Faekah binti Husin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Faekah binti Husin (lahir 02 Jun 1965) merupakan bekas ahli politik PKR di Selangor. Beliau seorang peguam dan pemilik firma Faekah & Choung. Beliau adalah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. sejak 2008. Faekah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) .Tumpuan beliau ialah memajukan hartanah atas nama MBI yang mana beliau adalah CEO. Beliau kekal sebagai Penyelaras DUN sebab Khalid Ibrahim adalah Adun Pelabuhan Klang.

Nama beliau pernah dicadangkan untuk bertanding di kerusi panas DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013. Sebelum itu, pada 2009, Adun Badrul Hisham Abdullah keluar PKR pada Oktober 2009. Kemudian Badrul Hisham menjadi Adun Bebas yang menyokong UMNO. Pada Mei 2010, Badrul menyertai UMNO.[1]

Pada 2 Julai 2014, Faekah diberi surat tunjuk sebab ekoran perbalahan semasa Pemilihan PKR 2014 . Sementara Setiausaha Politik Khalid Ibrahim , Mustapa Mohd RTalib digantung keahlian PKR selama setahun. Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin turut diberi surat tunjuk sebab selerpas pemilihan itu. [2]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Karier politiknya bermula sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (PKN) sejak mula ditubuhkan pada 1999.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai ketua Penerangan Wanita PKR Selangor dan bendahari Wanita negeri Selangor. Beliau pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004.‎

Mulanya beliau adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum diarahkan menjadi setiausaha politik kepada Khalid pada 2010 menggantikan Nik Nazmi bin Nik Ahmad yang dilantik menjadi pengarah Komunikasi PKR. Sebelum itu beliau pernah menjadi Setiausaha Khalid ketika di dalam syarikat konglomerat Kumpulan Guthrie Berhad.

Membela Khalid dan mengkritik Azmin Ali[sunting | sunting sumber]

Faekah ternyata lantang mengkritik pemimpin PKR termasuk berperang di Twitter dengan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali demi mempertahankan kepimpinan pentadbiran Khalid di Selangor. Kem Azmin tidak senang dengan beliau sehingga ada usaha menjatuhkannya melalui gerakan #pecatfaekah dan pernah diberikan surat tunjuk sebab kerana melanggar disiplin parti berhubung Pemilihan PKR 2014.

Keluar parti PKR[sunting | sunting sumber]

Faekah tidak setuju dengan keputusan PKR menamakan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.[3]

Beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Anwar adalah 'ahli politik di luar Selangor'. Oleh itu Anwar hendaklah meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 / Perlembagaan Negeri Selangor. Pada mulanya Anwar hendak bertanding di Kajang , Selangor dalam PRK Kajang 2014. Langkah Kajang itu diprogram agar Anwar Boleh bertanding dan seterusnya menjadi MB Selangor.[4] PR dan PKR bimbang dengan nasib kerajaan Kedah yang dirampas oleh BN, kerajaan Perak berlaku rampasan kuasa dan kejadiandarurat di Kelantan pada 1977 apabila BN merampas kuasa kerajaan negeri daripada PAS. [5]

Beliau menghantar surat keluar dari PKR pada 11 Ogos 2014 kerana tidak puas hati dengan layanan pucuk pimpinan PKR yang dipimpin oleh Datu Sri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR , Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Perkara ini berbangkit apabila Majlis Tertinggi PKR memecat keahlian Khalid dalam PKR. Pejabat Faekah di Pejabat Menteri Besar Selangor, Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam, Selangor.

Baginya prosedur pemecatan Khalid Ibrahim tidask menurut tatacara yang betul dan teratur. Ia jelas terkeluar dari nilai-nilai keadilan yang selama ini diperjuangkan oleh parti itu sejak ditubuhkan pada 4 April 1999.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Khalid antara calon PKR bagi DUN Pelabuhan Klang[pautan mati kekal]
  2. ^ "PKR gantung Mustapa, beri surat tunjuk sebab kepada Faekah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-04. Dicapai pada 2014-08-11.
  3. ^ Faekah sindir pencalonan Wan Azizah jadi MB?
  4. ^ Faekah bidas Anwar, teliti perlembagaan negeri
  5. ^ Faekah terus lantang bidas Anwar
  6. ^ "'Penyokong kuat' Khalid Ibrahim keluar PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-13. Dicapai pada 2014-08-11.