Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari FOMCA)

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (nama bahasa Inggerisnya, Federation of Malaysian Consumer Associations (FOMCA)) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia. FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna negeri-negeri dan berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia.

FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.[1]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

FOMCA bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:

  • Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.
  • Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna.
  • Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.
  • Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia[2]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Menurut laman web rasminya, FOMCA mengamalkan empat pendekatan penting, iaitu sebagai:[3]

  • badan yang memberi dan menyebarkan maklumat.
  • badan yang memberi pendidikan kepada semua pengguna.
  • badan yang bertindak memberi perlindungan kepada pengguna.
  • badan yang menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FOMCA ditubuhkan melalui penggabungan persatuan-persatuan pengguna negeri pada 10 Jun 1973 di Alor Setar, Kedah. Gabungan ini dipersetujui menjadi persekutuan yang longgar tanpa menghilangkan kuasa autonomi persatuan-persatuan pengguna negeri.

Persatuan-persatuan negeri yang menyertai gabungan tersebut pada hari penubuhan termasuklah:

Selepas FOMCA ditubuhan, persatuan-persatuan negeri yang lain turut menyertainya, termasuk Persatuan Pengguna Johor (JCA), Persatuan Pengguna Johor (JCA), Persatuan Pengguna Pahang (PAC), Persatuan Pengguna Terengganu (2PTR), dan Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (CASH).[4]

FOMCA juga menyertai Pertubuhan Pengguna Antarabangsa (Consumers International) yang dianggotai oleh lebih 230 buah pertubuhan pengguna.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Senarai presiden FOMCA:

  1. Allahyarham Dato' Mohamed Sopiee Sheikh Ibrahim (1973 - 1974)
  2. Encik Tara Singh Gill (1974 - 1981)
  3. Enck Bishan Singh Bahadur (1981 - 1988)
  4. Encik Chua Kim Tee (1989 - 1991)
  5. Prof. Dato' Mohd Hamdan Hj. Adnan (1991 - 2004)
  6. Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason (2004 - Kini)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-07.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-07.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-07.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-07.