F-86 Sabre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
F-86 Sabre
North American F86-01.JPG
Pesawat North American F-86 semasa di Pameran Udara Oshkosh
Peranan Pesawat pejuang
Pengeluar North American Aviation
Penerbangan sulung 1 Oktober 1947
Diperkenalkan 1949, Tentera Udara Amerika Syarikat
Dihentikan 1994, Bolivia
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun
Tentera Udara Sepanyol
Tentera Udara Republik Korea
Jumlah dibina 9,860 buah
Kos seunit AS$ 219,457 (F-86E)[1]
Dibangunkan dari FJ-1 Fury
Kelainan F-86D Sabre
Canadair Sabre
CAC Sabre
FJ-2/3/4 Fury
North American YF-93

North American Aviation F-86 Sabre (kadang kala dipanggil Sabrejet) adalah sebuah pesawat pejuang berkelajuan transonik. Sabre sangat dikenali disebabkan peranan yang dimainkannya dalam Perang Korea dalam menentang pesawat buatan Soviet iaitu MiG-15 dengan menguasai ruang udara Korea. Walaupun dibangunkan pada lewat 1940-an dan ketinggalan zaman semasa akhir tahun 1950-an, Sabre telah membuktikan keupayaannya dan terus digunakan sebagai pesawat pejuang garis hadapan di dalam tentera udara sehingga pesawat terakhir dihentikan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Bolivia pada 1994.

Pesawat ini telah dikeluarkan sebanyak lebih daripada 7,800 buah di antara tahun 1949 hingga 1956, di Amerika Syarikat, Jepun dan Itali. Ia merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan, dengan jumlah pengeluaran bagi kesemua kelainan mencapai 9,860 buah.

Pesawat-pesawat kelainan telah dibina Kanada dan Australia. Pesawat Canadair Sabre sahaja berjumlah 1,815 buah, dan pesawat yang direka semula iaitu CAC Sabre (kadang kala dikenali sebagai Avon Sabre atau CAC CA-27), telah dikeluarkan sebanyak 112 buah.

Spesifikasi (F-86F-40-NA)[sunting | sunting sumber]

Orthographically projected diagram of the F-86 Sabre.

Data dari The North American Sabre[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 37 kaki 1 in (11.4 m)
  • Rentang sayap: 37 kaki (11.3 m)
  • Tinggi: 14 kaki 1 in (4.5 m)
  • Sayap luas: 313.4 kaki² (29.11 m²)
  • Berat kosong: 11,125 lb (5,046 kg)
  • Berat berisi: 15,198 lb (6,894 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 18,152 lb (8,234 kg)
  • Loji kuasa:General Electric J47-GE-27 turbojet, 5,910 lbf (tujahan maksimum 7.950 rpm untuk 5 minit) (26.3 kN)
  • Muatan bahan api Muatan bahan api dalaman: 437 gelen (1,650 liter), Tangki jatuhan: 2 x 200 gelen (756 liter) bahan api JP-4
  • Beban sayap dalam misi asas: 58 lb/kaki²
  • Pekali seretan angkatan-kosong: 0.0132
  • Luas kawasan seretan: 3.8 kaki² (0.35 m²)
  • Kadar aspek: 4.78

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 687 bsj pada aras laut dengan beban tempur 14,212 lb (6,447 kg)
    juga dilaporkan 678 bsj dan 599 bsj pada aras 35000 kaki dengan beban tempur 15,352 Ib (6,960 kg). (597 knot, 1,105 km/j pada 6446 m, 1,091 dan 964 km/j pada 6,960 m.)
  • Jarak: 1,525 batu, (1,753 batu nautika, 2,454 km)
  • Lelangit khidmat 49,600 kaki dengan beban tempur (15,100 m)
  • Kadar kenaikan: 8,100 kaki/min di aras laut (41 m/s)
  • Tujahan/berat: 0.38
  • Kelajuan pegun (kuasa ditutup): 124 bsj (108 knot, 200 km/j)
  • Olengan pendaratan di tanah: 2,330 kaki, (710 m)
  • Kadar angkatan-kepada-seretan: 15.1
  • Masa mencapai altitud: 5.2 minit (bersih) hingga 30,000 kaki (9,100 m)

Persenjataan

  • Meriam:0.50 in (12.7 mm) mesingan Browning M2 (1,602 butir peluru)
  • Roket: pelbagai jenis pelancar roket; contoh: 2× pod roket Matra dengan 18× 68 mm roket SNEB setiap satu
  • Peluru berpandu:AIM-9 Sidewinder
  • Bom: 5,300 lb (2,400 kg) muatan di 4 tenggekan, bom biasanya dipasang di 2 pilon luar sementara 2 pilon di dalam di pasang dengan 2× 200 gelen tangki jatuhan bagi menambah jarak pesawat Sabre. Pilihan luas bagi jenis bom yang boleh dibawa (konfigurasi beban maksimum adalah 2x 1,000 lb bom bersama-sama 2x tangki jatuhan), kanister bom napalm dan satu senjata nuklear taktikal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Knaack 1978
  2. Wagner 1963, ms. 145.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]