Felda Jengka 25

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FELDA Jengka 25)

FELDA Jengka 25 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.Ia merupakan sebuah penempatan seramai 152 keluarga peneroka. Tahun pembangunan 1983/1984 dan penempatan bermula dengan kemasukan peneroka pada 1986. Kawasan ladang terbahagi kepada 2 peringkat yang mempunyai peneroka iaitu Peringkat 002 seramai 95 orang dan Peringkat 004 seramai 57 orang. Ladang Peringkat 003 tidak mempunyai peneroka, kawasan seluas 214.29 Hektar ini diurus oleh FELDA.

Jengka 25 terletak dalam 3 daerah iaitu Jerantut, Maran dan Temerloh. Kawasan perkampongan berada dalam daerah Maran dan sebahagian besar ladang berada dalam daerah Temerloh, baki kawasan ladang berada dalam daerah Jerantut.

Pentadbiran Komuniti Jengka 25 diurus oleh JKKR (Jawatankuasa Kemajuan Rancangan).