FM Stereo Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

FM Stereo Johor Bahru atau FMJB ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia secara eksklusif untuk kawasan metropolitan Johor Bahru dan sebagai satu pelengkap kepada Johor FM. Pada mulanya siaran ini hendak dibuka dekat RTM Kota Bharu tetapi terpaksa dipindahkan ke Johor kerana pada waktu ini terdapat pilihan raya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru.

Stesen ini mula bersiaran pada 20 Oktober 1988 dengan mengambil alih pemancar FM Stereo Johor FM lama yang dahulunya ialah Radio Malaysia Johor Bahru. Frekuensi 107.5 MHz dipancar dari RTM Johor Bahru bagi meliputi kawasan Johor Bahru sahaja. Stesen ini mempunyai perbezaan dengan Johor FM, di mana ia menyiarkan berita tempatan dan hiburan selama 18 jam sehari. Selain itu, FMJB hanya boleh didengar di Johor Selatan dan Singapura dipancarkan melalui FM 107.5 MHz, tidak seperti Johor FM yang mempunyai liputan seluruh negeri Johor. Ia telah ditamatkan pada Mac 2011 dan pemancar 107.5 MHz telah dipindah ke Gunung Pulai. Frekuensi diambil alih oleh Radio 24 mulai 27 Disember pada tahun yang sama.