FC Crotone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari F.C. Crotone)
F.C. Crotone
Fail:FC Crotone Logo.png
Nama penuhFootball Club Crotone
GelaranI Pitagorici (The Pythagoreans)
Gli Squali (The Sharks)
I Rossoblu (The Red and Blues)
Diasaskan1910; 113 tahun yang lalu (1910)
StadiumEzio Scida
(Kapasiti: 16,547)
PengerusiGianni Vrenna[1]
PengurusWalter Zenga
LigaSerie A
2016-17Serie A, ke-17
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Football Club Crotone merupakan sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Crotone, Calabria. Kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1910 dan beraksi di gelanggang Stadio Ezio Scida, yang memuatkan 16,547 tempat duduk. Crotone saat ini beraksi di Serie A selepas layak dari Serie B pada 2016.

Warna-warna kelab ini ialah warna biru gelap dan merah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Milone Crotone telah ditubuhkan pada tahun 1910 dan mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan liga kecil termasuklah Prima Divisione (kemudian dikenali sebagai Serie C). Selepas Perang Dunia Kedua tamat, sebuah kelab baru, Unione Sportiva Crotone menggantikan kelab lama dan beraksi selama tujuh musim di Serie C.

Pada tahun 1963, kelab ini disingkirkan ke Serie D tetapi kembali ke divisyen ketiga pada tahun seterusnya. Mereka kekal selama 14 musim berturut-turut. Pada tahun 1977, mereka terlepas kelayakan ke divisyen kedua apabila menamatkan saingan di tangga ketiga di belakang Bari dan Paganese. Pada tahun 1978 iaitu selepas penyusunan semula sistem liga bola sepak Itali, Crotone disingkirkan ke Serie C2 dan pada tahun berikutnya, kelab ini mengisytiharkan bankrup. Sebuah kelab baru, Associazione Sportiva Crotone mula bersaing tetapi dari Prima Categoria (divisyen kelapan).

Crotone layak ke Serie C2 pada 1984–85 tetapi untuk hanya satu musim. Nama kelab ini turut berubah kepada Kroton Calcio dan mereka layak sekali lagi ke Serie C2 selepas musim 1986–87. Kelab ini beraksi di divisyen tersebut hingga 1991. Kelab ini menghadapi kebankrapan kedua dalam sejarahnya sekali gus menjurus kepada penubuhan Football Club Crotone Calcio dan Raffaele Vrenna sebagai pengerusi kelab. Mereka bersaing bermula di Promozione (divisyen ketujuh). Tuah memihak kepada Crotone apabila merekea layak ke Serie C2 dan C1 selepas memenangi perlawanan play-off menentang Locri dan Benevento.

Di bawah kendalian Antonello Cuccureddu, Crotone melangkah ke Serie B buat pertama kali pada tahun 2000. Namun, mereka tidak bertahan lama namun kembali ke divisyen kedua tersebut dua musim kemudian. Pada tahun 2004, selepas tewas kepada Viterbese dalam perlawanan kelayakan ke Serie A, mereka kekal beraksi di Serie B hingga musim 2006-07.

Crotone layak ke divisyen teratas Itali, Serie A buat pertama kali dalam sejarahnya pada musim 2016-17.[2] Mereka menamatkan musim pertamanya di carta ke-17 liga sekali gus kekal dalam saingan buat musim depan selepas menewaskan Lazio 3–1 pada hari terakhir musim sementara Empoli tewas kepada Palermo dalam perlawanan terakhirnya.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 6 September 2017.[3]
No. Posisi Pemain
1 Itali GK Alex Cordaz (Kapten)
3 Itali GK Marco Festa
5 Romania MF Adrian Stoian
6 Sweden MF Marcus Rohdén
7 Itali DF Federico Ceccherini
8 Venezuela MF Aristóteles Romero
9 Itali FW Andrea Nalini
10 Itali MF Andrea Barberis
11 Jerman MF Oliver Kragl
13 Argentina MF Mariano Izco
14 Bosnia dan Herzegovina MF Ćazim Suljić
17 Croatia FW Ante Budimir (dipinjam dari Sampdoria)
20 Bosnia dan Herzegovina DF Daniel Pavlović
21 Itali DF Giuseppe Cuomo
No. Posisi Pemain
24 Bulgaria MF Aleksandar Tonev
29 Itali FW Marcello Trotta (dipinjam dari Sassuolo)
31 Itali DF Mario Sampirisi
32 Itali FW Marco Tumminello (dipinjam dari Roma)
34 Republik Czech DF Stefan Simić (dipinjam dari Milan)
37 Itali DF Davide Faraoni
38 Itali MF Rolando Mandragora (dipinjam dari Juventus)
44 Uruguay DF Leandro Cabrera
47 Slovenia MF Andrej Kotnik
78 Itali GK Aniello Viscovo
87 Itali MF Bruno Martella
89 Itali MF Giovanni Crociata
93 Albania DF Arlind Ajeti (dipinjam dari Torino)
99 Nigeria FW Simy

Pemain dipinjam[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
Itali DF Luca Bruno (di Pro Vercelli sehingga 30 Jun 2018)
Itali DF Mirko Esposito (di Catania sehingga 30 Jun 2018)
Itali DF Manuel Nicoletti (di Catanzaro sehingga 30 Jun 2018)
No. Posisi Pemain
Itali MF Marco Firenze (di Pro Vercelli sehingga 30 Jun 2018)
Itali FW Andrea Tripicchio (di Casertana sehingga 30 Jun 2018)

Pengurus[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Società" (dalam bahasa Italian). F.C. Crotone. Dicapai pada 25 September 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Crotone promoted to Serie A for first time in their history". espnfc.com. 29 April 2016. Dicapai pada 1 May 2016.
  3. ^ La rosa del F.C. Crotone Prima squadra

Pautan luar[sunting | sunting sumber]