FL 282 Kolibri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flettner FL 282 dalam ujian di Amerika Syarikat Selepas Perang Dunia II

Pesawat Flettner Fl 282 Kolibri adalah antara helikopter pertama yang digunakan di atas geladak kapal. Pesawat ini adalah pesawat pengganti kepada Flettner Fl 265 yang mula terbang pada bulan Mei 1935.

Hanya 30 buah prototaip dan 15 buah model pra pengeluaran dibina dan disiapkan. Prototaip dibina dengan beberapa varian, termasuk dengan satu dan dua tempat duduk. Pesawat Flettner Fl 282 tidak mempunyai rotor ekor untuk mengimbangi seretan rotor utama. Sebaliknya, pesawat ini mempunyai rotor kembar segerak, satu ciri rekaan Flettner.

Dalam tahun 1941/1942 pihak Kriegsmarine menggunakan pesawat Fl 282 untuk ujian di atas kapal kruiser CL Köln. Dengan menggunakan platform pendaratan yang dibina di atas turet meriam, beberapa siri pola operasi berjaya dilakukan. Flettner Fl 282 Kolibri membuktikan keupayaannya untuk manuver, tahan lasak dan stabil semasa operasi di laut walaupun dalam keadaan cuaca tidak baik.

Berikutan ini, 20 buah Flettner Fl 282 Kolibri digunakan di atas kapal-kapal Kriegsmarine di Laut Mediterranean dalam peranan peninjauan udara dan tugasan iringan. Lebih daripada 1000 buah helikopter dipesan, tetapi pengeluaran helikopter ini terbantut dan tidak dapat dimulakan disebabkan operasi pengeboman Tentera Berikat.

Pada penghujung Perang Dunia II, hanya 3 buah Flettner Fl 282 Kolibri masih boleh digunakan. Malangnya, tidak satupun yang berjaya diselamatkan pada masa ini.