FELDA Sungai Kelamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
FELDA Sungai Kelamah
Tanah rancangan
FELDA logo.svg
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahNegeri Sembilan Daerah Tampin
MukimNegeri Sembilan Mukim Gemas
Dibuka1965
Kerajaan
 • Menteri BesarAminuddin Harun (PH-PKR)
 • Ahli Dewan Undangan NegeriAbdul Razak Said (BN-UMNO)
Poskod
73400 Gemas

FELDA Sungai Kelamah merupakan salah satu kawasan tanah rancangan di Sungai Kelamah, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak di bawah FELDA Wilayah Raja Alias. Ia mula dibangunkan sekitar tahun 1965. Kawasan FELDA Sungai Kelamah terletak dalam daerah Tampin dan terletak dalam kawasan DUN Gemas.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Penubuhan FELDA ini adalah untuk menangani masalah petempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru agar dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka. Seramai 403 keluarga telah dipanggil untuk menyertai tanah rancangan ini. Mereka dipilih adalah dalam kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.

Felda Sungai Kelamah mula ditubuhkan pada tahun 1965 yang menempatkan seramai 403 orang peneroka. Keluasan kawasan Felda ini ialah 29.92 hektar manakala keluasan kawasan tanaman getah seluas 1592.55 hektar . kebanyakkan peneroka yang terpilih untuk menyertai tanah rancangan FELDA Sungai Kelamah berasal dari Negeri Sembilan sebanyak 90% dan selebihnya berasal dari Melaka dan Johor. Kelapa sawit dan getah merupakan sumber utama pendapatan golongan peneroka disini.

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Banyak perkembangan dan kemajuan FELDA Sungai Kelamah telah dicapai antaranya perniagaan D'Mart, kawasan perumahan bertambah, pembinaan masjid baharu, Pusat Literasi Keluarga (PLK), Skim Tuisyen Felda, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Sungai Kelamah dan lain-lain lagi.

Pemberhentian masukan peneroka[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990 pengambilan peneroka tidak lagi dilaksanakan kerana telah banyak kawasan baru dibuka untuk golongan yang tidak berkemampuan dan pada tahun itu juga tanah rancangan FELDA diuruskan sendiri oleh FELDA. Oleh kerana FELDA terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, Pengurus dilantik untuk menguruskan sesebuah Felda itu sendiri.Pengurus merupakan ketua pentadbir dalam sesebuah Felda. Beliau bukan sahaja mengurus sesebuah Felda, malah beliau juga sebagai tempat mengadu sekiranya peneroka menghadapi masalah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ladang.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bandar yang paling hampir dengan FELDA Sungai Kelamah adalah bandar Gemas. Jarak antara FELDA Sungai Kelamah dan Gemas dianggarkan sejauh 10km. Banyak kemudahan yang terdapat di Gemas antaranya Pejabat Pendaftaran Negara, Balai Bomba, Klinik Kesihatan, Stesen Keretapi Gemas dan pelbagai lagi. Bandar Gemas juga merupakan sempadan negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]