FBS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
FBS logo

FBS ialah sebuah broker tukaran matawang asing, logam berharga, saham, dan CFD yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan copytrading di lebih 190 negara

Tentang[sunting | sunting sumber]

FBS beroperasi di seluruh dunia dengan majoriti pelanggannya berada di Asia Tenggara, Asia Timur, Timur Tengah, Amerika Latin, dan Eropah.

Selain dari perkhidmatan perbrokeran, syarikat ini menyediakan khidmat pendidikan seperti seminar-seminar luar talian, webinar, dan analisis pasaran, dan menganjurkan kempen-kempen kebajikan untuk meraih dana bagi golongan yang memerlukan di wilayah-wilayah di mana mereka beroperasi. Pada tahun 2019, syarikat ini telah mengumpulkan lebih dari $240,000 untuk tujuan kebajikan menerusi promo tahunan "Ramadan" yang mereka anjurkan di negara-negara Islam sepanjang bulan Ramadan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009. Sejak dari itu taburan geografi pelanggannya telah menyebar ke lebih 190 buah negara menerusi pemasaran dan usaha berterusan menambah serta mempertingkatkan set alat bantuan perdagangannya. Pada tahun 2019, FBS jumlah pelanggannya telah mencapai 14 juta orang pengguna.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

FBS menyediakan perkhidmatan perdagangan untuk pasangan matawang, logam berharga, indeks DAX30, NASDAQ, S&P500, dan saham syarikat dari Amerika Syarikat.

Perlesenan[sunting | sunting sumber]

Untuk memenuhi syarat kawal selia di pelbagai wilayah, servis antarabangsa FBS beroperasi di bawah lesen IFSC #IFSC/60/230/TS/18, manakala servis-servis FBS di Eropah dikawal selia oleh CySEC di bawah lesen #331/17. Sebagai syarikat perbrokeran Eropah, FBS mematuhi Perintah Pasaran Instrumen Kewangan (MIFID, Markets in Financial Instruments Directive) yang menyediakan kawalan selia untuk servis-servis pelaburan di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA, uropean Economic Area).

Perdagangan bergerak[sunting | sunting sumber]

FBS membangunkan sebilangan aplikasi peranti mudah alih untuk perdagangan. Aplikasi FBS CopyTrade menampilkan peluang perdagangan sosial di peranti mudah alih yang membolehkan masyarakat awam meniru urusniaga pedagang-pedagang profesional, dan membolehkan pedagang mendedahkan urusniaga mereka untuk ditiru oleh awam bagi mendapatkan komisen sebagai imbal balas. Syarikat ini juga telah membangunkan platform perdagangan bernama FBS Trader buatan mereka sendiri yang menampilkan fitur-fitur perdagangan yang utama, serta panel kawalan pengguna (laman peribadi) versi aplikasi peranti pintar bernama FBS Mobile Personal Area.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2010, FBS telah menerima pengiktirafan antarabangsa untuk kali yang pertama dan sehingga 2019 telah memenangi banyak anugerah dalam pelbagai kategori.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]