Felda Seri Pagi Jengka 17

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FELDA Seri Pagi Jengka 17)

FELDA Seri Pagi Jengka 17 merupakan sebuah kampung (FELDA) yang terletak di Bandar Jengka, Pahang.

Felda Jengka 17 atau juga dikenali sebagai "Felda Seri Pagi". Ia terletak di dalam daerah Maran dalam zon Jengka. Jaraknya daripada Bandar Jengka adalah lebih kurang 15 km. Jengka 17 terbahagi kepada 3 blok (blok A, blok B, blok C). Jengka 17 menempatkan 409 keluarga peneroka.

Felda Jengka 17 telah dibuka pada tahun 1977. Kegiatan ekonomi utama sudah tentulah perladangan kelapa sawit yang dimiliki oleh peneroka Felda. Selain itu, penduduk juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi lain seperti penternakan lembu secara feedlot, penternakan ayam pedaging dan penternakan kambing. Aktiviti perniagaan juga agak rancak dengan penglibatan masyarakat peneroka yang membuka kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai memperbaiki barangan elektrik, bengkel kenderaan dan kedai gunting.

Dua syarikat utama yang terdapat di Jengka 17 ialah Koperasi Serbaguna Felda Sri Pagi Jengka 17 Berhad dan Prima Murni Intercity Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh warga Jengka 17.

Antara kemudahan awam yang terdapat di Jengka 17 ialah SK Jengka 17, Sekolah Agama Nurun-Najjah, Masjid Ar-Rahmaniah, Tabika KEMAS, balairaya, padang awam dan surau-surau. Jengka 17 terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau dan DUN Jengka.

Antara perusahaan terkenal yang terdapat di Jengka 17 adalah Seri Pagi Maju Jaya (milik Ahmad Husairi Misran), Mat Ali Enterprise (kedai runcit), Dataran Niaga Jengka 17 dan Chalet Hikmah.