bersama penyanyi Hael Husaini dengan menggubah dan menulis lagu untuk pelbagai artis termasuk Hael sendiri, Faizal Tahir, Ayda Jebat, Nabila Razali, Elizabeth Tan, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.[1][2][3][4] Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda Psikologi di Universiti John Moores, Liverpool, England.[5]

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, Selangor, pada tahun 1988 dengan nama Ezra Kong Yi Jia. Ezra memulakan kerjaya awalnya dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen, kemudian bekerja di bahagian Sumber Manusia di kilang sarung tangan.[5] Beliau memulakan kerjaya sebagai komposer pada 2014 apabila Mike Chan dan Audi Mok menawarkannya peluang untuk menghasilkan lagu untuk Faizal Tahir, "Assalamualaikum" sekaligus menjadikan Ezra antara komposer muda yang meningkat naik.

Diskografi penerbitan[sunting | sunting sumber]

Sebagai komposer[sunting | sunting sumber]

Sebagai penerbit[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kami masih bekerjasama: Ezra Kong". Harian Metro. 13 Ogos 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (12 Ogos 2020). "Ezra Kong tiada masalah dengan Hael Husaini". Harian Metro. Dicapai pada 26 September 2020.
  3. ^ Kenneth Chaw (28 Jun 2019). "Ezra Kong used to work in HR, now writes songs for Siti Nurhaliza". The Star Online. Dicapai pada 26 September 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (30 Mei 2019). "Ezra Kong takut dikecam". Berita Harian. Dicapai pada 26 September 2020.
  5. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (21 November 2018). "Assalamualaikum buka peluang Ezra Kong dalam arena muzik Melayu". mStar Online. Dicapai pada 26 September 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]