FSO Abu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FSO Abu. Kredit MISC.

FSO Abu adalah merupakan sebuah kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (bahasa Inggeris: Floating, Storage and Offloading atau FSO) milik MISC Berhad. Akan tetapi, operasi dan penyelengaraannya telah diberikan kepada FPSO Ventures Sdn Bhd sebuah anak syarikat MISC. FSO Abu terletak kira-kira 200 kilometer di luar pantai Terengganu pada kedalaman 70 meter. Ia menerima dan menyimpan minyak mentah daripada medan minyak Abu Kluster. Medan minyak Abu Kluster dimiliki oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, sebuah syarikat eksplorasi dan pengeluaran milik penuh Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

FSO Abu berasal daripada sebuah kapal tangki, MT Armata yang telah diubahsuai oleh Malaysia Marine and Heavy Industry. Ia telah ditarik keluar daripada limbungan milik MMHE di Pasir Gudang pada 27 Februari 2007 dan dipasang kira-kira dua kilometer ke arah barat laut pelantar Abu-A pada 3 Mac 2007. FSO Abu menerima minyakmentah pertamanya pada Mei 2007.

FSO Abu memiliki keupayaan untuk menerima 30,000 tong minyak mentah sehari. FSO Abu memiliki 11 buah tangki penyimpanan dengan kapasiti sebanyak 95,789 m³. Kadar pemindahan minyak mentah daripada tangki penyimpanan kepada kapal tangki yang lain adalah 20,000 tong sejam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.