Felda Kemboja Jengka 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FELDA Kemboja Jengka 4)
FELDA Kemboja Jengka 4
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 3°39′39″N 102°38′46″E / 3.6608°N 102.6460°E / 3.6608; 102.6460Koordinat: 3°39′39″N 102°38′46″E / 3.6608°N 102.6460°E / 3.6608; 102.6460
NegaraMalaysia
NegeriPahang
DaerahMaran
MukimChenor
Kawasan parlimenMaran
Kawasan negeriKuala Sentul
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Daerah Maran
 • PengurusNazri Bin Romli
Aras
83 m (272 ft)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tiada)
Poskod
26400
Kod kawasan+604
Plat pendaftaran kenderaanC

FELDA Kemboja Jengka 4 (Jawi: فيلدا کمبوجا جڠک امڤت) , FELDA Jengka 4 atau Kemajuan Tanah Kemboja Jengka 4 merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di tengah Daerah Maran, salah satu daerah di Pahang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Jengka dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Chenor. Ia terletak kira-kira 120 kilometer (74.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Jengka 4 ialah 26400 Bandar Pusat Jengka.[3]

Geografi[sunting | sunting sumber]

FELDA Jengka 4 terletak di bahagian tengah negeri Pahang, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu 83 meter (272.3 ka).[1] Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 335 ekar (135.6 he).[4] FELDA Kemboja Jengka 4 berjiran dengan petempatan lain seperti Kampung Jara di bahagian timur laut, FELDA Jengka 5 di bahagian tenggara, FELDA Jengka 6 dan Jengka 7 di bahagian barat daya serta FELDA Jengka 3 di barat laut.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

FELDA Jengka 4 terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Jengka. Secara pentadbiran, FELDA Jengka 4 terletak dalam Mukim Chenor di bahagian tengah.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Jengka 4 terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Maran manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang, ia terletak dibawah kawasan Kuala Sentul.[5]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

FELDA Jengka 4 dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 62 (Jalan Bandar Pusat Jengka), melalui simpang utama FELDA Jengka 4.[3][4] Jarak FELDA Jengka 4 ke pusat bandar iaitu Bandar Pusat Jengka ialah sepanjang 20.83 kilometer (12.9 bt) dengan masa selama 22 minit.[a][6] Manakala jarak FELDA Jengka 4 ke ibu negeri Pahang iaitu Kuantan ialah sejauh 107.17 kilometer (66.6 bt) dan mengambil masa selama sejam 19 minit memandu kereta.[b][6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Jengka 4 termasuklah;[6]

  1. Sekolah Kebangsaan (Felda) Jengka 4
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6
  3. Sekolah Agama Rakyat Felda Jengka 4
  4. Klinik Desa Jengka 4
  5. Masjid Felda Jengka 4
  6. Pusat Internet 1Malaysia

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Diukur dari simpang masuk utama FELDA Jengka 4 ke simpang Lintasan Semarak, Bandar Pusat Jengka
  2. ^ Diukur dari simpang masuk utama FELDA Jengka 4 ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kemajuan Tanah Kemboja Jengka Empat, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
  3. ^ a b "JPKK Daerah Bera". Portal Rasmi Pejabat Daerah & Tanah Bera. Dicapai pada 23 April 2023.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
  6. ^ a b c "Felda Sebertak, Pahang – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.