Pergi ke kandungan

Faeto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Faeto
Fayéte (Arpitan)
Comune di Faeto
Map
Peta interaktif bagi Faeto
NegaraItali
Daerah Apulia
WilayahFoggia (FG)
Keluasan
  Jumlah
26.19 km2 (10.11 batu persegi)
Ketinggian
820 m (2,690 ft)
Penduduk
 (31 December 2003)[1]
  Jumlah
719
  Kepadatan27/km2 (71/batu persegi)
DemonymFaetani[perlu rujukan]
Zon waktuUTC+1 (CET)
  Musim panas (WMP)UTC+2 (CEST)
Poskod
71020
Kod pendailan0881
Penaung saintSan Prospero
Hari saintAhad kedua dalam Ogos
Tapak sesawangTapak sesawang rasmi

Faeto (Arpitan: Fayéte, merupakan sebuah bandar dan komun di wilayah Foggia di daerah Apulia di bahagian tenggara Italy.

Ia adalah sebuah perkampungan pergunungan yang terletak di pergunungan Appennino dan terkenal dengan prosciutto, ham yang diawet kering Itali yang dikenali sebagai prosciutto di Faeto [it]. Penduduk Faeto dan Celle di San Vito yang bersebelahan adalah penutur bahasa Faetar, anak bahasa bagi bahasa Arpitan, yang terdapat di kawasan banjaran Alp yang merentangi barat laut Itali, tenggara Perancis dan barat daya Switzerland. Faeto juga pernah didiami oleh masyarakat orang Arbëreshë,[2] yang masih tinggal di kejiranan bersebelahan Greci.

Faeto bersempadan dengan munisipal berikut: Biccari, Castelfranco in Miscano, Celle di San Vito, Greci, Orsara di Puglia, Roseto Valfortore.

  1. Semua demografik dan statistik lain daripada institut statistik Itali (Istat)
  2. Shkurtaj, Gjovalin (1984-05-01). Shpirti i arbrit rron (dalam bahasa Albania). Artjon Shkurtaj.