FRETILIN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Leste
Frente Revolucionária de Timor-Leste Independente
SingkatanFretilin, FRETILIN
PresidenFrancisco "Lu Olo" Guterres
Setiausaha agungMari Alkatiri
Ditubuhkan20 Mei 1974 (1974-05-20) (ASDT)
11 September 1974 (Fretilin)
Ibu pejabatAvenida Martires da Patria, Comoro, Dili, Timor Leste
Sayap beliaPertubuhan Pelajar dan Pemuda Timor Leste
Paramilitary wingFALINTIL (1975-2001)
(2001-kini) as the armed forces of East Timor
IdeologiSosialisme demokratik
Demokrasi sosial
Left-wing nationalism
Kedudukan politikBerhaluan kiri
Penggabungan antarabangsaProgressive Alliance
Socialist International (Consultative)
WarnaMerah, hitam, kuning
Parliamen Nasional
23 / 65
Bendera parti
Politik Timor Leste
Parti politik
Pilihan raya

Frente Revolucionária de Timor-Leste Independente ("Barisan Revolusi Kemerdekaan Timor Leste" dalam bahasa Portugis, disingkatkan kepada FRETILIN) ialah sebuah parti politik berhaluan kiri di Timor Leste.

Parti ini bermula sebagai suatu pergerakan pemberontak yang memperjuangkan pembebasan kawasan timur Pulau Timor, mula-mulanya daripada Portugal dan kemudiannya daripada Indonesia, antara tahun 1974 dan 1998. Ia membentuk pemerintah Timor Leste sejak kemerdekaannya pada tahun 2000 sehingga tahun 2007. Parti ini kini memegang 23 daripada 65 kerusi dalam Parlimen Nasional sebagai pembangkang di sana.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Parti ini ditubuhkan dahulunya sebagai Associação Social-Democrata Timorense (ASDT, "Persatuan Demokrat Sosial Timor") pada 20 Mei 1974[1] sebelum ia dinamakan semula sebagai FRETILIN pada 11 September tahun sama serta mendokong fahaman ryang lebih radikal dengan mengakui sebagai "satu-satunya wakil [orang Timor Timur] yang sah”.[2] Suatu sayap tentera bernama Falintil ditubukan pada Ogos tahun berikutnya sebagai tindak balas dalam suatu perang saudara terhadap União Democrática Timorense (UDT).[3]

FRETILIN mengisytiharkan kemerdekaan Timor Leste dari kuasa Portugis secara rasmi pada 28 November 1975.[4]

Ketika konflik dengan Indonesia[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Disember 1978, Nicolau Lobato iaitu bakal pennganti do Amaral dibunuh Tentara Nasional Indonesia.[5] Mau Lear mengambil alih kekosongan jawatan tersebut sehingga beliau turut dijejaki serta dihukum bunuh pihak Indonesia pada 2 Februari 1979.[5]

Penghidupan semula[sunting | sunting sumber]

Parti ini dihidup semula di bawah pimpinan Xanana Gusmão yang lebih berfahaman moderat.[6]

Marxisme-Leninisme diisytiharkan sebagai pegangan rasmi parti ini dari Mac 1981 sehingga April 1984 di mana fahaman tersebut ditinggalkan bagi meraih sokongan UDT dan pihak Gereja Katolik.[7]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Peringkat parlimen[sunting | sunting sumber]

Tahun pilihan raya Jumlah kerusi dimenangi Jumlah undian Peratusan undian Keputusan Pemenang
2001
55 / 88
208,531 57.37% 55 kerusi; Parti memerintah Mari Alkatiri
2007
21 / 65
120,592 29.02% 34 kerusi; Pembangkang Mari Alkatiri
2012
25 / 65
140,786 29.87% 4 kerusi; Dalam gabungan (sejak 2015) Mari Alkatiri
2017
23 / 65
168,422 29.65% 2 kerusi Mari Alkatiri
2018
23 / 65
34.29% Mari Alkatiri

Pilihanraya presiden[sunting | sunting sumber]

Tahun pilihanraya Calon Pusingan pertama
(Jumlah undian)
Peratusan undian Keputusan Pusingan kedua
(Jumlah undian)
Peratusan undian Keputusan
2007 Francisco Guterres 112,666 27.89% Runoff 127,342 30.82% Kalah Red XN
2012 Francisco Guterres 133,635 28.76% Runoff 174,408 38.77% Kalah Red XN
2017 Francisco Guterres 295,048 57.1% Runoff N/A N/A Menang Green tickY

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CAVR. "Chega! Final Report of the Commission for Reception, Truth and Reconciliation in East Timor – Part 3: The History of the Conflict" (PDF). para. 47. Dicapai pada 30 July 2017.
  2. ^ CAVR. "Chega! Final Report of the Commission for Reception, Truth and Reconciliation in East Timor – Part 3: The History of the Conflict" (PDF). para. 87. Dicapai pada 30 Julai 2017.
  3. ^ Bartrop, Paul R., penyunting (2014). Encountering Genocide: Personal Accounts from Victims, Perpetrators, and Witnesses. m/s. 169. ISBN 978-1-61069-330-1. Unknown parameter |editorlink= ignored (bantuan)
  4. ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 113, 115–116. ISBN 978-1-4128-0669-5.
  5. ^ a b Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 128. ISBN 978-1-4128-0669-5.
  6. ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 120, 129. ISBN 978-1-4128-0669-5.
  7. ^ Kiernan, Ben (2007). Genocide and Resistance in Southeast Asia: Documentation, Denial & Justice in Cambodia & East Timor. New Brunswick, NJ: Transaction Publishers. m/s. 167–168, 174. ISBN 978-1-4128-0669-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]